AMAL HAYATI FAUZI

KITARAN tidur yang teratur mampu menjaga kestabilan hormon, tenaga harian dan kesihatan jantung. Ramai tidak sedar waktu anda tidur sebenarnya memberi kesan lebih besar kepada kesihatan berbanding tidur dengan jumlah jam yang cukup, tetapi tidur dan bangun pada waktu berbeza setiap hari. Fungsi Circadian Rhythm dalam tubuh badan kita Circadian rhythm berfungsi mengawal kitaran bangun-tidur dengan menetapkan bila rasa mengantuk dan bila rasa bertenaga. Ia juga merupakan sistem semula jadi dalam tubuh badan kita yang boleh mempengaruhi hormon, suhu badan, metabolisme dan “mood” seharian. Bagaimanapun jika kitaran tidur tidak teratur, ia boleh mengganggu circadian rhythm sehingga boleh menyebabkan perkara berikut…

Read More

SETIAP hujung tahun, negara berdepan dengan bencana banjir. Data Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) menunjukkan lebih 3,682 kawasan “hotspot” atau tempat berisiko banjir di seluruh negara sejak hujan berterusan beberapa hari lalu. Bagi memastikan anda selamat, berikut adalah panduan mengenai siren banjir dan bagaimana sistem ini dapat menyelematkan nyawa mangsa banjir. Kenali siren amaran banjir Siren amaran awal banjir ialah sistem pengesan kenaikan aras air secara automatik. Apabila aras air melepasi tahap tertentu di stesen kawalan, siren akan diaktifkan serta-merta. Menurut Majlis Keselamatan Negara, sistem ini disokong oleh pusat ramalan dan amaran banjir yang memantau keadaan semasa selama 24…

Read More

PENYAKIT jantung adalah antara pembunuh utama dan ketika ini semakin ramai golongan muda yang mencapai usia 30-an terdedah kepada penyakit ini. Menerusi perkongsian oleh pakar kardiologi, Dr. Pradip Jamnadas, masalah jantung yang dialami oleh kebanyakan pesakit muda berpunca daripada keradangan badan dan usus tidak sihat. Tanda awal risiko serangan jantung mungkin anda terlepas pandang Perut terlalu buncit bermaksud lemak tinggi dalam badan. Sakit sendi dan kelenguhan bermakna badan mengalami keradangan. Nafas berbau atau sinus yang tidak sembuh memberi petunjuk bahawa usus dan imun lemah. Jantung kerap berdebar. “Brain fog” atau kabus otak menjadikan anda sukar fokus, kepala rasa berat dan…

Read More

SETIAP orang mengimpikan kehidupan tanpa tekanan kewangan. Bagaimanapun, setiap individu dewasa akan menanyakan “Bagaimana cara ukur kestabilan kewangan diri?” Menurut pendidik kewangan, Financial Faiz atau nama sebenarnya Faiz Azmi, kewangan yang seimbang meliputi pengurusan kewangan dan kehidupan tanpa memikirkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Kelangsungan kewangan Jika anda masih merasa kehidupan bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ia bermaksud anda masih berada di tahap “survival”. Ia tidak bermakna anda berada di tahap kritikal untuk meneruskan kehidupan. Pada tahap ini anda perlu lebih berjimat dan mengukur baju di badan sendiri ketika berbelanja. Utamakan perbelanjaan asas…

Read More

DUNIA pekerjaan memerlukan tenaga kerja yang berkualiti dan bukan hanya berpaksikan keputusan akademik cemerlang semata-mata. Menerusi perkongsian oleh Talent Labs, majikan lebih cenderung mencari pekerja yang memenuhi kemahiran seperti berikut. Kemahiran literasi digital Kemahiran literasi digital sudah satu keperluan dalam setiap individu. Penggunaan teknologi juga sebati dalam kehidupan seharian untuk melakukan pekerjaan dengan baik. Seseorang bukan hanya tahu cara untuk menggunakan Google tetapi platform lain yang sesuai dengan keperluan pekerjaan itu sendiri.  Daya pemikiran kreatif dan kritis Cabaran dalam pekerjaan akan sentiasa wujud tidak kira bidang kerjaya yang diceburi. Apa yang penting adalah menyelesaikan sesuatu perkara dengan kreatif dan kritis…

