BAYI dan kanak-kanak melalui fasa untuk membina sistem imun yang lebih baik. Apabila sistem imun ini mulai matang secara beransur-ansur, ia menghadapi pelbagai cabaran yang berpunca daripada kuman dan alahan alergi. Adakalanya perkara ini menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai penyakit kulit. Menurut Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr. Heah Sheau Szu setiap keadaan kulit mempunyai pendekatan pengurusan yang unik. “Diagnosis yang tidak tepat boleh membawa kepada rawatan yang mungkin tidak berkesan, sekali gus melambatkan pemulihan atau boleh memudaratkan.” “Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit dan sebahagiannya adalah lebih kerap berlaku berbanding jenis yang lain,” katanya.…
Zubaidah Ibrahim
PADA 13 Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 yang mencakupi pelbagai aspek penting dalam kehidupan seperti pendidikan, kesihatan dan juga pekerjaan. Selain bantuan tunai, rakyat juga ternanti-nanti mengenai inisiatif-inisiatif berkaitan pekerjaan yang sangat penting untuk pendapatan atau gaji yang lebih baik dan sekali gus, dapat menjalani kehidupan sejahtera. Sehubungan itu, Relevan bawakan Konsultan Kerjaya, Nik Akmal Nik Othman untuk mengupas lebih lanjut mengenai Belanjawan 2024 yang berfokus kepada aspek pekerjaan. OKU, warga emas dan bekas banduan Menurut Nik Akmal, secara keseluruhan belanjawan itu telah menyentuh semua golongan dengan sangat baik…
PEMAKANAN yang sihat dan seimbang bukan sahaja baik untuk tubuh badan, tetapi juga dapat meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan memberikan makanan berkhasiat sejak di usia bayi. Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad kongsikan sembilan makanan yang sangat baik untuk merangsang kecerdasan otak anak-anak seperti berikut: Ikan “Pakar sering menyarankan untuk memilih ikan yang mengandungi asid lemak bermanfaat seperti salmon kerana ia sumber terbaik asid lemak omega-3 yang penting untuk fungsi dan pertumbuhan otak anak. “Beberapa kajian juga membuktikan, mereka yang gemar memakan ikan mengandung omega-3 memiliki daya fikiran tajam dan mencatat hasil baik dalam ujian…
PENGENALAN gaji minimum pada 2013 merupakan satu langkah progresif yang sangat penting. Pun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan sekiranya sasaran kerangka Ekonomi MADANI untuk meningkatkan pampasan pekerja kepada 45 peratus (%) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ingin dicapai. Bagi mendalami lebih lanjut mengenai isu gaji di negara ini, Relevan kongsikan laporan Tinjauan Ekonomi 2024 seperti berikut: 1. Pengagihan gaji di Malaysia – pertumbuhan dan ketidaksamaan gaji dari 2010 hingga 2019 Menurut kajian oleh Khazanah Research Institute (KRI) pada 2023 mengenai pertumbuhan gaji dari 2010 hingga 2019 telah menunjukkan tiga penemuan penting. Kadar pertumbuhan gaji Pertama, pasaran buruh di…
KEPERLUAN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan agar semua rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang sejahtera. Oleh itu, kerangka Ekonomi MADANI akan memberi penekanan kepada pembangunan masyarakat yang lebih adil dan makmur dengan pengagihan kekayaan yang saksama. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2024, kerajaan telah menyenaraikan lapan strategi ke arah mencapai matlamat tersebut seperti berikut: Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna Demi mencapai perkongsian ekonomi yang lebih seimbang, kerajaan akan menambah baik dasar untuk meningkatkan pertumbuhan gaji termasuk mengkaji semula gaji minimum dan undang-undang berkaitan bagi menyediakan persekitaran kerja yang lebih baik serta meneroka pelaksanaan model gaji progresif. Langkah tersebut…
BELANJAWAN MADANI Kedua menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memaknai sebuah cetusan nurani bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat. Salah satu perkembangan positif itu dapat dilihat dalam sektor pekerjaan apabila kadar pengangguran berjaya turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos 2023 iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum COVID-19 (3.3 peratus). Berikut Relevan senaraikan 11 inisiatif berkaitan pekerjaan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024. 1. Lantikan MySTEP Kerajaan bersetuju untuk semua lantikan MySTEP disediakan tawaran mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah platform MyFutureJobs. MyFutureJobs juga akan membuat padanan pekerjaan kepada mereka untuk membina kerjaya masa depan dan meraih…
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerima peruntukan sebanyak RM41.2 bilion dalam Belanjawan 2024 berbanding RM36.3 bilion pada 2023. Sejumlah RM5.5 bilion daripadanya adalah untuk memperoleh bekalan ubat, bahan guna habis, reagen dan vaksin. Berikut Relevan perincikan perbelanjaan kesihatan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Projek pembangunan baharu Kompleks Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fasa 1 di Kota Tinggi, Johor dengan kos RM938 juta. Kerja awalan bagi Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor. Blok Patologi Tambahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan dengan kos RM175 juta. Bangunan…
SARINGAN penglihatan mata seawal usia lima tahun perlu dilakukan bagi mengenal pasti masalah mata malas (amblyopia) dalam kalangan kanak-kanak seawal mungkin. Menurut pakar Oftalmologi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya. Dr. Muhammad Mohd. Isa, program saringan ini dilakukan kepada kanak-kanak seawal usia lima tahun bertujuan untuk mengesan lebih awal sebarang masalah mata malas. “Pengesanan awal ini adalah bagi mengenal pasti sebarang masalah penglihatan supaya keadaan seperti mata malas (amblyopia) dapat diberi rawatan segera sebelum terlambat. “Oleh yang demikian Jabatan Oftalmologi, HSAAS, UPM telah melakukan program saringan mata kepada 62 orang kanak-kanak berumur lima dan…
SEORANG petani di China menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi kejayaan mencipta buah hibrid, iaitu separuh tembikai merah dan separuh lagi tembikai susu dalam sukatan yang sama. Sekali gus, ia membolehkan orang ramai menikmati kedua-dua jenis tembikai itu dalam satu buah yang sama. Petani berusia 40-an dari dari Fuyang di wilayah Anhui, China itu berkongsi gambar buah tersebut di Weibo sehingga namanya meledak dan menerima pelbagai komen daripada warga maya. Masing-masing menyatakan rasa teruja dengan buah yang kelihatan sangat aneh itu yang mana separuh tembikai merah manakala separuh lagi tembikai susu. Dia yang dikenali sebagai Mr. A itu berkongsi kegembiraan…
BERAPA aiskrim termahal yang pernah anda makan? Pernahkah anda terfikir yang aiskrim dijual pada harga puluhan ribu ringgit? Baru-baru ini jenama aiskrim mewah Jepun, Cellato telah mencipta rekod baharu Guinness untuk ais krim termahal di dunia dengan harga AS$ 6,700 (RM31,729) untuk satu hidangan. Wakil Guinness World Records mengesahkan aiskrim terbaharu Cellato yang diberi nama Byakuya itu yang termahal di dunia. Ia juga kaya dengan protein. ARTIKEL BERKAITAN: Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih Byakuya terdiri daripada asas baldu yang diperbuat daripada susu, dua jenis keju, kuning telur, sake leek dan dihiasi dengan keju parmigiano, truffle putih, minyak…