KU SYAFIQ KU FOZI

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan pelbagai sejarah baharu. Paling jelas, buat pertama kali PRU di Malaysia tidak menghasilkan mana-mana parti dominan yang memperoleh cukup kerusi untuk mencapai majoriti mudah. Ini mewujudkan kemelut yang berlanjutan. Sehingga hari ini, empat hari selepas berakhirnya PRU15, belum ada mana-mana parti politik yang diangkat sebagai kerajaan. Rakyat pastinya gelisah dengan situasi ini namun yang paling penting, rakyat perlu faham apa yang berlaku. Seperti biasa, Relevan akan cuba menjelaskan kekeliruan yang ada. Maka, berikut merupakan enam perkara yang anda perlu tahu bagi memahami krisis yang berlaku. Majoriti mudah Kemenangan majoriti mudah bermaksud satu-satu gabungan atau…

Read More

TEMPOH kempen pilihan raya, bagi sesetengah orang, sangat menyesakkan. Dalam jangka masa yang pendek, kita disumbat dengan pelbagai maklumat, pujukan dan propaganda dari ahli dan parti politik. Namun, tanpa tempoh berkempen, pilihan raya tidak dapat berlangsung dengan sempurna. Parti-parti politik perlu diberikan masa untuk menjelaskan tawarannya kepada pengundi supaya pengundi dapat membuat keputusan terbaik pada hari mengundi. Bukan semua maklumat yang diterima semasa kempen itu baik, dan tidak semuanya buruk. Yang penting, kita mempunyai kefahaman yang cukup untuk menapis dan membezakan antara kempen yang baik dengan yang buruk. ARTIKEL (bukan propaganda) BERKAITAN: PRU15: Yang penting bukan siapa, tapi kenapa?  Untuk…

Read More

DEMOKRASI ialah sebuah proses yang berpanjangan. Kita buang undi pada hari tertentu, mendengar ceramah pada hari tertentu tetapi kerja mengawasi, meneliti dan menilai kepimpinan negara merupakan proses yang berterusan tanpa sebarang hari istimewa. Pada 19 November ini, lebih 20 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan akan mengundi kepimpinan baharu negara. Ia hari yang istimewa dan signifikan, tetapi itu bukan hari terakhir kita mengambil tahu tentang politik. Dalam demokrasi, rakyat ialah organ terpenting sebuah negara. Demokrasi meletakkan tanggungjawab memilih pemimpin yang membuat keputusan-keputusan penting untuk negara ke bahu rakyat. Kita tidak hidup dalam negara aristokrasi, oligarki, timokarki, oklokarki mahupun monarki penuh. Kita…

Read More

TEMPOH dua tahun ini mungkin tempoh paling mencabar buat negara. Sudahlah berhadapan pandemik yang menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia, politik Malaysia juga terumbang-ambing akibat Langkah Sheraton yang berlaku pada awal tahun tersebut. Pada 2020, media antarabangsa mengatakan Malaysia berhadapan ‘triple whammy’, merujuk kepada krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang dihadapi.  Kini, negara telah hampir setahun berada dalam mod pemulihan. Data-data ekonomi menunjukkan perkembangan positif namun cabarannya belum berakhir.  Dari segi kesihatan, kita masih dalam fasa peralihan ke endemik Covid-19, belum sepenuhnya endemik. Ekonomi pula dijangka mencabar tahun hadapan dan belum ada jaminan bahawa politik negara akan stabil selepas Pilihan…

Read More

SEBAGAI parti utama kaum Melayu, parti yang memperoleh kemerdekaan dan menguasai pemerintahan negara selama lebih 60 tahun, politik Malaysia sangat didominasi UMNO. Kebanyakan parti politik yang wujud hari ini, termasuk yang membangkang UMNO, merupakan pecahan atau pernah bergabung dengan parti tersebut. Gabungan yang menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15, Pakatan Harapan (PH) juga dibarisi oleh parti-parti yang boleh dikaitkan dengan pemerintahan UMNO sebelum ini, kecuali DAP. Kewujudan parti-parti politik yang langsung tidak pernah kena ‘getah’ UMNO tidak banyak dan salah satunya ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM). ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, prinsip asas dan…

