MEMASUKI penghujung tahun, segala keputusan dan tindakan berkaitan kewangan sepanjang tahun ini sudah boleh disemak. Adakah sepanjang tahun kita disiplin dengan belanjawan peribadi? Berapa banyak wang dibazirkan pada perkara yang tidak menguntungkan? Semakan perlu dibuat supaya tahun hadapan, kita boleh menguruskan kewangan dengan lebih baik. Penghujung tahun juga boleh digunakan untuk merancang langkah pengurusan kewangan yang baharu pada tahun hadapan. Antara perkara penting untuk dirancang ialah simpanan. Matlamat simpanan boleh jadi untuk jangka pendek, sederhana atau panjang. Dalam artikel ini, tumpuannya adalah untuk simpanan jangka pendek. Berikut merupakan jenis-jenis simpanan jangka pendek yang anda boleh usahakan untuk tahun hadapan. Tak…
KU SYAFIQ KU FOZI
SATU kemahiran yang sangat underrated: bercakap. Mungkin ada yang fikir, bercakap ini sangat asas, hari-hari kita buat. Untuk apa ada kemahiran pula dalam bercakap? Betul. Bercakap merupakan proses yang sangat semula jadi sampai kita rasa ia tidak memerlukan apa-apa kemahiran. Sebenarnya, bercakap memang tak perlu apa-apa kemahiran spesifik tetapi untuk bercakap dengan jelas dan berkesan, banyak hal yang perlu diambil kira. Mereka yang mampu bercakap dengan jelas dan berkesan ada banyak kelebihan dalam kerjaya dan kehidupan. Dari segi komunikasi, mereka juara. Dalam apa saja bidang pekerjaan, komunikasi yang baik bukan saja memudahkan urusan, malah meletakkan imej yang baik terhadap seseorang. …
BERMULA 4 Disember, kira-kira 10 juta rakyat Malaysia boleh mula menuntut kredit e-Madani berjumlah RM100 melalui penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing. Program e-Madani merupakan inisiatif kerajaan sebagai kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet kerajaan sebelum ini. Menurut Kementerian Kewangan, program tersebut mempunyai objektif tiga serampang, iaitu untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai dan memanfaatkan rakyat. Tempoh tuntutan Pendaftaran dan tuntutan e-Madani boleh dibuat sekali untuk setiap pemohon yang layak. Tempohnya bermula pada pukul 8 pagi, 4 Disember 2023 sehingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Kredit yang telah diterima pula hanya boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam,…
SEMUA pekerja akan merasai turun naik prestasi sepanjang bekerja, termasuk pekerja yang paling cemerlang dalam syarikat. Fasa kemerosotan prestasi itu mungkin berpanjangan tetapi ia tidak kekal, asalkan pekerja mengambil langkah yang tepat untuk keluar. Fasa tersebut disebut sebagai slump, yang Relevan terjemahkan sebagai lembah rosot. Kerana sifatnya seperti lembah – jurang dalam dan gelap yang dipenuhi kegelisahan serta kebuntuan. Nak keluar susah tetapi dengan strategi dan langkah yang betul, ia tidak mustahil. Ada banyak faktor boleh meletakkan kita dalam lembah rosot. Boleh jadi faktor dalaman seperti kebosanan, tekanan atau kemurungan. Boleh juga faktornya luaran, seperti pengurus yang bermasalah atau rakan…
OTAK, seperti otot, perlu selalu dilatih tubi dan digerakkan untuk mengekalkan keaktifan dan kecerdasannya. Kalau demi otot kekar kita sanggup bersenam dan angkat besi, untuk otak segar kita perlu rajin berfikir dan berimaginasi. Salah satu latih tubi yang baik untuk otak ialah mencongak – membuat perkiraan matematik yang asas, seperti tambah, tolak atau darab, dengan fikiran semata-mata tanpa menulis di kertas atau menggunakan kalkulator. Pusat pembelajaran matematik dalam talian, Mathnasium berkata, congak (atau matematik mental, seperti kata mereka) membantu mengekalkan kepantasan dan ketajaman otak. Malah, katanya, congak juga membantu meningkatkan ‘deria nombor’ seseorang, yang merujuk kepada keupayaan untuk memahami hubungan antara…
