KU SYAFIQ KU FOZI

KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan bahawa individu 18 tahun ke atas  yang telah menerima dos penggalak dan tidak bergejala pada hari pertama pendedahan kepada kes indeks tidak perlu lagi menjalankan kuarantin walaupu disahkan sebagai kontak rapat. Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu tersebut bagaimanapun wajib melakukan ujian kendiri menggunakan kit ujian pantas (RTK) pada hari pertama dan hari ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes positif Covid-19. Kata beliau, jika keputusan ujian adalah positif, kuarantin perlu dijalankan  seperti yang telah ditetapkan sebelum ini dan keputusan ujian dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. “Bagi mereka yang telah lengkap vaksinasi tetapi belum menerima…

Read More

SECARA kasarnya, hutang dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Lebih tinggi hutang, lebih banyak beban kewangan yang perlu ditanggung. Namun, dalam banyak hal, kita terpaksa mengambil hutang terutamanya apabila melibatkan pembelian barangan berharga tinggi seperti rumah dan kereta. Disebabkan hutang sudah menjadi perkara biasa dalam pengurusan kewangan peribadi manusia, pakar kewangan membahagikan hutang kepada hutang baik dan hutang buruk. Walau bagaimanapun, menilai sesuatu hutang sebagai hutang yang baik atau buruk tidaklah mudah. Ia bergantung juga dengan situasi kewangan seseorang. Maknanya, hutang yang baik untuk individu A mungkin menjadi hutang yang buruk untuk individu B.  Untuk memahami makna dan kedudukan hutang baik…

Read More

PENGAMBILAN khas guru secara sekali ambil (one-off) untuk 18,702 kekosongan dilihat sebagai peluang yang besar untuk menyelesaikan isu lambakan graduan pendidikan. Namun, beberapa isu melibatkan subjek tertentu dilihat masih bermasalah dan memerlukan perhatian Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Jika sebelum ini Relevan menyuarakan isu graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang sukar menembusi penempatan Kementerian Pendidikan, isu baharu pula timbul melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Muzik. Wakilnya, Chonnel George meluahkan, setakat ini hanya 10 graduan bidang tersebut yang diluluskan dalam pengambilan kali ini.  Jumlah tersebut sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah 8,120 graduan yang diluluskan dalam pengambilan…

Read More

TAWARAN gaji yang rendah di tadika swasta membuatkan graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) memilih untuk terus berharap kepada penempatan di bawah Kementerian Pendidikan atau mencari pekerjaan di luar bidang pengajian mereka. Namun malangnya, peluang untuk mendapat penempatan kelihatan malap kerana apabila sebahagian besar graduan bidang tersebut gagal dalam temu duga baru-baru ini. Memohon pekerjaan di luar bidang juga sukar sehingga ada antara mereka yang terpaksa memohon pekerjaan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menerima gaji yang juga rendah. Seorang graduan yang mahu dikenali sebagai Amirah berkata, dia kini bekerja di sebuah tadika swasta di Kelantan dengan gaji yang di…

Read More

SETIAP pekerjaan memerlukan kemahiran tersendiri namun tidak dapat kita nafikan, ada kemahiran universal yang meningkatkan nilai seseorang pekerja pada mata majikan. Kemahiran-kemahiran ini dapat membuat pekerja menjadi rebutan banyak majikan, sekali gus menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk pekerja. Tidak kira di mana anda bermula, majikan yang baik harus menyediakan laluan untuk pekerja maju dalam kerjaya mereka. Dari pekerja bawahan, anda boleh ditawarkan jawatan yang lebih tinggi sehingga akhirnya anda menjadi pemimpin di pejabat. Dengan kemahiran-kemahiran ini, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dinaikkan pangkat atau ‘dicuri’ majikan lain dengan jawatan dan tangga gaji yang lebih baik. Apakah…

Read More

KERAJAAN terus menggiatkan promosi untuk pemvaksinan kanak-kanak yang dilihat penting bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan populasi tersebut. Menurut Kementerian Kesihatan, pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap Covid-19. Malah, katanya, pemvaksinan juga dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit Covid-19 yang serius. Galakan tersebut menjadi lebih signifikan melihat kepada peningkatan penggunaan katil harian dalam kalangan kanak-kanak seiring dengan kenaikan kes Covid-19 dalam negara. Dalam hantarannya di Facebook, Kementerian Kesihatan berkata peningkatan dilihat lebih ketara pada Februari terutamanya untuk kategori 2 hingga kategori 5. Sehubungan itu, kementerian tersebut berkongsi tiga…

Read More

MENYEDARI ruang untuk mengajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) sangat terhad, graduan bidang tersebut bersedia untuk ditugaskan mengajar subjek lain di sekolah. Salah seorang graduan tersebut, Nik Amalina Zamakhshari, 31, berkata, mereka juga mempunyai kemahiran mengajar dalam subjek minor yang diambil sepanjang hampir empat tahun pengajian dan seharusnya tempat mereka untuk subjek tersebut turut diambil kira.  Jelasnya, pelbagai kemahiran berkaitan subjek lain turut diajarkan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) PAKK termasuk Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu serta Penyaringan Kanak-Kanak Istimewa. “Kursus yang dipelajari ini ada kaitan dengan subjek-subjek di sekolah. Sebagai contoh,…

Read More

BELAJAR di luar negara sememangnya digalakkan. Pelajar bukan sahaja dapat kelulusan yang diiktiraf dan dipandang tinggi, mereka juga dapat belajar budaya luar serta meluaskan lagi pengalaman sepanjang tempoh pengajian di sana. Namun, modalnya bukan sedikit. Pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara perlu membuat persiapan kewangan secukupnya supaya pengalaman pendidikan dan masa di luar negara dapat dinikmati sepenuhnya. Sehubungan itu, Pengarah Negara WorldRemit Malaysia, Ridzuan Aziz berkongsi lima tip kewangan untuk pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Buat perancangan awal Luangkan masa untuk mendalami setiap aspek perbelanjaan yang diperlukan untuk satu semester di luar…

Read More

PETALING JAYA: Dalam kegembiraan 8,120 calon guru menerima penempatan Isnin lalu, ada rintihan dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang tenggelam. Menurut wakilnya, Muhammad Nur Azam Ghazali, daripada lebih 1,000 graduan bidang itu yang ditemu duga dalam pengambilan khas sekali ambil (one-off) baru-baru ini, hanya 12 calon yang lulus. Jumlah tersebut yang hanya kira-kira satu peratus daripada keseluruhan calon ternyata mengecewakan bagi graduan, lebih-lebih lagi mereka yang sudah menunggu selama lebih lima tahun. “Saya faham isu rezeki atau mungkin prestasi kami tak cukup baik dalam temu duga. Tapi kalau hanya satu peratus tempat untuk…

Read More

LIPUTAN pemvaksinan tinggi dalam kalangan populasi dewasa yang dicapai pada Oktober tahun lalu berkesan dalam mengurangkan jangkitan terhadap ibu hamil. Kementerian Kesihatan dalam hantaran Facebook hari ini berkata, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada Julai hingga September tahun lalu. Namun, trend tersebut mula menunjukkan penurunan pada Oktober hingga Januari lalu. “Penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi Covid-19 disumbangkan oleh liputan pemvaksinan yang tinggi melebihi 90 peratus dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada Oktober 2021,” katanya. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyeru semua wanita dan ibu hamil untuk mendapatkan vaksin Covid-19…

Read More