SERAMAI 12 daripada 14 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berjaya lulus dalam mata pelajaran yang diambil. Daripada jumlah itu, seramai 11 orang adalah klien dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar, Sabah manakala seorang calon lagi adalah dari PUSPEN Seri Iskandar, Perak. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Shobah Jamil, semua klien ini sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) di kedua-dua PUSPEN berkenaan yang menawarkan modul khas iaitu Program Akses Pendidikan Klien (PAPK) khususnya kepada klien di bawah umur 18 tahun sebagai peluang kebajikan pendidikan. “Menerusi program PAPK ini, semua…
Zubaidah Ibrahim
SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun yang tidak pernah memotong rambut sepanjang hidupnya telah disahkan mengalami tonsurephobia iaitu ketakutan yang tidak terkawal ketika rambut dipotong. Oleh kerana gangguan tonsurephobia, budak lelaki bernama Farouk James itu berdepan masalah besar iaitu dibuang sekolah kerana dianggap melanggar peraturan – tidak boleh berambut panjang di sekolah. Farouk yang berimej unik dengan rambut panjang yang cantik dan lebat itu telah diikuti seramai 250,000 di Instagram. Rentetan daripada desakan pihak sekolah, keluarganya telah menghantar nota doktor ke sekolah tersebut untuk membuktikan bahawa Farouk mengalami tonsurephobia, tetapi mereka tidak mahu menerima alasan tersebut dan berkeras mempertahankan peraturan…
MENGURUSKAN kewangan dengan bijak memerlukan pengetahuan dan kesedaran yang tinggi untuk celik wang dan bukannya berbelanja tanpa sebarang kawalan. Kita juga perlu mempunyai disiplin yang kuat agar tidak tergugat iman apabila melihat pelbagai tawaran menarik. Memang diakui untuk menyimpan dalam keadaan kos yang semakin tinggi pada ketika ini agak sukar tetapi ia akan bertambah buruk jika kita tidak mempunyai perancangan kewangan dan tidak mempunyai ilmu mengenainya. Berikut Relevan kongsikan lima kesilapan kewangan yang biasa dilakukan. Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu kita semua untuk celik kewangan. Bayaran tidak berkesudahan Tanya diri anda jika anda benar-benar memerlukan barangan yang membuat anda…
DALAM hidup yang penuh cabaran ini, semua orang sedang berjuang untuk berada di tempat terbaik. Meskipun di raut wajah terlihat tenang tetapi dalam hatinya penuh gelora. Demikian situasi ringkas mengenai duck syndrome atau sindrom itik. Mereka Nampak tenang dan baik-baik sahaja di luar tetapi hakikatnya sedang berjuang keras untuk mengatasi berbagai masalah. Istilah ini berasal dari analogi itik yang berenang di permukaan air. Jika dilihat dari atas permukaan air, itik kelihatan tenang dan anggun berenang, tetapi di dalam air, kakinya bekerja keras untuk bergerak maju kedepan. Sindrom itik boleh dialami oleh siapa sahaja tetapi lebih sering terjadi kepada mereka di…
BERBASIKAL santai merupakan senaman berimpak rendah yang menawarkan banyak faedah. Ia juga sangat menyeronokkan untuk dilakukan seisi keluarga mahupun bersama sahabat handai. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk kita kekal sihat dan cergas baik dari aspek fizikal mahupun mental. Ia juga sesuai untuk semua peringkat. Pada mereka yang hendak menurunkan berat badan, mungkin anda boleh mencuba aktiviti ini kerana ia sangat baik untuk pengurusan berat badan yang lebih sihat. Begitu juga untuk menurunkan tahap kolesterol dan menjaga kesihatan jantung. Sehubungan itu, Relevan kongsikan tujuh manfaat berbasikal dengan merujuk kepada healthline untuk anda lebih bersemangat mengayuh basikal. Menurunkan berat badan…
