Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Parti Sarawak

    Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Parti Sarawak

    By November 14, 2022Updated:November 16, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GPS menyasarkan untuk memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak dalam PRU15. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    ANTARA kesan langsung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terhadap Barisan Nasional (BN) ialah penarikan diri empat parti komponennya dari Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

    Keempat-empat parti tersebut mengumumkan keluar dari BN pada 11 Jun 2018, kira-kira sebulan selepas PRU14.

    Serentak itu juga, keempat-empat parti yang menguasai politik Sarawak itu membentuk gabungan politik yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, tokoh utama dan hala tuju Barisan Nasional

    Sejarah penubuhan

    Dalam PRU14, empat parti komponen BN dari Sarawak berjaya menguasai 19 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu. Walau bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi bagi membantu BN mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

    Kekalahan pertama kali BN itu mendorong PBB, PDP, SUPP dan PRS untuk keluar dari gabungan tersebut dan membentuk gabungan tersendiri.

    Ketika dilancarkan pada 20 Januari 2019, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memetik 12 Jun 2018 sebagai tarikh penubuhan GPS.

    Permohonan pendaftaran gabungan itu pula diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 19 November 2018.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Perikatan Nasional

    Parti komponen

    GPS kekal dianggotai empat parti sejak awal penubuhannya, iaitu PBB, PDP, SUPP dan PRS.

    PBB merupakan parti utama dalam GPS dengan 14 penyandang kerusi Parlimen. Beberapa tokoh dari parti ini juga memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan sebelum ini.

    Dua lagi parti, iaitu PRS dan PDP mempunyai dua penyandang kerusi Parlimen manakala SUPP dengan seorang penyandang.

    Dalam PRU14, keempat-empat parti komponen  GPS memenangi 19 kerusi Parlimen.

    Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang diadakan pada Disember tahun lalu, GPS menguasai 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Pakatan Harapan

    Prinsip asas

    Abang Johari dalam ucapannya ketika pelancaran GPS berkata, dasar utama GPS adalah berpaksikan rakyat Sarawak dengan slogan perjuangan Utamakan Sarawak atau Sarawak First.

    Penubuhan GPS juga berdiri dengan sembilan tonggak utama, iaitu:

    • Mendukung perlembagaan
    • Menghormati undang-undang
    • Membangunkan kesejahteraan dan kemajuan Sarawak
    • Budaya politik berintegriti dan semangat patriotik
    • Memperkasa ekonomi Sarawak
    • Memupuk perpaduan dan keamanan
    • Membina kecemerlangan generasi anak Sarawak
    • Memulihara warisan budaya
    • Kemampanan hasil semula jadi

      PEMIMPIN GPS ketika meraikan kejayaan gabungan itu memenangi PRN Sarawak, Disember lalu. – GAMBAR UTUSAN

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Rakyat Sabah

    Tokoh utama

    GPS diketuai oleh Presiden PBB, Abang Johari sebagai Pengerusi manakala jawatan Timbalan Pengerusi disandang Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Presiden SUPP, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian dan Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum.

    Jawatan Setiausaha Agung pula disandang Setiausaha Agung PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gerakan Tanah Air

    Antara tokoh lain yang dikenali dalam GPS termasuk:

    • Datuk Seri Richard Riot Jaem (SUPP)
    • Datuk Seri Tiong King Sing (PDP)
    • Datuk Anyi Ngau (PDP)
    • Datuk Aaron Ago Dagang (PRS)
    • Datuk Ugak Kumbong (PRS)
    • Datuk Seri Fadillah Yusof (PBB)
    • Datuk Seri Nancy Shukri (PBB)
    • Datuk Wiliie Mongin (PBB)
    • Datuk Henry Sum Agong (PBB)
    • Datuk Hasbi Habibollah (PBB)
    • Datuk Hanifah Hajar Taib (PBB)

    -RELEVAN

    featured pendidikan politik PRU15
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.