PADA 2013, industri muzik Malaysia melalui era yang tersendiri. Pengaruh irama alternatif semakin mengurang, genre seperti hip hop mengalami peralihan besar dan impak media sosial semakin jelas. Memandang sedekad ke belakang dapat membantu memberi gambaran evolusi muzik yang berlaku di negara ini. Jaraknya tidak terlalu jauh, maka bezanya tidaklah terlalu besar. Namun, perkembangan muzik dapat dilihat. Oleh itu, Relevan bawakan untuk anda lima album tempatan yang pada tahun ini sudah mencapai usia sedekad. Kelima-lima album ini dipilih Relevan berdasarkan impaknya terhadap industri muzik Malaysia. Havoc – Joe Flizzow https://open.spotify.com/album/29seGjcBfLLxrnUVb5ZZ8A?si=Tttf1wOxRGKtgibBxKP2Fg Antara album hip hop tempatan paling berpengaruh pernah dihasilkan, Havoc merupakan…
MASIH ingat apa yang anda buat sebaik sahaja bangun tidur pagi tadi? Sewaktu anda menatal telefon bimbit tengah hari tadi, apa yang anda baca? Malam semalam ada berbual dengan kawan, bukan? Berapa peratus perbualan itu anda boleh ingat? Apabila memberi perhatian kepada semua yang dilakukan sepanjang hari, kita mula sedar yang tidak banyak perincian dapat diingati. Ia normal kerana tak semua hal perlu diingati, kebanyakannya tidak cukup mustahak untuk diberi ruang dalam memori. Namun, untuk hal-hal yang penting seperti arahan bos di pejabat atau nota dari pensyarah dan guru, kalau kita lupa, besar padahnya. Kita tak perlu tunggu ingatan semakin…
BILANGAN perceraian yang direkodkan pada 2022 meningkat 43.1 peratus kepada 62,890 kes berbanding 43,936 kes pada 2021. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, perceraian dalam kalangan orang Islam mencatatkan peningkatan 45.8 peratus, daripada 31,650 kes pada 2021 kepada 46,138 kes pada 2022. Kata beliau, peningkatan itu disebabkan kes-kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya. “Tiga negeri mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam, iaitu Kedah (113.6 peratus), Sabah (94.5 peratus) dan Perlis (83.5 peratus). “Perceraian orang bukan Islam turut meningkat sebanyak 36.4 peratus daripada 12,286 pada 2021 kepada 16,752 pada 2022. “Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan…
SETAKAT 30 September 2023, seramai 6.3 juta atau 48 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur bawah 55 mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000. Dengan simpanan tersebut, mereka dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun. Data dan jangkaan itu didedahkan Kementerian Kewangan dalam Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat pada 20 November. Jumlah tersebut meningkat berbanding 4.7 juta atau 37 peratus yang dicatatkan pada April 2020, sebelum pengeluaran-pengeluaran khas berkaitan Covid-19 diperkenalkan. Data itu membuktikan kelemahan perlindungan sosial untuk warga emas di Malaysia. Ia menjadi lebih serius apabila pada 2020, Malaysia mula menjadi negara…
JUMLAH siswazah menganggur mencatatkan pengurangan pada 2022 apabila bilangan siswazah bekerja meningkat enam peratus daripada 4.59 juta orang tahun sebelumnya kepada 4.87 juta orang. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kadar pengangguran siswazah mengalami penurunan sebanyak 0.4 mata peratus untuk mencatatkan 3.7 peratus pada 2022, berbanding 4.1 peratus pada tahun sebelumnya. Kata beliau, bilangan siswazah yang menganggur berkurang sebanyak 5.5 peratus bagi mencatatkan jumlah kira-kira 187,800 orang. “Berdasarkan analisis berkaitan sijil, didapati bahawa jumlah siswazah menganggur lepasan diploma berkurang sebanyak kira-kira 5,500 individu manakala bilangan siswazah menganggur lepasan ijazah menurun sebanyak kira-kira 5,300 orang. “Terdapat kira-kira 862,600…