Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8.94 juta jawatan dicatatkan pada suku pertama 2024, tertinggi sejak 2018

    8.94 juta jawatan dicatatkan pada suku pertama 2024, tertinggi sejak 2018

    By May 15, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERTUMBUHAN dalam bilangan jawatan itu menunjukkan permintaan buruh di Malaysia dijangka semakin menggalakkan pada tahun ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SEJUMLAH 8.94 juta jawatan dicatatkan pada suku pertama 2024, menjadikannya jumlah tertinggi yang dicatat negara sejak 2018.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah jawatan meningkat 1.5 peratus atau kira-kira 131,700 tahun ke tahun, berbanding 8.81 juta pada suku pertama tahun lalu.

    Kata beliau, pertumbuhan dalam bilangan jawatan itu menunjukkan permintaan buruh di Malaysia dijangka semakin menggalakkan pada tahun ini.

    “(Ia) selari dengan ekonomi yang diramalkan akan berkembang pada kadar yang lebih cepat, iaitu dari empat hingga lima peratus berikutan permintaan luar dan pelaburan yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan pada 15 Mei.

    Menurut Mohd. Uzir, bilangan jawatan diisi berada pada trend menaik dengan prestasi tahun ke tahun meningkat sebanyak 1.5 peratus kepada 8.75 juta pada suku pertama 2024.

    Bilangan kekosongan jawatan pula berada pada trend menurun, dengan penurunan marginal sebanyak 0.4 peratus kepada kira-kira 191,900 kekosongan.

    “Namun begitu, kadar jawatan diisi kekal tinggi seperti suku tahun sebelumnya pada kadar 97.9 peratus manakala kadar kekosongan jawatan adalah sebanyak 2.1 peratus.

    “Selain itu, bilangan pewujudan jawatan pada suku tahun ini juga meningkat sebanyak 1.3 peratus kepada kira-kira 32,100,” katanya.

    Sektor ekonomi dan kategori kemahiran

    Bilangan jawatan diisi kekal stabil selari dengan perkembangan situasi ekonomi semasa yang turut digambarkan oleh pertumbuhan tahun ke tahun yang positif dalam semua sektor ekonomi pada suku tahun ini.

    Mohd. Uzir berkata, sektor pertanian mencatatkan pertumbuhan tertinggi pada 4.0 peratus, diikuti perkhidmatan (1.8 peratus) dan pembuatan (1.1 peratus).

    “Berdasarkan perincian jawatan diisi mengikut sektor ekonomi, sektor perkhidmatan merupakan komposisi terbesar yang merangkumi 52.7 peratus bersamaan 4.61 juta, diikuti pembuatan (26.9 peratus; 2.35 juta) dan pembinaan (14.2 peratus; 1.24 juta).

    “Daripada jumlah jawatan diisi, kategori separuh mahir mendahului dengan 5.48 juta jawatan (62.7 peratus), diikuti mahir dengan 2.19 juta (25.1 peratus) dan berkemahiran rendah dengan 1.07 juta (12.2 peratus),” katanya.

    Kekosongan dan pewujudan jawatan

    Sementara itu, dari segi kekosongan jawatan mengikut kategori kemahiran, sejumlah kira-kira 107,500 kekosongan merangkumi 56 peratus daripada jumlah kekosongan jawatan tertumpu pada kategori separuh mahir, diikuti mahir dengan kira-kira 47,800 kekosongan (24.9 peratus) dan kira-kira 36,600 kekosongan (19.1 peratus) bagi berkemahiran rendah.

    “Melihat kepada pecahan mengikut aktiviti ekonomi, sektor pembuatan mengekalkan kedudukannya sebagai penyumbang utama bagi kekosongan jawatan dengan kira-kira 108,800 (56.7 peratus), terutamanya dalam subsektor produk elektrik, elektronik dan optikal dengan kira-kira 33,400.

    “Sektor pertanian menduduki tempat kedua dengan kira-kira 32,100 kekosongan (16.7 peratus) diikuti pembinaan dengan kira-kira 25,700 kekosongan (13.4 peratus),” kata Mohd. Uzir.

    Jelas Mohd. Uzir, terdapat kira-kira 32,100 pewujudan jawatan pada suku pertama tahun ini, meningkat sebanyak 1.3 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya.

    Bagi perincian mengikut kategori kemahiran, kata beliau, kategori separuh mahir merupakan penyumbang terbesar, iaitu sebanyak 61.9 peratus dengan kira-kira 19,900 jawatan.

    Ini diikuti mahir dan berkemahiran rendah, masing-masing pada jumlah kira-kira 8,900 (27.6 peratus) dan kira-kira 3,400 (10.5 peratus).

    “Mengikut pecahan aktiviti ekonomi, sektor perkhidmatan mencatatkan komposisi terbesar dalam pewujudan jawatan pada jumlah kira-kira 15,900 (49.5 peratus), terutamanya dalam subsektor perdagangan borong dan runcit dengan kira-kira 9,000 jawatan.

    “Seterusnya, diikuti sektor pembuatan dengan sumbangan sebanyak 33.3 peratus, mencatatkan kira-kira 10,700 jawatan baharu yang didominasi oleh subsektor produk elektrik, elektronik dan optikal dengan kira-kira 3,700 pewujudan jawatan.

    “Sektor pembinaan pula merangkumi 11.9 peratus jawatan yang diwujudkan, iaitu sebanyak kira-kira 3,800,” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured kerjaya statistik
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.