KU SYAFIQ KU FOZI

DUNIA kerjaya berkembang dan berubah sepanjang masa. Dalam era teknologi hari ini, perkembangannya lebih pantas dan pesat. Tahun 2023 dijangka mencabar dari segi ekonomi, namun itu tidak menghalang pasaran pekerjaan untuk terus berkembang. Pelbagai industri masih memerlukan tenaga kerja untuk bertahan serta membangun dan ini peluang yang perlu diberi perhatian oleh para pemburu kerja. Kebiasaannya, senarai pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi pada tahun tertentu akan fokus kepada jawatan tetapi Relevan mahu bawakan kelainan. Berbanding jawatan yang spesifik, kita bercerita tentang industri. Dalam satu industri, peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan boleh wujud. Bukan sahaja untuk pemburu kerja baharu, industri yang subur…

Read More

BIDANG kejuruteraan merupakan antara bidang paling penting dalam pertumbuhan ekonomi negara sejak berdekad lamanya. Termasuk ketika pandemik, bidang tersebut menyumbang kepakarannya kepada negara dan dunia bagi mempercepat usaha melawan pandemik. Walau bagaimanapun, bidang itu masih mengalami kekurangan pekerja berkemahiran.  TalentCorp dan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) memasukkan kejuruteraan dalam Senarai Pekerjaan Kritikal (COL), senarai pekerjaan yang diperlukan secara kritikal dalam industri di Malaysia. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Disember berkata, nisbah jurutera kepada populasi Malaysia adalah sebanyak 1:170, lebih rendah berbanding negara maju lain. Dalam sektor awam pula, kerajaan kekurangan kira-kira 100,000 lagi jurutera…

Read More

PELAKSANAAN gaji minimum RM1,500 bermula tahun lalu disambut baik ramai pihak. Namun, perlindungan yang lebih tetap perlu diberikan kepada pekerja dalam beberapa sektor seperti kemahiran. Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, keperluan untuk melaksanakan gaji minimum kepada graduan berkemahiran adalah berdasarkan perlindungan yang ditawarkan kepada belia berkemahiran yang sebenarnya berpendapatan rendah. Jelas beliau, golongan belia berkemahiran kebiasaannya merupakan pekerja dari kumpulan yang sering terpinggir dalam masyarakat seperti pekerja muda dan wanita. “Mereka mungkin tidak mempunyai kuasa tawar-menawar untuk menuntut gaji yang lebih tinggi tanpa campur tangan kerajaan secara langsung,” katanya dalam kenyataan pada 8 Januari.…

Read More

RAMAI yang gelisah dan ada yang marah-marah. Berita kemasukan kira-kira sejuta pelancong China ke Malaysia menyebabkan rakyat bimbang, adakah ini akan mencetuskan gelombang Covid-19 baharu untuk negara? Kebimbangan dan kemarahan rakyat ada asasnya. Kita sudah berusaha keluar dari kesukaran hidup akibat Covid-19 dalam beberapa tahun ini, kita tidak mahu berhadapan kesukaran sama lagi. Namun, yang lebih penting ialah memahami situasi sebenar yang berlaku supaya kita boleh menilai, adakah kebimbangan dan kemarahan kita itu rasional? Sehubungan itu, Relevan merangkumkan isu-isu di sebalik kontroversi kemasukan pelancong China ini. Baca dan fahami kemudian anda nilai sendiri situasi yang sedang berlaku kini. Apa yang…

Read More

Sejarah perkhidmatan insurans boleh dijejak sejak lebih 300 tahun dahulu. Malah, jika kita ambil kira kontrak botomri maritim zaman kuno, ia bermula sejak ribuan tahun dahulu. Insurans adalah tentang perlindungan daripada risiko yang kita hadapi setiap hari. Kecelakaan seperti kemalangan, bencana alam malah kematian datang tanpa amaran. Manusia sejak ribuan tahun dahulu sudah faham tentang kenyataan ini maka disebabkan itu, sistem insurans wujud. Naluri kemanusiaan akan mencari perlindungan daripada sebarang kecelakaan yang tidak dijangka. Kita tidak boleh mengelak daripada takdir tetapi kita boleh membuat persediaan dengan melindungi segala yang bermakna. Namun, faktor utama kewujudan sistem insurans adalah ketenteraman hidup. Dengan…

