MENURUT Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), gaji minimum bermaksud jumlah upah yang perlu dibayar majikan kepada pekerja untuk kerja yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu, yang tidak boleh dikurangkan baik melalui perjanjian kolektif atau kontrak individu. Pelaksanaan gaji minimum sudah meluas ke seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Pada 1 Mei 2022, perintah gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja di Malaysia adalah sebanyak RM1,500 sebulan. Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebanyak 84 peratus negara dunia telah memasukkan perintah gaji minimum dalam perundangan negara masing-masing setakat 2020. Jumlah gaji minimum berbeza mengikut negara, malah kaedah penetapannya juga berbeza. Ada negara yang menggunakan pengiraan gaji…
KU SYAFIQ KU FOZI
BANK Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. Menurut bank pusat itu, pada tahap OPR tersebut, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi. “MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. “MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya dalam kenyataan pada 7 September. Pelancong dijangka meningkat Jelas BNM, pada suku tahun kedua 2023, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah terkesan…
TAHNIAH diucapkan kepada 70,156 calon lepasan STPM/Setaraf yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke universiti awam. Kejayaan tersebut bermakna anda selangkah lagi untuk memasuki fasa kehidupan yang penting dan penuh warna, iaitu kehidupan universiti. Dalam fasa hidup ini, anda akan meneroka dan belajar banyak benda. Namun, sebelum itu, ada perkara yang perlu dilakukan sebelum tempat anda di universiti disahkan. Sebilangan calon terleka dan tidak memberi perhatian kepada perkara ini, menyebabkan mereka terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian. Setuju terima dan tolak tawaran Perkara yang dimaksudkan ialah pengesahan setuju terima atau tolak tawaran. Calon yang menerima tawaran perlu membuat pengesahan ini supaya…
KEPUTUSAN permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) lepasan STPM/Setaraf untuk sesi akademik 2023/2024 menyaksikan 70,156 calon berjaya mendapatkan tawaran. Keputusan yang diumumkan pada 7 September itu adalah untuk 1,098 program pengajian sarjana muda di 20 UA di seluruh negara. Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, terdapat 89,102 tempat disediakan kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang melibatkan 72,772 tempat melalui permohonan UPUOnline. 16,330 tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran UA masing-masing. “Jumlah permohonan UPUOnline yang diterima bagi lepasan STPM/Setaraf adalah sebanyak 118,143 calon dengan 70,156 calon telah berjaya memperolehi tawaran. “Sejumlah 24,846 calon lelaki dan 45,310 calon perempuan telah berjaya ditawarkan tempat.…
SUDAH ramai tahu, muzik ada kesan yang tersendiri kepada psikologi manusia. Terapi muzik juga banyak digunakan dalam bidang kesihatan, khususnya untuk penyakit berkaitan keupayaan mental. Hal ini mendorong pelajar doktor falsafah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Asyraf Mohd. Bakri untuk menggunakan muzik sebagai alat intervensi untuk warga emas, khususnya mereka yang menghidap demensia. Memilih instrumen angklung, dia menjalankan aktiviti yang menyeronokkan untuk warga emas di Shalis Care Centre, Kelantan serta Caring Retirement Home Care dan Pusat Jagaan Damai Permai di Pulau Pinang. Intervensi seni untuk warga emas Penghantaran warga emas ke pusat jagaan tidak sepenuhnya negatif. Pusat…
SUDAH ada kenalan lama tiba-tiba mesej minta sticker Monopoly Go? Saya sudah. Permainan papan klasik itu kembali menjadi bualan baru-baru ini apabila versi aplikasi mobilnya mendapat sambutan meriah, terutamanya daripada pemain dari Malaysia. Di segenap media sosial orang bercerita, termasuk video-video live di TikTok. Sebagai permainan papan, Monopoly sudah wujud hampir 100 tahun. Ia menjadi antara permainan papan paling popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia dengan variasinya seperti Jutaria. Monopoly merupakan permainan yang secara tidak langsung mengajar pemainnya mengendalikan wang dan aset. Malah, ada pakar kewangan yang mencadangkan permainan ini sebagai kaedah menyeronokkan untuk mengajarkan anak kecil kesedaran kewangan.…
LEBIH 85 peratus institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia mencatatkan keputusan cemerlang dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi (SETARA) dan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) 2022. Jabatan Pendidikan Tinggi berkata, sebanyak 90 atau 86.54 peratus daripada 104 IPT telah mendapat keputusan Berdaya Saing untuk penarafan SETARA manakala 158 atau 90.29 peratus daripada 175 kolej telah mendapat keputusan Berdaya Saing untuk MyQUEST. Secara keseluruhannya, lebih 85 peratus IPT mendapat keputusan Berdaya Saing untuk kedua-dua penarafan. “Pencapaian memberangsangkan ini membuktikan usaha berterusan dari Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar. “Keputusan ini…
INI bukan hasutan untuk pekerja ‘mengular’ atau mengabaikan tugas dalam waktu kerja. Kami cuma mahu memperkenalkan beberapa kajian yang menunjukkan kelebihan apabila majikan memberi ruang untuk pekerja tidur sekejap dalam waktu kerja. Hal ini bukanlah baharu, perbincangan tentangnya telah berlangsung selama beberapa tahun di peringkat dunia. Cuma di Malaysia, ia belum popular. Tidur sekejap atau meridap (nap) ada manfaatnya yang tersendiri dari segi kesihatan dan produktiviti pekerja, yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti syarikat. Melalui beberapa rujukan, Relevan menjelaskan kepada anda kepentingan tidur atau meridap ketika bekerja. Tidur malam vs meridap Pembantu Profesor di Sekolah Perniagaan Universiti Warwick, Mattie Toma menjalankan kajian…
KALAU setiap Perdana Menteri Malaysia diminta menyediakan resume untuk dibandingkan pencapaian sesama mereka, susah Perdana Menteri lain nak kalahkan Tunku Abdul Rahman. Setiap Perdana Menteri ada sumbangannya tersendiri tetapi cabaran yang dihadapi Tunku Abdul Rahman bukan biasa-biasa. Beliau menjadi ketua eksekutif negara sebelum merdeka lagi. Beliau juga yang mengetuai rombongan untuk memerdekakan negara, mentadbir negara pada tahun-tahun awal kemerdekaan dan menggerakkan usaha transformasi Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Namun, Tunku sering menyembunyikan kegusaran hatinya. Berkali-kali diulang, walau apa cabaran yang dihadapi negara dahulu, beliau tetap “Perdana Menteri paling bahagia dalam dunia”. Perletakan jawatan Tunku juga dibuat secara mengejut. Akibat peristiwa…
SEMAKIN berusia, semakin tubuh kita mudah berasa sakit. Kalau dulu, kita boleh hadap seminggu yang aktif di padang bola sepak, jatuh-jatuh itu biasa. Tapi sekarang, peha terlanggar kerusi dah sakit-sakit otot. Ia normal sebenarnya kerana semakin kita berusia, lebih-lebih lagi jika kehidupan tidak aktif, otot dan tubuh kita tidak ‘sekebal’ dulu. Sebab itu menjalani kehidupan aktif itu penting. Sebelum ini Relevan ada berkongsikan aktiviti 15 minit yang anda boleh lakukan setiap hari untuk membina tubuh yang lebih kalis sakit. Kali ini, dengan merujuk pakar osteopati yang sama, James Davies, kami kongsikan pula amalan yang boleh anda lakukan sepanjang masa untuk mendapatkan…