ISU bekalan makanan negara menjadi topik utama perbualan masyarakat ketika ini. Bayangan negara kekurangan bekalan makanan dan harga makanan asas seperti beras, daging, ayam dan sayur-sayuran melonjak membimbangkan semua pihak. Krisis makanan yang berlaku kini seharusnya menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan dan jasa para petani yang selama ini membanting tulang untuk menyediakan bekalan makanan negara, walaupun keuntungan daripada pekerjaan tersebut tidaklah sebesar mana. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada para petani apabila mereka menuntut hak untuk mendapat bantuan secukupnya, menolak monopoli korporat dalam pembekalan benih serta membantah penggunaan teknologi merugikan seperti padi yang diubah suai genetik (GMO). Ada yang mendakwa…
KU SYAFIQ KU FOZI
PENINGKATAN kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) boleh diatasi jika kesedaran tentangnya dalam kalangan ibu bapa, kanak-kanak dan pemilik premis jagaan kanak-kanak dapat ditambah baik. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hebahan berkenaan titik panas penyakit berkenaan juga boleh membantu memberi peringatan kepada ibu bapa supaya lebih berwaspada apabila berada dalam kawasan yang mempunyai jangkitan tinggi. Jelas beliau, ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang gejala awal dan langkah pencegahan penyakit tersebutn supaya dapat memberi perlindungan yang lebih baik kepada anak-anak. “Sekiranya anak mereka ada tanda awal dan gejala HFMD, mereka tidak hantar anak mereka ke taska atau sekolah. Kebanyakan kes…
PESAKIT-pesakit asma perlu diberikan kesedaran bahawa alat sedutan berwarna biru hanya memberi kelegaan sementara dan tidak merawat punca utama penyakit itu, iaitu keradangan paru-paru. Pengerusi Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Dr. Sri Wahyu Taher berkata, ramai pesakit yang cenderung menggunakan alat sedutan berwarna biru apabila mendapat serangan asma dan tidak lagi menggunakan alat sedutan atau ubat lain setelah lega. “Kita perlu kurangkan kebergantungan kepada alat sedutan biru kerana ubat ini tidak memberi sebarang faedah kepada paru-paru kita. Apabila ada asma, paru-paru kita dalam keadaan keradangan, ia akan mengeluarkan banyak lendir. Lendir ini yang menyebabkan pesakit itu batuk. “Apabila pesakit…
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang berjaya mengekalkan kes harian Covid-19 pada tahap stabil selepas perayaan Aidilfitri baru-baru ini. Beliau berkata, ia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik yang bermula pada 1 April lalu. Jelas beliau, berbanding negara-negara lain, rakyat Malaysia masih mengekalkan langkah-langkah kesihatan awam walaupun langkah tersebut tidak lagi dikuatkuasakan melalui undang-undang. “Dari segi tingkah laku, rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan ke endemik. Di kawasan terbuka, masih ramai yang memakai pelitup muka. “Maknanya, rakyat Malaysia sudah tahu bagaimana mahu hidup dengan Covid-19. Mereka juga tahu…
KRISIS makanan yang melanda dunia ketika ini menimbulkan kerisauan banyak pihak. Bukan sahaja pandemik, krisis makanan dunia diburukkan lagi dengan peperangan melibatkan Rusia dan Ukraine. Keengganan India untuk mengeksport gandum baru-baru ini membuatkan rakyat negara ini bimbang harga produk berasaskan gandum bakal melonjak tinggi. Walaupun telah diberi jaminan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bahawa bekalan tepung gandum negara tidak terkesan, ia belum dapat meredakan kebimbangan rakyat. Situasi semasa bekalan makanan dunia sememangnya patut dirisaukan. Menurut Bank Dunia, sehingga 5 Mei lalu, Indeks Harga Pertanian dunia meningkat 41 peratus berbanding Januari 2021. Harga jagung dan gandum…
TARIKH 16 Mei diingati sebagai hari untuk seluruh negara meraikan profesion guru yang menjadi nadi kepada perkembangan pendidikan negara. Sering kali, sambutan akan dibuat di sekolah-sekolah dengan persembahan dan anugerah-anugerah tertentu diberikan kepada guru. Tahukah anda, negara-negara di dunia menyambut Hari Guru pada tarikh-tarikh yang berbeza? Argentina contohnya, menyambut Hari Guru pada tarikh 11 September sejak 1915. Ia bersempena memperingati kematian Presiden keduanya, Domingo Faustino Sarmiento yang juga seorang penulis dan intelektual yang banyak membangkitkan soal pendidikan sepanjang hayatnya. Di India pula, Hari Guru disambut pada 5 September bersempena ulang tahun kelahiran Presiden keduanya, Sarvepalli Radhakrishnan sejak 1962. Dalam tradisi…
MALAYSIA mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak lima peratus bagi suku pertama 2022 berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya. Pertumbuhan yang jauh mengatasi jangkaan penganalisis itu disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik apabila kegiatan ekonomi terus kembali normal dengan pelonggaran langkah-langkah pembendungan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, pencapaian positif tersebut dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun ini didorong oleh langkah kerajaan membuka semula sempadan dan peralihan negara ke fasa endemik bermula 1 April lalu. Kata beliau, pembukaan semula sempadan dijangka dapat memulihkan sektor pelancongan yang terkesan oleh pandemik…
PERSEKITARAN tempat kerja yang positif dan sihat ialah rahmat yang sering diabaikan para pekerja. Walaupun faktor-faktor lain seperti gaji dan perkembangan kerjaya dilihat lebih mustahak, persekitaran positif juga ada kepentingannya tersendiri. Persekitaran tempat kerja membuatkan kita selesa bekerja dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti. Persekitaran yang positif dan sihat juga penting untuk kesihatan mental pekerja yang menjadi faktor penting dalam dunia pekerjaan ketika ini. Kita bekerja dengan manusia, maka manusia di sekeliling kita juga yang menjadi faktor utama yang menentukan persekitaran tempat kerja yang baik atau buruk. Jika pejabat anda penuh dengan rakan sekerja toksik, pertimbangkan untuk mencari pekerjaan lain…
PANDEMIK Covid-19 memberi kesan yang mendalam kepada dunia, baik dari segi sosial mahupun ekonomi. Penularan wabak besar-besaran di seluruh dunia itu telah meragut lebih enam juta nyawa dan menyebabkan kerugian lebih RM12 trilion. Apa yang berlaku dalam tempoh lebih dua tahun ini sepatutnya menyedarkan masyarakat dunia untuk menjaga alam sekitar dan kesihatan bumi supaya perkara seumpamanya tidak berulang kembali. Seboleh-bolehnya, kita pastikan Covid-19 ialah pandemik terakhir yang perlu dihadapi dunia. Namun, ia bukan perkara yang mudah. Walaupun dunia telah maju dengan penciptaan pelbagai teknologi, mutasi penyakit tidak dapat dikesan dengan mudah dan awal. Kebiasaannya, penyakit berjangkit hanya dapat dikesan selepas…
NEGARA bergerak setapak lagi ke hadapan dalam peralihan ke endemik apabila Kementerian Kesihatan mengumumkan sembilan lagi semakan semula langkah-langkah pencegahan dan kawalan Covid-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia berikutan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi dalam menguruskan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara. Kata beliau, sistem perkhidmatan kesihatan negara kini berada pada tahap yang semakin pulih dengan kadar kemasukan kes Covid-19 ke hospital dan penggunaan wad rawatan rapi semakin berkurangan. “Kejayaan ini juga disumbang oleh kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. Relevan menyenaraikan kesemua…