KU SYAFIQ KU FOZI

PELAKSANAAN gaji minimum RM1,500 bermula tahun lalu disambut baik ramai pihak. Namun, perlindungan yang lebih tetap perlu diberikan kepada pekerja dalam beberapa sektor seperti kemahiran. Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, keperluan untuk melaksanakan gaji minimum kepada graduan berkemahiran adalah berdasarkan perlindungan yang ditawarkan kepada belia berkemahiran yang sebenarnya berpendapatan rendah. Jelas beliau, golongan belia berkemahiran kebiasaannya merupakan pekerja dari kumpulan yang sering terpinggir dalam masyarakat seperti pekerja muda dan wanita. “Mereka mungkin tidak mempunyai kuasa tawar-menawar untuk menuntut gaji yang lebih tinggi tanpa campur tangan kerajaan secara langsung,” katanya dalam kenyataan pada 8 Januari.…

Read More

RAMAI yang gelisah dan ada yang marah-marah. Berita kemasukan kira-kira sejuta pelancong China ke Malaysia menyebabkan rakyat bimbang, adakah ini akan mencetuskan gelombang Covid-19 baharu untuk negara? Kebimbangan dan kemarahan rakyat ada asasnya. Kita sudah berusaha keluar dari kesukaran hidup akibat Covid-19 dalam beberapa tahun ini, kita tidak mahu berhadapan kesukaran sama lagi. Namun, yang lebih penting ialah memahami situasi sebenar yang berlaku supaya kita boleh menilai, adakah kebimbangan dan kemarahan kita itu rasional? Sehubungan itu, Relevan merangkumkan isu-isu di sebalik kontroversi kemasukan pelancong China ini. Baca dan fahami kemudian anda nilai sendiri situasi yang sedang berlaku kini. Apa yang…

Read More

Sejarah perkhidmatan insurans boleh dijejak sejak lebih 300 tahun dahulu. Malah, jika kita ambil kira kontrak botomri maritim zaman kuno, ia bermula sejak ribuan tahun dahulu. Insurans adalah tentang perlindungan daripada risiko yang kita hadapi setiap hari. Kecelakaan seperti kemalangan, bencana alam malah kematian datang tanpa amaran. Manusia sejak ribuan tahun dahulu sudah faham tentang kenyataan ini maka disebabkan itu, sistem insurans wujud. Naluri kemanusiaan akan mencari perlindungan daripada sebarang kecelakaan yang tidak dijangka. Kita tidak boleh mengelak daripada takdir tetapi kita boleh membuat persediaan dengan melindungi segala yang bermakna. Namun, faktor utama kewujudan sistem insurans adalah ketenteraman hidup. Dengan…

Read More

KEMAHIRAN berhujah bukan eksklusif untuk mereka yang menyertai pertandingan debat dan bahas atau profesion tertentu seperti peguam sahaja. Ia penting dan bermanfaat untuk sesiapa sahaja. Kemahiran pengucapan awam dikatakan sebagai antara ciri penting seorang pemimpin. Kemahiran memujuk dan mempengaruh juga diperlukan di pelbagai peringkat pekerjaan. Mudah kata, kita punya potensi yang besar jika mampu berhujah dengan baik. Kita boleh menjadi pemimpin yang baik atau aset yang besar dalam organisasi kerja. Pemimpin-pemimpin negara seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara pemimpin yang mempunyai kemahiran berhujah yang baik. Sebahagian mereka…

Read More

JUMLAH kekosongan pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia pada suku tahun ketiga 2022 menurun 5.9 peratus berbanding suku tahun sebelumnya. Analisis Data Raya Penawaran Pekerjaan di Malaysia Suku Tahun Ketiga 2022 oleh Jabatan Perangkaan mendapati, jumlah kekosongan pekerjaan menurun kepada 190,170 kekosongan berbanding 202,102 kekosongan pada suku tahun kedua. Dalam suku tahun ketiga, bulan September mencatatkan jumlah kekosongan tertinggi dengan 69,991 kekosongan, diikuti Ogos (66,093 kekosongan) dan Julai (54,086 kekosongan). ARTIKEL BERKAITAN: 10 azam tahun baharu untuk berjaya dalam kerjaya Jumlah syarikat yang menawarkan pekerjaan juga menurun pada suku tahun ketiga berbanding suku sebelumnya. Pada suku tahun kedua, jumlah syarikat yang…