Read More

CUTI sekolah bakal menjelang tidak lama lagi. Ini merupakan masa yang dinanti-nantikan semua pelajar setelah penat lelah menghadapi peperiksaan dan mengharungi proses pembelajaran sepanjang tahun. Bagaimanapun, cuti sekolah bukan hanya sekadar berehat dan goyang kaki di rumah. Jadikan cuti panjang kali ini sebagai batu loncatan untuk lebih produktif dengan melakukan aktiviti penuh manfaat. Berikut merupakan tujuh aktiviti menarik untuk mengisi masa sepang cuti sekolah tahun ini. Sertai kem motivasi Kebanyakan masjid sekitar kawasan rumah dan universiti berhampiran menganjurkan kem motivasi serta bengkel kemahiran untuk pelajar. Program penuh manfaat seperti ini dapat membantu meningkatkan keyakinan dan lebih berdisiplin. Gunakan peluang semasa…

Read More

SINDROM text neck kini menjadi salah satu isu kesihatan terutama bagi mereka yang bekerja di hadapan skrin laptop setiap hari.  Berada terlalu lama di hadapan skrin laptop atau telefon boleh menyebabkan penyakit berkaitan postur badan khususnya di tulang belakang. Apa itu sindrom text neck ? Sindrom ini boleh berlaku apabila seseorang menundukkan kepala untuk tempoh lama ketika melihat skrin gajet. Kajian menunjukkan tabiat menunduk kepala sebanyak 40 darjah, beban pada tulang belakang meningkat sehingga enam kali ganda iaitu bersamaan tekanan sebanyak 12 kilogram. Tekanan secara berterusan ini memberi kesan kepada otot, ligamen dan cakera tulang belakang sehingga boleh menyebabkan sakit…

Read More

KONSEP brunch iaitu gabungan antara sarapan dan makan tengah hari semakin popular dalam kalangan orang muda. Budaya brunch walaupun dilihat makanan tambahan, boleh memberi manfaat jika mengikut cara pemakanan betul. Pakar dietetik, Nurul ‘Aqilah Hasan Ashaari, berkata brunch boleh dianggap pengganti sarapan asalkan ia mengandungi komponen makanan seimbang. Hidangan dipilih masih perlu memenuhi keperluan asas tubuh seperti karbohidrat, protein, lemak yang rendah serta sayur atau buah-buahan. Adakah brunch baik untuk diamalkan ? Nurul ‘Aqilah berkata, brunch bersifat subjektif dan bergantung kepada rutin seseorang. Jika individu benar-benar tidak berpeluang bersarapan kerana kesibukan kerja, jadi brunch boleh diamalkan sekali-sekala. Bagaimanapun, Nurul ’Aqilah…

Read More

JIKA anda merasa hidup berpandukan kerja semata-mata, mungkin tiba masanya untuk berhenti seketika dan menilai semula diri.  Ramai tidak sedar mereka sudah terjebak dengan budaya workaholic iaitu bekerja berlebihan sehingga mengabaikan kesihatan mental dan fizikal.  Menerusi perkongsian oleh Talent Labs, berikut merupakan petanda yang wajar diberi perhatian jika anda seorang workaholic. Kerja sehingga tiada waktu rehat Ayat seperti “sekejap lagi siap” atau “lima minit lagi” sudah menjadi skrip harian. Tanpa sedar, lima minit itu bertukar menjadi dua jam. Ini bermakna anda sukar menetapkan batas antara kerja dan waktu rehat. Rasa bersalah apabila rehat seketika Jika fikiran masih terganggu dengan tugasan…

Read More

DALAM arus teknologi yang berkembang pesat, pengamal media memikul tanggungjawab penting untuk melaporkan isu semasa berkaitan komuniti setempat. Selain menyalurkan maklumat sahih, mereka juga bertanggungjawab membentuk kesedaran masyarakat untuk peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam komuniti setempat. Menyedari hakikat itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) menganjurkan Program Newsroom Champions Bootcamp (NewsCamp 5.0) bagi membincangkan tentang pelaporan komuniti sebagai pemangkin perubahan sosial. Bengkel Kewartawanan atau NewsCamp 5.0 yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir kewartawanan itu disertai lebih daripada 100 pelajar dari UiTM Shah Alam dan kampus lain.  Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute…

Read More