Facebook Twitter
    Trending
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 jenis penyakit kulit bayi dan kanak-kanak, bahaya kalau dibiarkan  

    7 jenis penyakit kulit bayi dan kanak-kanak, bahaya kalau dibiarkan  

    By October 23, 2023Updated:October 23, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERDAPAT pelbagai jenis penyakit kulit dan sebahagiannya adalah lebih kerap berlaku berbanding jenis yang lain.- GAMBAR HIASAN

    BAYI dan kanak-kanak melalui fasa untuk membina sistem imun yang lebih baik. Apabila sistem imun ini mulai matang secara beransur-ansur, ia menghadapi pelbagai cabaran yang berpunca daripada kuman dan alahan alergi.

    Adakalanya perkara ini menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai penyakit kulit.

    Menurut Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr. Heah Sheau Szu setiap keadaan kulit mempunyai pendekatan pengurusan yang unik. 

    SHEAU SZU

    “Diagnosis yang tidak tepat boleh membawa kepada rawatan yang mungkin tidak berkesan, sekali gus melambatkan pemulihan atau boleh memudaratkan.”

    “Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit dan sebahagiannya adalah lebih kerap berlaku berbanding jenis yang lain,” katanya.

    Penyakit kulit yang lazim bagi kanak-kanak

     Antara penyakit kulit lazim yang ‘menyerang’ kanak-kanak ialah seperti berikut:

    • Dermatitis Atopik (AD): AD/ekzema adalah penyakit kulit yang sangat lazim yang menyebabkan keradangan dan kerengsaan dengan adanya tompokan yang menyebabkan kulit gatal, merah dan kering. Sebanyak 13 peratus kanak-kanak di Malaysia menghidapinya
    • Hiperplasia kelenjar sebum (Sebaceous gland hyperplasia): Muncul sebagai bintik-bintik kecil seperti jerawat berwarna putih kekuningan di sekitar kawasan hidung dan pipi bayi baru lahir.  Ini berlaku disebabkan oleh rangsangan hormon androgenik ibu terhadap pertumbuhan kelenjar sebum.
    • ‘Tampalan salmon’/ ‘ciuman malaikat’/ ‘gigitan bangau’ (‘salmon patch’/’angel kiss’ /stork–bite mark’): Nama-nama menarik ini diberikan kepada tanda lahir vaskular benign yang merupakan tompokan berwarna merah atau merah jambu yang biasanya terletak di dahi dan belakang leher. Tanda lahir ini tidak bergejala dan akan pudar apabila kanak-kanak semakin membesar.
    • Kudis api (Bullous impetigo): Merupakan keadaan kulit berjangkit yang kelihatan seperti luka melecur (blisters) yang berisi cecair, biasanya pada bahagian dada, belakang badan, bahu, perut, lengan dan kaki kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Ia biasanya berlaku berikutan jangkitan bakteria sekunder yang disebabkan oleh gigitan serangga, cacar air, kudis buta dan ekzema.
    • Moluskum Kontagiosum (ketuat lembut): Ini adalah jangkitan virus pada kulit yang kelihatan seperti benjolan kecil atau bintil yang biasanya berkelompok.
    • Skabies/kudis buta: Skabies adalah jangkitan parasit yang menyebabkan kegatalan yang teruk dan ruam bersisik pada bahagian jari, pergelangan tangan, ketiak dan pangkal paha.
    • Ruam lampin (diaper rash): Ruam lampin adalah sejenis keadaan kulit yang lazim berlaku di kawasan lampin akibat iritasi berpanjangan pada kulit kesan pendedahan kepada najis, air kencing dan geseran.

    Penting diagnosis yang tepat

    SEMUA penyakit, termasuk masalah kulit kanak-kanak, perlu diuruskan dengan diagnosis yang tepat, diikuti dengan rawatan yang sesuai.- GAMBAR HIASAN

    “Semua penyakit, termasuk masalah kulit kanak-kanak, perlu diuruskan dengan diagnosis yang tepat, diikuti dengan rawatan yang sesuai. 

    “Sesetengah keadaan kulit seperti dermatitis atopik boleh berlaku dalam pelbagai rupa dan bentuk.  

    “Ini mungkin boleh menyebabkan kekeliruan dan disalah anggap sebagai penyakit yang lain. Persamaan antara masalah kulit ini kadangkala boleh menyukarkan diagnosis,” terangnya.

    Tambah beliau, rawatan untuk penyakit kulit kanak-kanak adalah berbeza-beza bergantung kepada keadaan tertentu. 

    Contohnya, keadaan kulit seperti tampalan salmon dan hiperplasia kelenjar sebum adalah tidak berjangkit dan boleh sembuh dengan sendiri manakala skabies boleh berjangkit dan seluruh ahli keluarga perlu dirawat.

    Menguruskan penyakit kulit

    Dr. Heah turut berkongsi garis panduan am dalam menguruskan penyakit kulit.

    “Kita perlu mengetahui mengenai masalah kulit yang biasa berlaku.  Kebiasaannya, masalah kulit kanak-kanak adalah bersifat benign dan tidak berbahaya.  Walau bagaimanapun, ada masanya ia boleh menjadi serius dengan adanya komplikasi-komplikasi lain.

    “Para penjaga dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor perubatan bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat sekiranya mereka tidak pasti. Setelah didiagnos, pesakit dinasihatkan mengikut pelan rawatan yang diberikan oleh doktor. 

    “Elakkan menggaru kerana ini boleh memburukkan lagi jangkitan.  Sentiasa pastikan agar kawasan yang dijangkiti bersih dan kering. Kanak-kanak juga digalakkan untuk memakai pakaian yang longgar dan selesa bagi mengelakkan geseran di kawasan yang dijangkiti,” jelasnya. – RELEVAN

    alahan bayi featured kanak-kanak kulit penyakit

    Artikel berkaitan

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.