KU SYAFIQ KU FOZI

ANUGERAH Lagu Indie (ALI) tampil dengan penganjuran kali keempatnya, membawa pelbagai pembaharuan untuk terus kekal relevan sebagai platform penerokaan bakat muzik independen Malaysia. Berbeza dengan tiga edisi sebelum ini, ALI kini mempertandingkan lagu-lagu dalam tiga kategori, iaitu Hip Hop, Pop dan Rock. Malah, untuk edisi keempat, hanya peserta akhir yang akan mempersembahkan lagu-lagu mereka secara langsung, memberikan lebih pemberat terhadap penilaian lagu yang dirakam. Relevan menghadiri sidang akhbar pengumuman peserta akhir ALI yang diadakan di Spacerubix, Puchong pada 21 Februari sebagai rakan media. Berikut merupakan intipati utama sidang akhbar tersebut. Hadiah terkumpul Hadiah yang ditawarkan untuk edisi keempat merupakan yang tertinggi,…

Read More

BERKAHWIN bukan hal mudah yang isinya penuh seronok-seronok dan manis-manis. Cabaran berkahwin itu besar, malah kesan perkahwinan yang gagal juga berpotensi besar. Sebab itu, pasangan yang mahu melangkah ke fasa perkahwinan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kematangan dan persediaan, termasuk dalam soal kewangan. Bukan sekadar berusaha menstabilkan kewangan. Lebih penting lagi, komunikasi antara pasangan tentang kewangan perlu dimantapkan. Kewangan boleh menjadi punca retaknya sesebuah hubungan, sebab itu penting untuk pasangan menguruskan jangkaan dan memahami tingkah laku kewangan masing-masing. Dan ini perlu dilakukan sejak sebelum berkahwin lagi. Perancang kewangan, Nick Holeman berkongsi lima soalan yang perlu dijawab pasangan sebelum berkahwin. Relevan menjelaskannya…

Read More

PRESTASI ekonomi Malaysia yang diukur melalui Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat 3.7 peratus pada keseluruhan 2023. Ia merupakan peningkatan yang lebih perlahan berbanding 8.7 peratus pada tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut dipacu oleh sektor pembinaan dengan pertumbuhan 6.1 peratus, diikuti sektor perkhidmatan (5.3 peratus) dan pembuatan (0.7 peratus). Kata beliau, sektor pembuatan bertumbuh pada kadar yang lebih perlahan berikutan asas yang lebih tinggi (8.1 peratus pada 2022) dan permintaan luaran global yang lemah. “Dari segi permintaan dalam ekonomi, pertumbuhan dipacu perbelanjaan penggunaan akhir swasta atau perbelanjaan isi rumah yang meningkat 4.7…

Read More

MUZIK merupakan satu bidang yang luas untuk diteroka. Tak semestinya anda perlu pandai bermain muzik untuk terlibat dalam bidang tersebut. Ada banyak jawatan-jawatan lain yang ada memandangkan muzik sebagai sebuah industri juga melibatkan perniagaan. Apa-apa jawatan dalam sesebuah syarikat biasa juga boleh wujud dalam syarikat berkaitan muzik. Untuk mengetahui lebih terperinci tentang peluang-peluang pekerjaan dalam bidang muzik, Relevan menemu bual Pengarah Urusan Juragan Publishing, Noh Zulazfar.  Berikut tujuh kerjaya yang dicadangkannya untuk mereka yang berminat dalam bidang muzik tetapi tiada bakat menyanyi atau bermain alat muzik. Pengurus artis Pengurus artis bertanggungjawab menguruskan perjalanan karier seseorang artis. Seorang pengurus artis perlu membentuk…

Read More

DALAM urusan peminjaman wang, kita selalu dengar istilah penjamin atau guarantor.  Penjamin merupakan individu yang berjanji untuk menyelesaikan satu-satu pinjaman sekiranya peminjam gagal berbuat demikian. Setiap bank mempunyai syaratnya tersendiri untuk mengiktiraf seseorang sebagai penjamin. Namun, secara amnya, syarat menjadi penjamin adalah seperti berikut: Berumur 18 tahun ke atas Mampu memahami tanggungjawabnya sebagai penjamin. Bersetuju menjadi penjamin secara sukarela, bukan dipaksa atau diperdaya. Tidak muflis Bagi sesetengah orang, istilah penjamin itu menakutkan kerana selalu kedengaran cerita penjamin ditinggalkan dengan beban kewangan besar akibat keculasan peminjam.  Namun, untuk mengelakkan diri daripada menjadi penjamin juga tidak mudah, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan…