Read More

ANTARA kesan langsung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terhadap Barisan Nasional (BN) ialah penarikan diri empat parti komponennya dari Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Keempat-empat parti tersebut mengumumkan keluar dari BN pada 11 Jun 2018, kira-kira sebulan selepas PRU14. Serentak itu juga, keempat-empat parti yang menguasai politik Sarawak itu membentuk gabungan politik yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS). ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, tokoh utama dan hala tuju Barisan Nasional Sejarah penubuhan Dalam PRU14, empat parti komponen BN dari Sarawak berjaya menguasai 19…

Read More

KECELARUAN politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengubah senario politik negara, termasuk menumbuhkan gabungan politik baharu yang kini bertanding untuk merebut kuasa pemerintahan dalam PRU15. Gabungan tersebut ialah Perikatan Nasional (PN) yang lahir selepas penjajaran politik baharu disebabkan Langkah Sheraton. PN dengan sokongan beberapa parti bukan ahli merupakan kerajaan yang memerintah Malaysia sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu. Sejarah penubuhan Selepas Langkah Sheraton, parti-parti yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri membentuk persefahaman dan menjadi kerajaan. Kerajaan yang dibentuk pada 1 Mac 2020 itu disebut sebagai kerajaan Perikatan Nasional walaupun PN belum ditubuhkan secara rasmi ketika…

Read More

KAMUS berwibawa Inggeris, Kamus Collins mengiktiraf permacrisis sebagai perkataan untuk tahun 2022 bersama sembilan perkataan lain yang menggambarkan situasi dunia secara amnya dan United Kingdom (UK) secara khususnya. Permacrisis merupakan satu daripada enam perkataan baharu dalam daftar kata kamus tersebut yang tersenarai sebagai perkataan tahun ini (WOTY). Menurut Ketua Collins Learning, Alex Beecroft, permacrisis menyimpulkan betapa sukarnya kehidupan ramai orang sepanjang 2022. “Bahasa boleh menjadi cerminan kepada apa yang berlaku dalam masyarakat dan dunia yang lebih luas dan tahun ini telah memberi cabaran demi cabaran,” katanya seperti dipetik BBC. Senarai WOTY Kamus Collins dikumpulkan berdasarkan pemerhatian terhadap lapan bilion perkataan…

Read More

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) dalam mesyuaratnya pada 3 November membuat keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas, kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Mei lalu. Ini menjadikan kadar OPR semasa kembali kepada kadar sebelum pandemik, iaitu 2.75 peratus. Ia merupakan kadar tertinggi yang dicatatkan sejak Januari 2020. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus. Kata bank pusat negara itu, MPC mengambil keputusan untuk membuat pelarasan selanjutnya terhadap tahap akomodasi monetari berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang terus positif. “Pelarasan ini juga akan menguruskan…

Read More

ROSLI IBRAHIM merupakan antara rujukan saya dalam soal keilmuan dan pembacaan. Ketika potongan video temu ramahnya bersama Kawah Buku disiarkan di Twitter, rakan saya tertarik dengan idea abang Rosli tentang kegelisahan. Menurut abang Rosli, ramai yang membaca buku sekarang masih tidak mencapai tahap kesedaran yang cukup kerana mereka membaca tanpa rasa gelisah. Gelisah dalam membaca bermakna kita selalu rasa tidak cukup dengan jawapan-jawapan yang dihidang dalam buku. Jawapan sepatutnya menimbulkan kegelisahan dan kegelisahan mewujudkan lebih banyak soalan. Dengan cara ini, kembara membaca tidak ada garis tamat. Sebab itu bagi abang Rosli, soalan lebih penting berbanding jawapan. “Kita baca tapi kita…

Read More