ANDA ada pengalaman disisih rakan sepejabat? Masuk saja pejabat, orang kiri kanan menjeling dan mencebik sedangkan anda tak ada buat salah apa. Kalau terjadi, mungkin ada salah yang anda buat, cuma tak perasan. Kadang-kadang ada sikap atau tabiat yang kita fikir tak ada masalah tapi sebenarnya mengguris hati kawan atau lebih teruk lagi, buat orang menyampah pada kita. Sebab itu penting untuk kita cermin diri. Semak semula sikap dan tabiat sendiri. Lebih penting lagi, kalau kita tahu ada buat silap, ringankan mulut untuk minta maaf dan berubahlah. Untuk mudahkan lagi proses cermin diri anda itu, Relevan senaraikan 12 tabiat yang…
KU SYAFIQ KU FOZI
SEJAK lebih 15 tahun dahulu, istilah “muzik indie” mula diguna pakai untuk melabel sekelompok kugiran dan penyanyi yang bergerak secara mandiri dalam industri muzik Malaysia. Agak sukar untuk memastikan tempoh awal istilah itu digunakan bagi merujuk sebuah gerakan atau lapangan muzik di Malaysia. Namun, jika penggunaan secara massa di Malaysia, dipercayai istilah itu popular ketika kugiran seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Estranged mendapat perhatian peminat muzik arus perdana pada 2007 atau 2008. Ia dikukuhkan lagi dengan kejayaan Meet Uncle Hussain memenangi Anugerah Juara Lagu ke-23 yang diadakan pada 18 Januari 2009. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa maksud sebenar “muzik…
KERAJAAN membuat keputusan untuk mempercepat penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi meringankan beban rakyat yang bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai itu akan mula disalurkan kepada lebih lapan juta penerima bermula 26 Jun ini. Jelas beliau, pembayaran tersebut membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion dengan setiap penerima memperoleh antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing. Menurut perancangan awal, pemberian STR kali ketiga untuk tahun ini akan mula disalurkan bermula bulan hadapan. Fasa pertama dan kedua telah disalurkan pada Januari dan April lalu. “Ketiga-tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi…
MUNGKIN, setiap kita pernah dilamun cinta. Saya kata mungkin sebab mungkin, ada antara kita yang belum dikurnia nikmat indah itu. Buat kali ketiga – mungkin, Tuhan sedang menyusun pengalaman dilamun cinta yang sempurna buat kita; cuma syaratnya, perlu tunggu dan sabar. Pengalaman dilamun cinta sangat mengasyikkan: perut gementar bagai dihuni rama-rama, fikiran diisi hanya satu wajah dan seluruh permukaan kulit jadi gatal merenyam. Perasaan itu ajaib kerana rangsangannya menjalar ke seluruh tubuh. Saraf-saraf tergelinjang ketika mata menatap wajah yang kita sayang. Rasa sensasi yang dapat dirasai ke seluruh tubuh ini ada penjelasan saintifiknya. Malah, gelombang otak ketika kita dihayun angau…
KEMENTERIAN Pendidikan menghadiahkan peluang kedua buat hampir 30,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang dilaporkan tidak hadir menduduki peperiksaan itu dengan melanjutkan tarikh pendaftaran calon persendirian untuk SPM 2023. Menurut kementerian itu dalam kenyataan pada 20 Jun, ia selaras dengan teras keempat Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan yang memberi perhatian terhadap isu keciciran pendidikan. Katanya juga, ia sesuai dengan hasrat murni Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar peluang kedua diberikan kepada calon-calon yang tidak hadir SPM 2022. “Kementerian Pendidikan sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon SPM 2022 menggunakan sepenuh ya peluang yang…
APABILA panduan Belanjawanku diterbitkan, terdapat bangkangan dan kritikan yang disuarakan, mendakwa panduan tersebut tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupan rakyat di bandar-bandar tertentu. Antara item yang banyak dipertikai ialah kos tempat tinggal, apabila panduan Belanjawanku meletakkan RM370 sebagai kos untuk menyewa bilik di Lembah Kelang, sedangkan menurut pengalaman beberapa individu, kosnya boleh mencecah RM400 hingga RM500. Panduan itu juga dikatakan tidak mengambil kira kos sewa yang tinggi di kawasan dengan kemudahan pengangkutan awam. Bagi mereka yang tinggal jauh daripada akses pengangkutan awam demi mendapat sewa rendah, mereka perlu berbelanja lebih untuk bergerak dari rumah ke stesen. Walau bagaimanapun, dalam dokumen Belanjawanku…
JOHOR Bahru menjadi daerah pentadbiran dengan nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri tertinggi pada 2023, dengan jumlah RM207.6 juta mengatasi daerah Petaling (RM204.5 juta) dan Klang (RM87.4 juta). Dari segi negeri pula, Selangor tampil mendominasi dengan nilai jualan RM0.6 bilion mengatasi Johor (RM0.4 bilion) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM0.3 bilion). Ketiga-tiga negeri itu menyumbang 50 peratus daripada nilai jualan di seluruh negara. Itu merupakan sebahagian statistik berkaitan bazar Ramadan dan Aidilfitri 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan pada 16 Jun. Menurut jabatan itu, secara keseluruhannya, nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada 2023 meningkat 5.9 peratus kepada RM2.5 bilion berbanding…
KERAJAAN berhasrat menghapuskan pengkelasan pendapatan B40, M40 dan T20 bermula tahun hadapan. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penghapusan tersebut akan dilakukan secara berperingkat untuk meminimumkan kesilapan pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan gaji. Kata beliau, perbincangan berkenaan simulasi, jenis bantuan dan penerimanya serta pendekatan yang digunakan telah berlangsung di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). “Kita akan melaksanakan satu demi satu bantuan sosial yang disepadu berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah. “Ia mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi kerajaan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang…
PROSES yang rumit, kos yang tinggi dan akses yang sukar. Ini mungkin menjadi alasan untuk beberapa pihak mengabaikan kepentingan penulisan wasiat. Ini menyebabkan banyak harta dan aset sukar diagihkan selepas kematian pemiliknya, apabila perancangan dan pewarisan harta tidak diberikan keutamaan. Menyedari masalah itu, Maybank Islamic Berhad mengambil inisiatif untuk mempermudah urusan penulisan wasiat menerusi penggunaan teknologi digital dan terkini. Bagi membolehkan pelanggannya merancang dan menyediakan wasiat dengan lebih cekap dan teratur serta selaras dengan syariah dan undang-undang faraid, syarikat perbankan itu melancarkan perkhidmatan penulisan wasiat secara digital, EzyWasiat. Platform digital tersebut dibangunkan mengikut model unik yang mana pelanggan akan dibantu…
BERCAKAP tentang pengurusan kewangan peribadi, hal yang selalu ditekankan oleh penasihat kewangan dan pakar-pakar ialah kepentingan mempunyai belanjawan peribadi dan simpanan mencukupi. Data daripada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 mendapati 76 peratus rakyat Malaysia mempunyai belanjawan tetapi tidak semua yang benar-benar mematuhi belanjawan tersebut. Selain itu, 84 peratus rakyat Malaysia juga mengakui bahawa mereka menyimpan secara tetap hanya untuk jangka pendek sahaja. Malah, lazimnya, wang simpanan itu akan dikeluarkan pada hujung bulan untuk menampung perbelanjaan harian. Ini antara data yang dipetik Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir dalam ucapannya sempena pelancaran buku panduan dan…