KU SYAFIQ KU FOZI

SAYA kenal Rosli Ibrahim melalui video kuliah-kuliah jalanan di Youtube. Waktu itu, saya masih seorang mahasiswa. Jiwa mudah teruja apabila disuakan ilmu dari jalanan. Dari Lepak Maqasid, Kuliah Buku (KuBu), Buku Jalanan atau Kuliah Bangsar Utama, semua kegiatan perbukuan dan intelektual yang kebanyakannya berpusat di Kuala Lumpur saya ikuti dari jauh. Dalam video-video yang saya tonton, selalu terlihat kelibat Rosli, yang mesra saya sapa sebagai abang Rosli. Dia mudah menyerlah atas dua sebab: satu, ketidakupayaannya dapat dilihat secara fizikal dan kedua, dia lantang tanya soalan. Satu hari, kolej kediaman bersebelahan menganjurkan acara yang melibatkan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia…

Read More

ANTARA peristiwa politik terpenting yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini ialah Langkah Sheraton. Ia merujuk kepada peristiwa perpindahan kem politik oleh ahli Parlimen dan parti politik sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan digantikan dengan Perikatan Nasional (PN). Langkah Sheraton bermula apabila 11 ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti dan membentuk blok bebas, selain keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk keluar dari gabungan PH.  Peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pula secara rasmi menamatkan pemerintahan kerajaan PH. Langkah Sheraton yang berlaku pada Februari 2020 menamatkan pemerintahan PH selepas gabungan itu…

Read More

SUBVARIAN baharu Covid-19, Omicron XBB didapati lebih mudah merebak berbanding subvarian Omicron yang lain dan berkebolehan mengelak daripada perlindungan vaksin. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, susulan pengesanan subvarian tersebut di Malaysia, peningkatan bilangan kes baharu serta indikator-indikator utama lain adalah dijangkakan. Walau bagaimanapun, jelas beliau, belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehan subvarian tersebut untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit Covid-19 yang serius. “Individu yang tidak pernah dijangkiti Covid-19, mereka yang hanya pernah dijangkiti varian Delta sebelum ini atau telah dijangkiti varian Omicron lebih daripada enam bulan yang lepas mempunyai risiko…

Read More

INFLASI Malaysia yang diukur menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 4.5 peratus pada September, peningkatan yang lebih perlahan berbanding 4.7 peratus pada Ogos. Trend sama turut ditunjukkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang mengukur perubahan harga pada peringkat pengeluar. Berbanding peningkatan 6.8 peratus pada Ogos, indeks itu meningkat 4.9 peratus pada September. Dua indeks tersebut merupakan antara statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan melalui Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia Siri 10/2022. ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana inflasi diukur di Malaysia?  Menurut Jabatan Perangkaan, pengeluaran buah tandan segar pada September meningkat 8.3 peratus kepada 9,152,131 tan metrik berbanding 8,447,586 tan metrik pada September tahun lalu. Sementara…

Read More

BILANGAN kematian di Malaysia meningkat 34.5 peratus kepada 224,569 pada 2021 berbanding 166,970 kematian pada 2020. Menurut Jabatan Perangkaan, peningkatan tersebut disebabkan lebihan kematian semasa pandemik Covid-19 pada 2021. Menurutnya, kematian yang disahkan secara perubatan meningkat kepada 70 peratus, iaitu sebanyak 157,251 kematian manakala baki 30 peratus (67,318) ialah kematian yang tidak disahkan secara perubatan. “Jangkitan (disebabkan) Covid-19 merupakan sebab kematian utama di Malaysia pada 2021, iaitu 31,063 kematian atau 19.8 peratus daripada 157,251 sebab kematian yang disahkan secara perubatan. ARTIKEL BERKAITAN: 9 daripada 10 orang tidak cukup tidur, berisiko strok dan sakit jantung “Penyakit jantung iskemia merupakan sebab kematian…