Read More

HAMPIR pasti kita akan menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahap global tahun hadapan.  Oktober lalu, model kebarangkalian kemelesetan yang dibangunkan pakar ekonomi Bloomberg menjangkakan kemungkinan 100 peratus dunia akan berhadapan kemelesetan menjelang Oktober 2023. Sebagai rakyat biasa, tidak banyak yang dapat kita lakukan untuk menghalang kemelesetan yang akan berlaku. Namun, di peringkat kewangan peribadi, kita boleh membuat persediaan untuk menghadapinya. Business Insider dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyenaraikan lapan persediaan yang boleh dilakukan bagi menghadapi kemelesetan ekonomi pada 2023. Relevan membawa anda menelusuri setiap satu daripadanya supaya tahun hadapan, kita boleh bersama-sama tampil lebih bersedia dan mempunyai kewangan yang kalis krisis.…

Read More

ANTARA topik yang kurang menjadi perhatian dalam pengajian bahasa Melayu ialah sistem ejaan. Topik ini dilihat terlalu asas dan kurang penting berbanding tatabahasa atau sintaksis. Namun, polemik berkenaan ejaan kata pinjaman sering berlaku dan ia membuka ruang belajar yang luas tentang sistem ejaan bahasa Melayu. Relevan merujuk kembali buku panduan ejaan yang ditulis Allahyarham Abdul Hamid Mahmood, seorang Profesor Emeritus Bahasa Melayu yang bertajuk Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan dan Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul. Dalam buku tersebut, Abdul Hamid mengemukakan beberapa teori tentang ejaan dalam bahasa Melayu yang boleh diguna pakai untuk memahami peraturan ejaan yang…

Read More

DI Malaysia, dasar perumahan lebih menggalakkan pemilikan berbanding sewaan. Namun, harga rumah yang semakin tinggi dan meningkat tidak seiring dengan kenaikan gaji menyebabkan lebih ramai yang memilih untuk menyewa berbanding membeli rumah. Penyelidikan oleh Property Guru Malaysia mendapati, terdapat peningkatan 96.83 peratus terhadap permintaan sewaan pada suku kedua tahun ini berbanding suku sama tahun lalu. Dengan peningkatan ini, adakah nasib penyewa rumah akan terbela? Sering kita dengar, penyewa rumah dan bilik terutamanya di kawasan bandar mengeluh kerana harga sewaan yang mahal.  Bukan itu sahaja, kualiti dan keadaan bilik atau rumah yang disewa juga tidak baik. Sehingga timbul istilah ‘bilik keranda’…

Read More

DENGAN harga rumah yang semakin mahal dan meningkat tidak seiring dengan kadar peningkatan gaji, lebih ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk menyewa berbanding memiliki kediaman sendiri. Bagi golongan bujang yang baru memulakan pekerjaan di bandar-bandar besar pula, menyewa bilik ialah pilihan terbaik. Ia lebih menjimatkan dan memudahkan.  Namun, harga sewa bilik juga sudah semakin mahal sekarang. Ada yang murah tetapi penyewa terpaksa korbankan privasi kerana perlu berkongsi dengan orang lain.  Jika mahu menyewa sendiri, harganya boleh mencecah antara RM300 hingga RM500 bagi bilik yang tidaklah sebesar mana. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mahal: Lebih baik beli atau menyewa? Ramai yang mempertikaikan perkara…

Read More

GASTRIK berlaku apabila terdapat kecederaan pada lapisan dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau secara kerap dan berkala, bergantung kepada tahap gastrik yang dialami seseorang. Kebanyakan pesakit mengalami gastrik akut yang boleh diredakan dengan mengambil beberapa jenis ubat. Untuk yang lebih kronik, mungkin rawatan yang lebih intensif diperlukan. Di pasaran juga ada banyak ubat gastrik yang dijual. Gaviscon dan Eno antara jenama yang popular. Satu kajian yang dijalankan di India yang diterbitkan dalam  jurnal International Journal of Applied and Basic Medical Research mendapati, ramai pesakit kurang maklum berkenaan kesan mudarat dan amaran kesihatan ubat-ubat gastrik. ARTIKEL BERKAITAN: Tidur terganggu…

Read More