Read More

KEMAHIRAN berhujah bukan eksklusif untuk mereka yang menyertai pertandingan debat dan bahas atau profesion tertentu seperti peguam sahaja. Ia penting dan bermanfaat untuk sesiapa sahaja. Kemahiran pengucapan awam dikatakan sebagai antara ciri penting seorang pemimpin. Kemahiran memujuk dan mempengaruh juga diperlukan di pelbagai peringkat pekerjaan. Mudah kata, kita punya potensi yang besar jika mampu berhujah dengan baik. Kita boleh menjadi pemimpin yang baik atau aset yang besar dalam organisasi kerja. Pemimpin-pemimpin negara seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara pemimpin yang mempunyai kemahiran berhujah yang baik. Sebahagian mereka…

Read More

JUMLAH kekosongan pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia pada suku tahun ketiga 2022 menurun 5.9 peratus berbanding suku tahun sebelumnya. Analisis Data Raya Penawaran Pekerjaan di Malaysia Suku Tahun Ketiga 2022 oleh Jabatan Perangkaan mendapati, jumlah kekosongan pekerjaan menurun kepada 190,170 kekosongan berbanding 202,102 kekosongan pada suku tahun kedua. Dalam suku tahun ketiga, bulan September mencatatkan jumlah kekosongan tertinggi dengan 69,991 kekosongan, diikuti Ogos (66,093 kekosongan) dan Julai (54,086 kekosongan). ARTIKEL BERKAITAN: 10 azam tahun baharu untuk berjaya dalam kerjaya Jumlah syarikat yang menawarkan pekerjaan juga menurun pada suku tahun ketiga berbanding suku sebelumnya. Pada suku tahun kedua, jumlah syarikat yang…

Read More

HAMPIR pasti kita akan menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahap global tahun hadapan.  Oktober lalu, model kebarangkalian kemelesetan yang dibangunkan pakar ekonomi Bloomberg menjangkakan kemungkinan 100 peratus dunia akan berhadapan kemelesetan menjelang Oktober 2023. Sebagai rakyat biasa, tidak banyak yang dapat kita lakukan untuk menghalang kemelesetan yang akan berlaku. Namun, di peringkat kewangan peribadi, kita boleh membuat persediaan untuk menghadapinya. Business Insider dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyenaraikan lapan persediaan yang boleh dilakukan bagi menghadapi kemelesetan ekonomi pada 2023. Relevan membawa anda menelusuri setiap satu daripadanya supaya tahun hadapan, kita boleh bersama-sama tampil lebih bersedia dan mempunyai kewangan yang kalis krisis.…

Read More

ANTARA topik yang kurang menjadi perhatian dalam pengajian bahasa Melayu ialah sistem ejaan. Topik ini dilihat terlalu asas dan kurang penting berbanding tatabahasa atau sintaksis. Namun, polemik berkenaan ejaan kata pinjaman sering berlaku dan ia membuka ruang belajar yang luas tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Relevan merujuk kembali buku panduan ejaan yang ditulis Allahyarham Abdul Hamid Mahmood, seorang Profesor Emeritus Bahasa Melayu yang bertajuk Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan dan Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul. Dalam buku tersebut, Abdul Hamid mengemukakan beberapa teori tentang ejaan dalam bahasa Melayu yang boleh diguna pakai untuk memahami peraturan ejaan yang…

Read More

DI Malaysia, dasar perumahan lebih menggalakkan pemilikan berbanding sewaan. Namun, harga rumah yang semakin tinggi dan meningkat tidak seiring dengan kenaikan gaji menyebabkan lebih ramai yang memilih untuk menyewa berbanding membeli rumah. Penyelidikan oleh Property Guru Malaysia mendapati, terdapat peningkatan 96.83 peratus terhadap permintaan sewaan pada suku kedua tahun ini berbanding suku sama tahun lalu. Dengan peningkatan ini, adakah nasib penyewa rumah akan terbela? Sering kita dengar, penyewa rumah dan bilik terutamanya di kawasan bandar mengeluh kerana harga sewaan yang mahal.  Bukan itu sahaja, kualiti dan keadaan bilik atau rumah yang disewa juga tidak baik. Sehingga timbul istilah ‘bilik keranda’…

Read More