PENYELIDIK yang mengkaji pelbagai spesies haiwan di Pulau Kangaroo, Australia terjumpa koloni semut Polyrhachis Femorata yang telah mati sehinggalah salah seekor ahlinya bergerak sedikit demi sedikit. Perbuatan berpura-pura mati itu dikenali sebagai thanatosis atau imobilitas tonik iaitu mekanisme pertahanan yang didokumentasikan dengan baik yang diperhatikan dalam berpuluh-puluh spesies haiwan, daripada serangga dan biawak kepada burung dan mamalia. Sesetengah pelakon semula jadi ini lebih baik daripada haiwan yang lain dalam bermain berpura-pura mati. Baru-baru ini, sepasukan penyelidik menemui koloni berpuluh-puluh ekor semut yang semuanya mati pada masa yang sama apabila diancam. Koloni semut itu memain peranan yang sangat baik. Kesemuanya membengkokkan…
SEORANG wanita berusia 26 tahun dari Ethiopia mendakwa dia tidak makan dan minum sejak 16 tahun lalu. Kebanyakan orang sukar bertahan beberapa jam tanpa mengunyah sesuatu, tetapi Muluwork Ambaw menegaskan bahawa dia telah menjauhkan diri dari makanan selama-lamanya ketika berusia 10 tahun, selepas selera makannya hilang secara tiba-tiba. Ambaw dilaporkan mempunyai kehidupan yang normal, dia berada dalam keadaan sihat dan mempunyai banyak tenaga untuk melaksanakan tugas hariannya, termasuk memasak untuk orang lain dan menjalankan pelbagai urusan. Wanita muda itu telah menjalani beberapa ujian perubatan di Ethiopia, tetapi tidak ada yang dapat mengesahkan jika dia bercakap benar. Walaupun doktor di sebuah…
MINUMAN tenaga bukan sahaja menjadi pilihan atlet dan ahli sukan tetapi juga turut popular dalam kalangan orang awam disebabkan oleh manfaatnya yang sering dikaitkan dengan peningkatan stamina, fokus serta mengurangkan keletihan. Kebanyakan minuman tenaga mengandungi karbohidrat dalam bentuk gula, elektrolit, perisa, pengawet dan vitamin untuk badan yang boleh memulihkan karbohidrat yang digunakan oleh badan semasa melakukan aktiviti. Profesor Kejuruteraan Bahan Makanan dan Teknologi Serbuk, Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof bersama pasukan penyelidikannya telah menghasilkan formulasi gel tenaga yang baharu di mana bahan-bahan berkhasiat atau superfood digabungkan di dalam…
GENERASI muda merupakan sandaran harapan untuk masa hadapan yang lebih baik. Mereka akan menggalas tanggungjawab besar untuk memajukan negara dan juga melindungi alam sekitar. Menyedari hakikat tersebut, UMW Toyota Motor (UMWT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan Toyota Eco Youth (TEY) edisi ke-23. Program pendidikan alam sekitar tahunan peringkat kebangsaan ini merupakan inisiatif yang membuktikan komitmen UMWT dalam usaha memperkasakan golongan muda agar terlibat secara aktif dalam membangunkan penyelesaian isu alam sekitar yang mampan. Program TEY merupakan lanjutan kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu, selari dengan komitmen UMWT dalam mengutamakan pemuliharaan alam sekitar. Ia dipandu oleh pelan tindakan alam…
LAUGHING Tree, sebuah platfom yang menyediakan sokongan dan jaringan perniagaan serta peluang meraih dana kepada Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) telah melancarkan Komuniti Usahawan Laughing Tree iaitu platform pembelajaran sepanjang hayat untuk usahawan PKS. Usahawan tempatan terutamanya usahawan Bumiputera boleh memanfaatkan platform pembelajaran sepanjang hayat ini untuk melonjakkan potensi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Pengarah Eksekutif Laughing Tree Sdn Bhd, Shamsul Qamar Abd Rani berkata, platform ini dibina untuk usahawan yang mengikuti program tiga bulan Project Tree. “Pembelajaran untuk mereka tidak terhenti setakat tiga bulan kerana platform ini memberi mereka pembelajaran yang tiada henti dan dengan ada komuniti Laughing…