Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu jadikan Covid-19 pandemik terakhir dunia? Ini caranya menurut Bill Gates

    Mahu jadikan Covid-19 pandemik terakhir dunia? Ini caranya menurut Bill Gates

    By May 5, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PANDEMIK Covid-19 memberi kesan yang mendalam kepada dunia, baik dari segi sosial mahupun ekonomi. Penularan wabak besar-besaran di seluruh dunia itu telah meragut lebih enam juta nyawa dan menyebabkan kerugian lebih RM12 trilion.

    Apa yang berlaku dalam tempoh lebih dua tahun ini sepatutnya menyedarkan masyarakat dunia untuk menjaga alam sekitar dan kesihatan bumi supaya perkara seumpamanya tidak berulang kembali. Seboleh-bolehnya, kita pastikan Covid-19 ialah pandemik terakhir yang perlu dihadapi dunia.

    Namun, ia bukan perkara yang mudah. Walaupun dunia telah maju dengan penciptaan pelbagai teknologi, mutasi penyakit tidak dapat dikesan dengan mudah dan awal. Kebiasaannya, penyakit berjangkit hanya dapat dikesan selepas penularannya berlaku dalam kadar yang pesat dan besar.

    Jutawan dan usahawan, Bill Gates bagaimanapun mempunyai formula untuk menghadapi potensi pandemik yang seterusnya dengan lebih awal dan berkesan. Formula tersebut dimuatkan dalam bukunya, How To Prevent The Next Pandemic.

    Skuad wabak

    Gates yang sebelum ini meramalkan kedatangan Covid-19 empat tahun sebelum ia wujud mencadangkan penubuhan sebuah pasukan tindakan yang khusus untuk mengenal pasti dan menghentikan penularan wabak sebelum ia merebak menjadi pandemik.

    Pasukan itu dinamakan sebagai pasukan Tindak Balas dan Mobilisasi Epidemik Global (Global Epidemic Response and Mobilization – GERM). Diilhamkan dari babak sekumpulan pakar virologi turun dari helikopter di sebuah perkampungan yang diserang wabak dalam filem Outbreak, Gates melihat ia sebagai cara terbaik untuk menghadapi ancaman wabak pada masa hadapan.

    “Pada kurun ke-6, empayar Rom mengalami kebakaran besar-besaran. Pemerintahnya, Augustus bertindak balas dengan menubuhkan sebuah pasukan bomba.

    “Untuk menghentikan ancaman pandemik, kita perlu melihat semula apa yang dilakukan oleh Rom. Kita mampu menghentikan kebakaran dengan baik sekarang. (Sistemnya) dibiayai dengan baik, mudah difahami. Kita ada ramai anggota bomba yang terlatih. Kita juga ada akses kepada air yang baik.

    “Pelaburan, amalan dan sistem sebegitu yang kita perlukan untuk menghentikan pandemik,” kata Gates dalam pembentangannya di Ted Talk.

    Kerjasama sejagat

    Menurut Gates, Pasukan GERM akan dianggotai pakar pelbagai bidang dari serata dunia, termasuk pakar epidemiologi, genetik, sistem data, diplomasi, tindak balas pantas, logistik, permodelan komputer, komunikasi dan pelbagai lagi.

    Kata beliau, secara ideal, kebanyakan anggota GERM adalah pakar tempatan dari negara-negara yang mempunyai risiko cetusan wabak yang lebih tinggi dan pakar luar hanya akan hadir apabila diperlukan setelah pasukan dalam negara tersebut meminta bantuan.

    “GERM akan beroperasi begini: pakar pemantauan penyakit dari pasukan akan melihat potensi-potensi wabak. Apabila mengenal pasti wabak, GERM seharusnya boleh mengisytiharkan wabak dan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan serta Bank Dunia bagi mengumpul dana untuk gerakan tindak balas dengan sangat pantas.

    “Pakar pembangunan produk akan menasihati kerajaan dan syarikat-syarikat berkenaan ubat dan vaksin yang mempunyai keutamaan tertinggi. Pakar permodelan komputer akan menyelaras tugas pemodel dari seluruh dunia. Pasukan tersebut juga akan membantu mewujudkan dan menyelaras tindak balas, seperti bila dan bagaimana untuk melaksanakan penutupan sempadan serta mengesyorkan penggunaan pelitup muka,” jelasnya.

    Walau bagaimanapun, jelas Gates, tindak balas terhadap wabak yang aktif hanya sebahagian daripada tugas GERM. Tugas paling utama pasukan itu ialah melaksanakan latihan tindak balas wabak yang dapat menguji sama ada dunia bersedia untuk wabak besar seterusnya atau tidak.

    Malah, impak kewujudan GERM bukan setakat menghentikan pandemik. Pasukan itu juga akan menambah baik sistem kesihatan dunia secara keseluruhannya, lebih-lebih lagi di negara berpendapatan rendah.

    “Penyakit baru muncul akan menjadi keutamaan mereka tetapi ketika tiada ancaman pandemik, pasukan itu akan mengekalkan kemahiran mereka dengan membantu mengendalikan penyakit berbahaya seperti malaria dan polio.

    “Ini akan menyelamatkan banyak nyawa, terutamanya kanak-kanak dari penyakit tersebut dan membantu pasukan GERM membina hubungan dengan komuniti yang diperlukan ketika wabak menyerang,” katanya.

    Belanja berbilion untuk menyelamatkan bertrilion

    Pandemik boleh menyebabkan kerugian bertrilion dolar Amerika untuk dunia. Ia termasuk kerugian ekonomi, kos perubatan dan pembangunan vaksin. Usaha mengelakkan pandemik seterusnya bermakna usaha menyelamatkan bertrilion wang yang boleh digunakan untuk tujuan lain.

    Gates menganggarkan kos untuk mengoperasikan GERM adalah kira-kira AS$1 bilion setahun untuk membiayai bayaran gaji kira-kira 3,000 kakitangan, peralatan, pengangkutan dan perbelanjaan lain. Dana ini akan disumbangkan oleh negara-negara seluruh dunia.

    Operasinya pula akan diselaraskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan pasukan itu berkhidmat untuk rakyat awam seluruh dunia.

    Gates percaya, GERM ialah jawapan untuk menjadikan Covid-19 sebagai pandemik terakhir dunia. Pasukan khas tersebut akan bertindak awal dan menghentikan penularan wabak dengan pantas bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban, seperti yang berlaku disebabkan Covid-19 dalam tempoh lebih dua tahun ini. – RELEVAN

     

    Bill Gates covid-19 featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.