KURIKULUM baharu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mula diperkenalkan di sekolah-sekolah bermula 2017, sebelum ia mula digunakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021. Dalam KSSM, mata pelajaran di peringkat menengah atas dikategorikan kepada lapan kumpulan, iaitu mata pelajaran Teras, mata pelajaran Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan), mata pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi), mata pelajaran Elektif STEM (mata pelajaran Vokasional), mata pelajaran Elektif Bahasa, mata pelajaran Elektif Pengajian Islam, mata pelajaran Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas serta mata pelajaran Kesenian. Prestasi kesemua kumpulan mata pelajaran itu dalam SPM 2023 dijelaskan dengan komprehensif dalam Laporan Analisis Keputusan…
KU SYAFIQ KU FOZI
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebelumnya, baik dari segi jumlah pelajar cemerlang mahupun Gred Purata Nasional (GPN). Seramai 11,713 calon mencatatkan keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 10,109 calon pada 2022. GPN juga lebih baik – 4.60 untuk SPM 2023 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya. ARTIKEL BERKAITAN: 11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A Untuk gambaran yang lebih komprehensif, Relevan membaca keseluruhan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2023 yang diterbitkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada 27 Mei. Berikut merupakan ringkasan daripada laporan tersebut. Daftar calon Seramai 395,924 calon…
DEBARAN menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 buat calon-calonnya akan berakhir pada 27 Mei. Cemerlang atau tidak, semuanya bakal terjawab. Namun, cemerlang atau tidak bukan tumpuan utamanya. Yang penting, semua calon akan dapat menuai hasil usaha mereka selama berbelas tahun bersekolah. Seperti biasa, Relevan selalu ada sebagai pemudah cara. Buat adik-adik calon SPM 2023, atau ibu bapa, atau adik-beradik, atau para penjaga – ini cara-cara untuk menyemak keputusan SPM yang mula dikeluarkan pada pukul 10 pagi, 27 Mei 2024. Di sekolah Untuk calon sekolah, mereka boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi, 27 Mei 2024. Ini…
KAMI namakannya sebagai Kongsi Makan: acara potluck yang dibuat secara suka-suka. Di Media Mulia Sdn. Bhd., amalannya tidak berkala. Bila nak buat, kami buat. Tapi hari itu meriah. Masing-masing datang dengan makanan yang dijanjikan – ada yang bawa nasi putih, ada yang masak sardin, ada yang goreng telur dan paling penting, ada yang bawa tembikai. Acara ringkas itu, entah bagaimana, buat kami makin rapat sebagai rakan sekerja. Berkumpul dan makan air tangan masing-masing terasa manis dan mengikat, lalu kami atur perkumpulan seterusnya dalam bentuk sebuah piknik di tepi sungai. Potluck atau acara berkongsi makanan di pejabat boleh wujudkan suasana senang…
KITA takut kalau sesetengah makanan boleh melemahkan jantung, merosakkan hati atau menyempitkan salur darah akibat kolesterol tetapi bagaimana dengan makanan yang merosakkan otak? Bukanlah bermakna otak anda boleh mereput atau terluka akibat beberapa jenis makanan, cuma sesetengah makanan memberi kesan kepada fungsi kognitif. Ingatan boleh melemah, minda boleh tertekan dan anda boleh menghidap beberapa penyakit yang kemudiannya memberi kesan kepada kesihatan otak. Berikut merupakan tujuh jenis makanan yang boleh memberi kesan kepada fungsi kognitif dan otak anda. Makanan yang dibuat dengan minyak benih industri dan terproses Menurut pakar psikiatri nutrisi, Dr. Uma Naidoo minyak yang banyak diproses – biasanya diekstrak dari…
MPH Bookstores melancarkan cawangan utamanya di The Exchange, TRX, Kuala Lumpur sebagai langkah untuk kembali memainkan peranan besar dalam industri buku selepas kemeruduman akibat pandemik Covid-19 sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Martin Cross malah menyifatkan pembukaan tersebut sebagai kelahiran semula MPH selepas beberapa cawangannya terpaksa ditutup, termasuk di Mid Valley Megamall sebelum ini. Jelas Cross, pandemik memberikan impak yang besar kepada industri buku apabila sekolah-sekolah ditutup dan mengganggu pasaran buku sekolah – antara pasaran terbesar dalam industri buku Malaysia. “Namun, pasaran umum di luar buku sekolah, saya fikir masih kukuh. Cuma pandemik memberi kesan kepada bagaimana buku dijual. “Banyak kedai…
DALAM pengajaran pertamanya, Mr. Keating bersiul-siul melintasi kelas dan terus keluar. Muridnya terpinga tetapi dalam beberapa saat, dia menjulurkan kepala dan mengajak semua mengikutinya ke sebuah ruang yang meletakkan gambar alumni dan trofi sekolah. Di situ pengajaran pertamanya berlangsung — tentang Walt Whitman dan carpe diem; tentang mengumpul kelopak mawar selagi mampu. Dan ia mengingatkan saya pada subjek Kemahiran Komunikasi di universiti yang diajar antara pensyarah terbaik saya pernah ada, Dr. Khairul Azam Bahari. Bagaimana Keating memanfaatkan ruang yang dekat dengan pelajar untuk melekatkan doktrinnya tentang carpe diem. Ini terkait dengan satu konsep dalam komunikasi, iaitu proksemiks — kajian tentang…
SEJUMLAH 8.94 juta jawatan dicatatkan pada suku pertama 2024, menjadikannya jumlah tertinggi yang dicatat negara sejak 2018. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah jawatan meningkat 1.5 peratus atau kira-kira 131,700 tahun ke tahun, berbanding 8.81 juta pada suku pertama tahun lalu. Kata beliau, pertumbuhan dalam bilangan jawatan itu menunjukkan permintaan buruh di Malaysia dijangka semakin menggalakkan pada tahun ini. “(Ia) selari dengan ekonomi yang diramalkan akan berkembang pada kadar yang lebih cepat, iaitu dari empat hingga lima peratus berikutan permintaan luar dan pelaburan yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan pada 15 Mei. Menurut Mohd. Uzir, bilangan…
PENDUDUK Malaysia pada suku pertama 2024 dianggarkan 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku sama tahun lalu. Peningkatan paling ketara ditunjukkan pada jumlah penduduk bukan warganegara yang meningkat kepada 3.4 juta berbanding 2.8 juta pada suku sama 2023. Dengan peningkatan tersebut, penduduk bukan warganegara kini merangkumi 10 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada keseluruhan 34 juta penduduk Malaysia, bilangan penduduk lelaki adalah sebanyak 17.8 juta manakala penduduk perempuan sebanyak 16.1 juta. Kata beliau, secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina penduduk warganegara ialah…
PENSTRUKTURAN Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membolehkan ahlinya menambah satu lagi akaun simpanan yang anjal dan cair, iaitu melalui Akaun Fleksibel atau Akaun 3. Bukan itu sahaja, KWSP juga memberikan pilihan kepada ahli untuk meletakkan sebahagian daripada simpanan Akaun Sejahtera (sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2) sebagai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel. Pilihan pindahan tersebut boleh mula dilakukan bermula 11 Mei hingga 31 Ogos. ARTIKEL BERKAITAN: Cara pindah amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP Selepas pilihan pindahan amaun permulaan diluluskan, ahli boleh mula membuat pengeluaran. Bagi yang tidak membuat pindahan amaun permulaan, pengeluaran boleh dibuat sebaik Akaun Fleksibel…