Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inhaler biru tidak merawat asma, hanya beri kelegaan sementara

    Inhaler biru tidak merawat asma, hanya beri kelegaan sementara

    By Nur Umi Fatehah Mohd Kamal dan KU SYAFIQ KU FOZIMay 19, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PESAKIT-pesakit asma perlu diberikan kesedaran bahawa alat sedutan berwarna biru hanya memberi kelegaan sementara dan tidak merawat punca utama penyakit itu, iaitu keradangan paru-paru.

    Pengerusi Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Dr. Sri Wahyu Taher berkata, ramai pesakit yang cenderung menggunakan alat sedutan berwarna biru apabila mendapat serangan asma dan tidak lagi menggunakan alat sedutan atau ubat lain setelah lega.

    “Kita perlu kurangkan kebergantungan kepada alat sedutan biru kerana ubat ini tidak memberi sebarang faedah kepada paru-paru kita. Apabila ada asma, paru-paru kita dalam keadaan keradangan, ia akan mengeluarkan banyak lendir. Lendir ini yang menyebabkan pesakit itu batuk.

    “Apabila pesakit rasa sesak sikit, dia akan ambil alat sedut biru ini dan terus rasa lega. Tetapi masalahnya, keradangan di paru-paru tidak akan dirawat. Ubat dalam alat sedut biru ini tidak merawat paru-paru, hanya beri kelegaan.

    “Jadi, keradangan itu akan terus ada dalam paru-paru pesakit. Pesakit tidak akan cuba rawat sebab dia dah rasa lega. Ini yang dinamakan sebagai kelegaan palsu (false reassurance),” katanya ketika ditemui dalam Persidangan Hari Asma Sedunia 2022 yang diadakan di Nexus Bangsar South hari ini.

    Persidangan tersebut dianjurkan oleh Asthma Malaysia dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Pusat Persidangan dan Acara Connexion.

    Ia bertujuan membincangkan cabaran dan penyelesaian dalam menangani jurang dalam penjagaan asma di Malaysia, sejajar dengan tema hari Asma Sedunia tahun ini iaitu Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma.

    Asthma Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bermatlamat untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.

    Sri Wahyu yang turut menyampaikan ucapan dalam persidangan tersebut berkata, pihaknya sedang menjalankan kempen bagi meningkatkan kesedaran pesakit asma terhadap penggunaan alat sedutan biru.

    Alat sedutan itu yang turut dikenali sebagai ubat beta2 (ß2)-agonis bertindak pendek (SABA) banyak digunakan pesakit asma kerana ia tergolong dalam ubat kategori C yang tidak memerlukan preskripsi doktor, membolehkan ia diperolehi dengan mudah di mana-mana farmasi.

    Jelas beliau, alat sedutan asma terbahagi kepada pelbagai jenis, antaranya ialah ubat pelega dan ubat kawalan. Alat sedutan asma berwarna biru tergolong dalam ubat pelega.

    “Ubat kawalan mengandungi kortikostreoid sedut (ICS). Ubat ini yang akan mengawal keradangan. Kalau kita biarkan paru-paru dengan banyak keradangan, lama-lama keradangan itu menyebabkan parut pada paru-paru. Disebabkan parut, paru-paru sukar untuk mengembang ketika bernafas.

    “Ubat kawalan adalah ubat yang dipreskripsi. Pesakit boleh dapatkan di farmasi cuma apabila pesakit menggunakan ubat kawalan, mereka tidak dapat rasa lega dengan cepat kerana ia bukan fungsi ubat kawalan. Fungsinya adalah untuk mengawal keradangan.

    “Itu yang sepatutnya diambil sebab kita tak boleh hanya rawat simptom (rasa sesak dan sempit nafas). Dalam rawatan asma perlu ada ubat kawalan,” katanya.

    Menurut Sri Wahyu, alat sedutan yang mengandungi ubat kawalan datang dalam banyak warna, termasuk oren, coklat dan merah. 

    Dalam panduan oleh Inisiatif Global untuk Asma (GINA), setiap pesakit asma dewasa dan kanak-kanak digalakkan untuk menerima gabungan alat sedut yang mengandungi ICS dan beta-agonis bertindak panjang (LABA) sebagai ubat kawalan bagi mengurangkan risiko asma yang semakin teruk, termasuk pesakit dengan simptom sekali-sekala.

    Dalam kajian oleh inisiatif tersebut, risiko asma yang semakin teruk dapat dikurangkan sehingga 60 peratus apabila pesakit menggunakan alat sedutan yang mengandungi ICS dan LABA, berbanding alat sedutan SABA sahaja.

    Menurut Sri Wahyu, terdapat alat sedutan yang mengandungi kedua-dua ubat pelega dan kawalan telah dihasilkan, namun jumlahnya tidak banyak kerana harga yang mahal. 

    “Jika alat sedutan ini digunakan, ia akan merawat keradangan dan juga berikan kelegaan. 

    “Namun, apabila pesakit ke klinik, mereka tidak mampu beli alat tersebut. Mereka juga tak boleh beli kedua-dua alat sedutan, kawalan dan pelega. Akhirnya, doktor hanya beri alat sedutan pelega sahaja,” katanya. – RELEVAN

    asma featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.