Read More

BANYAK perkembangan yang berlaku dalam dunia kerjaya pada 2023 dan sebahagiannya pasti memberi kesan kepada landskap pekerjaan pada tahun ini. Keterkaitan dunia kerjaya dengan bidang-bidang lain memudahkan ia menerima impak perubahan. Kepesatan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan memberi kesan kepada kerjaya, tunggang-terbalik geopolitik juga akan memberi kesan kepada kerjaya. Oleh itu, Relevan mahu memperkenalkan sembilan trend yang akan mempengaruhi dunia kerjaya pada 2024. Kesemua trend ini dikumpulkan oleh Emily Rose McRae, Peter Aykens, Kaelyn Lowmaster dan Jonah Shepp. Ia disiarkan dalam sebuah artikel di Harvard Business Review pada 23 Januari lalu. Manfaat kreatif untuk penjimatan kos Pandemik Covid-19 datang dengan gangguan…

Read More

BILANGAN penganggur menurun kepada kira-kira 567,800 orang pada Disember 2023, dengan kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, trend guna tenaga yang positif dilihat pada bulan terakhir 2023, mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial. Kata beliau, kedudukan tenaga buruh terus berkembang sepanjang Disember, seperti yang ditunjukkan oleh trend yang positif dalam penduduk bekerja dan serentak dengan penurunan bilangan penganggur. “Bilangan tenaga buruh kekal meningkat pada Disember dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 17.03 juta orang, merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB)…

Read More

BELANJAWAN ialah elemen penting dalam pengurusan kewangan peribadi. Banyak pakar menyarankan pembinaan belanjawan sebagai langkah asas untuk menguruskan wang. Namun, sekadar membina belanjawan belum cukup. Ada banyak elemen lain diperlukan bagi memastikan belanjawan tersebut berfungsi dengan cekap dan berkesan. Boleh jadi, kegagalan seseorang bertahan dengan belanjawannya berpunca daripada proses pembentukan belanjawan itu sendiri. Mungkin, belanjawan yang dibuat kurang realistik.  Belanjawan yang terlalu bercita-cita tinggi sukar untuk dituruti, malah boleh menghakis semangat untuk terus berdisiplin menguruskan kewangan.  Jika semangat menguruskan kewangan anda pernah diragut kesilapan membuat belanjawan, atau tak pernah kena lagi tapi nak elak, ikuti perkongsian daripada Ketua Nasihat Kewangan…

Read More

SILIBUS pendidikan muzik sekolah rendah memerlukan murid belajar menggunakan instrumen rekoder. Kita semua yang pernah mengalami pendidikan rendah di sekolah awam pasti pernah belajar main rekoder juga. Pembelajaran muzik menggunakan rekoder banyak diperlekeh dalam media sosial. Kononnya, pembelajaran itu tidak menyumbang apa-apa kepada kehidupan pelajar. Relevan menghubungi dua pensyarah muzik, Ruviyamin Ruslan dan MK Ridzuan untuk tahu, betulkah pembelajaran muzik menggunakan rekoder di sekolah rendah tiada faedah? Untuk otak dan emosi MK Ridzuan bermula dengan menjelaskan, pembelajaran muzik di peringkat sekolah rendah bukan bertujuan melahirkan pemuzik dalam kalangan pelajar. “Mungkin ada yang berminat dan berbakat untuk jadi pemuzik, itu bonus.…

Read More

WAKTU kecil, saya banyak dengar lagu-lagu Inggeris sebab pengaruh bapa dan abang saudara. Mungkin secara alami, apabila mendengar, saya tertarik kepada lirik. Dari lagu November Rain oleh Guns N’ Roses contohnya, saya jumpa perkataan restrain, refrain dan subside. Saya yang masih miskin kosa kata bahasa Inggeris bergelegak dengan rasa ingin tahu, maka kamus dwibahasa Oxford saya buka. Begitu juga lirik seperti I’m Yours oleh Jason Mraz, I Don’t Want To Miss A Thing oleh Aerosmith dan More Than Words oleh Extreme – saya mahu faham liriknya jadi kamus ketika itu menjadi kawan baik, saya bawa ke mana-mana. Masih diingat juga,…

Read More