Read More

MENGURUSKAN pekerja merupakan antara cabaran terbesar majikan dan pengurus di tempat kerja. Jika pekerja baik, banyak urusan syarikat yang dapat dipermudah tetapi jika pekerja bermasalah, banyak jugalah masalah syarikat. Pekerja bermasalah boleh dibuang, ramai lagi yang menunggu kerja di luar tetapi jika kerap sangat perlu buang pekerja, masalah juga. Menurut Center for Creative Leadership (CCL), pekerja yang bermasalah mendatangkan lima masalah kepada syarikat, iaitu menghakis kepercayaan, mengurangkan inovasi, mengurangkan output, mengganggu pembuatan keputusan dan merosakkan reputasi pasukan. ARTIKEL BERKAITAN: 10 ciri bos yang teruk Langkah pertama untuk mengendalikan pekerja bermasalah adalah mengenal pasti ciri pekerja sebegitu.  Oleh itu, berpandukan kajian…

Read More

PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU14) mencipta sejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah politik negara, gabungan parti yang sebelumnya menjadi pembangkang memenangi pilihan raya. Kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua. Sejak kemenangan PH pada 9 Mei 2018, pelbagai peristiwa berlaku dalam arena politik negara. Relevan cuba menghimpunkan semua peristiwa-peristiwa tersebut dalam beberapa siri artikel. Kita mulakan dengan peristiwa sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton. PRU14 (9 Mei 2018) Dalam  PRU14, PH…

Read More

TARIKH mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah diumumkan melalui sidang akhbar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober 2022. Selain tarikh mengundi, SPR turut mengumumkan tarikh-tarikh penting lain seperti hari penamaan calon dan hari mengundi awal. Dalam sidang akhbar tersebut, pelbagai maklumat penting berkenaan PRU15 dikumpulkan dalam kira-kira lapan minit ucapan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Relevan menyenaraikan 15 maklumat penting berkenaan PRU15 yang perlu anda ketahui sebelum membuang undi pada 19 November ini. Makluman pembubaran dan pembatalan darurat Seperti yang ramai sedia maklum, pembubaran Parlimen ke-14 telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail…

Read More

SEMUA orang tahu, pekerja layak mengambil cuti ketika sakit. Namun, layakkah pekerja mengambil cuti jika patah hati kerana putus cinta? Cuti sakit diberikan kepada pekerja yang mengalami kesakitan dengan jumlah hari yang ditentukan syarikat. Ketika sakit, pekerja tidak mampu bekerja atau hanya mampu bekerja dengan produktiviti yang rendah. Sebab itu cuti sakit diberikan. Namun, masalah mental dan perasaan seperti patah hati juga boleh mengurangkan produktiviti pekerja. Bukankah situasi sebegini juga memerlukan cuti, seperti mana cuti sakit? Prinsip cuti sakit Menurut OECD, cuti sakit diberikan untuk menyokong pekerja ketika menghidap sakit sementara dengan tiga cara. Cara pertama adalah dengan melindungi pendapatan…

Read More

PERKATAAN inflasi sering disebut dan diulang belakangan ini. Pelbagai faktor baik di peringkat tempatan atau antarabangsa telah mendorong kenaikan harga barangan, sekali gus meningkatkan kadar inflasi. Namun, adakah kita betul-betul faham tentang inflasi? Mengapa kenaikan harga barang dirasakan sangat tinggi buat kita, tetapi kadar kenaikan inflasi tidaklah terlalu tinggi? Harga barang apa yang diambil kira dalam pengukuran kadar inflasi? Maksud inflasi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendefinisikan inflasi sebagai kadar kenaikan harga dalam tempoh masa tertentu. Investopedia pula meletakkan takrif inflasi sebagai kenaikan harga yang boleh diterjemahkan sebagai pengurangan kuasa beli dalam satu-satu tempoh. Secara mudahnya, inflasi bermaksud kenaikan harga barangan…

Read More