Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » OPR naik 25 mata asas, cecah kadar sebelum pandemik

    OPR naik 25 mata asas, cecah kadar sebelum pandemik

    By November 3, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MPC membuat keputusan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) dalam mesyuaratnya pada 3 November membuat keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas, kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Mei lalu.

    Ini menjadikan kadar OPR semasa kembali kepada kadar sebelum pandemik, iaitu 2.75 peratus. Ia merupakan kadar tertinggi yang dicatatkan sejak Januari 2020.

    Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.

    Kata bank pusat negara itu, MPC mengambil keputusan untuk membuat pelarasan selanjutnya terhadap tahap akomodasi monetari berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang terus positif.

    “Pelarasan ini juga akan menguruskan risiko tekanan permintaan berlebihan terhadap harga secara lebih awal. Keputusan ini selaras dengan penyesuaian semula penetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko terhadap inflasi dan pertumbuhan dalam negeri yang mampan.

    “Pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Memahami OPR dan kesan turun naiknya kepada pengguna 

    Kadar OPR kekal pada tahap rendah ketika pandemik dengan penurunan 100 mata asas secara beransur-ansur sejak Januari 2020 hingga Julai 2020. 

    Kadar tersebut kemudiannya kekal pada pada 1.75 peratus selama dua tahun sebelum kembali meningkat beransur-ansur sejak Mei 2022.

    Jelas BNM, penunjuk terkini ekonomi Malaysia menunjukkan kegiatan ekonomi terus bertambah kukuh pada suku ketiga 2022, didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang teguh.

    Katanya, pada masa hadapan, permintaan dalam negeri akan terus menjadi pendorong utama pertumbuhan meskipun persekitaran global mencabar.

    “Perbelanjaan isi rumah akan terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja dan prospek pendapatan yang bertambah baik.

    “Ketibaan pelancong telah meningkat susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa dan akan mengukuhkan lagi sektor berkaitan pelancongan. Aktiviti dan prospek pelaburan akan disokong oleh pelaksanaan projek berbilang tahun,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana inflasi diukur di Malaysia? 

    Sementara itu, BNM menjangkakan inflasi keseluruhan berada pada tahap tertinggi pada suku ketiga 2022 dan dijangka menjadi sederhana, meskipun kekal pada tahap tinggi.

    “Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, diunjurkan untuk berpurata lebih hampir kepada tahap tinggi dalam julat unjuran 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2022, setelah berpurata 2.7 peratus sejak awal tahun sehingga kini berikutan wujudnya sedikit tekanan yang didorong permintaan dalam keadaan kos yang tinggi.

    “Menjelang 2023, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos, serta apa-apa perubahan pada langkah-langkah dasar dalam negeri,” jelasnya. – RELEVAN

    BNM featured kewangan OPR
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.