AMAL HAYATI FAUZI

TANPA kita sedar, hampir setiap masa kita berhadapan dengan skrin telefon, komputer riba, tablet atau televisyen. Daripada bangun tidur hingga sebelum melelapkan mata, skrin seakan menjadi sebahagian daripada rutin hidup.  Namun, di sebalik kemudahan dan hiburan yang dibawa, terlalu banyak masa di hadapan skrin ada padahnya. Konsep detoks digital muncul sebagai usaha untuk membantu kita mengambil jarak seketika daripada dunia maya. Ia bukan bermaksud menolak teknologi sepenuhnya tetapi memberi ruang kepada diri untuk bernafas, menikmati suasana sekeliling tanpa gangguan notifikasi dan cahaya biru yang tidak pernah henti. Satu kajian dalam jurnal perubatan Cureus mendapati penggunaan skrin secara berterusan memberi tekanan…

Read More

“Fleksibel, bebas, tapi tiada jaminan.” DEMIKIAN realiti yang dihadapi jutaan pekerja gig di Malaysia hari ini. Mereka menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara, khususnya dalam industri penghantaran, hiburan dan lain-lain perkhidmatan. Namun, kedudukan mereka dari segi undang-undang masih belum jelas. Keadaan ini dijangka berubah dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma). Perlindungan baharu dan kekal fleksibel RUU tidak mengubah sifat bebas pekerjaan gig. Sebaliknya, ia mengekalkan fleksibiliti sedia ada sambil memberikan perlindungan seperti hak mendapat bayaran tepat pada masa dan keselamatan para pekerja gig. Langkah ini selaras dengan mandat Perdana Menteri untuk memastikan kehidupan pekerja…

Read More

PEMBENTANGAN Belanjawan 2026 membawa khabar gembira buat rakyat Malaysia apabila kerajaan mengumumkan hasrat untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi mengaplikasikan elemen ‘Lemon Law’. Undang-undang tersebut sudah diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun. Usaha tersebut dijangka memberi nafas baharu kepada hak pengguna, terutamanya bagi pembelian kenderaan baharu. Berikut merupakan perkara penting yang anda perlu tahu tentang Lemon Law. Apa itu Lemon Law? Lemon Law ialah undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk menuntut pembaikan, penggantian atau bayaran balik jika barangan yang dibeli seperti kenderaan mengalami kerosakan serius berulang kali walaupun sudah dibaiki. Istilah ‘lemon’ digunakan bagi…

Read More

KEMAJUAN yang ada pada teknologi hari ini membuka peluang baharu kepada usahawan luar bandar untuk mengembangkan perniagaan mereka secara meluas. Jika dahulu produk industri desa hanya dijual di kawasan sekitar pembuatannya sahaja, kini semuanya boleh dijual hingga ke peringkat antarabangsa hanya menerusi media sosial. Justeru, ini merupakan masa yang tepat untuk negara menghidupkan semula semangat keusahawanan industri desa melalui pendekatan lebih moden. Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) pernah disambut baik suatu ketika dahulu. Tujuan pelancarannya adalah untuk menggalakkan penduduk luar bandar menjana pendapatan melalui produk tempatan yang unik. Bagaimanapun, program ini sudah tiada memandangkan ia kurang memberi impak kepada…

Read More

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) diumumkan semula sebagai platform untuk membentuk generasi belia yang berdisiplin, bersemangat dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu, berikut ialah lima fokus utama pelaksanaan PLKN 2026 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026. Peruntukan RM250 juta Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan semula PLKN yang menitik berat pembinaan jati diri dan semangat patriotik serta kesukarelawanan dalam kalangan anak muda. Pelaksanaan secara rintis di IPT PLKN bakal dilaksanakan secara rintis di peringkat pendidikan tinggi mulai tahun 2026, sebelum pelaksanaan penuh dilakukan pada tahun seterusnya. Fokus kepada semangat…

Read More

KERAJAAN memperkukuh langkah pengurusan bencana menerusi pelbagai inisiatif strategik dalam Belanjawan 2026 dengan menumpukan kepada pemulihan dan pencegahan bagi melindungi nyawa serta harta benda rakyat. Berikut antara tujuh tumpuan utama pengurusan bencana negara yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang Dewan Rakyat semalam. RM210 juta untuk Sistem Amaran Awal (EWS) Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi membangunkan EWS melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.  Sistem ini bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan bencana serta mengurangkan risiko terhadap nyawa dan harta benda apabila kejadian tidak dijangka berlaku. NADMA terus proaktif urus bencana di Sabah Perdana Menteri menghargai tindakan pantas Agensi Pengurusan Bencana…

Read More

DALAM pembentangan Belanjawan 2026, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited memperkasa kesejahteraan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang melibatkan peruntukan hampir RM1.4 bilion.  Berikut antara langkah penting yang diumumkan bagi golongan istimewa ini: Peruntukan RM1.4 bilion untuk bantuan dan elaun OKU Kerajaan memperuntukkan hampir RM1.4 bilion bagi membantu golongan OKU yang tidak berupaya bekerja serta pemberian Elaun Pekerja OKU (EPOKU).  Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) diperluas ke Sabah, Sarawak dan Labuan Selepas kejayaan penubuhan PPA di Semenanjung Malaysia tahun ini, operasi pusat tersebut akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini bakal…

Read More

MELALUI pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, kerajaan memperkenalkan inisiatif pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai usaha menyeluruh membasmi kemiskinan dan memastikan akses pendidikan tinggi yang adil untuk semua lapisan rakyat.  Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, program tersebut melibatkan peruntukan RM120 juta setahun serta memberi manfaat kepada 5,800 anak-anak daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara. Inisiatif pendidikan percuma  Dalam sidang belanjawan ketiga yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan beliau, PTPTN telah menjadi platform terpenting dalam membuka peluang pendidikan tinggi kepada anak bangsa tanpa mengira latar…

Read More

GENOSID di Gaza bukan bermula dua tahun lalu. Sejak zaman 1948, Israel sudah memulakan serangan tanpa henti ke atas rakyat Palestin dan sehingga kini kekejaman itu masih berterusan. Nyawa terkorban sudah tidak terkira Jumlah sebenar rakyat Palestin yang terkorban di Gaza sudah tidak terhitung kerana terlalu ramai menjadi mangsa korban pengeboman kejam rejim Israel. Lebih memilukan, Israel telah memusnahkan sistem kesihatan secara sistematik sepanjang dua tahun genosid berlaku di bumi Gaza. Sebanyak 67,139 rakyat Palestin telah dikenal pasti terkorban dalam serangan bom yang dilakukan Israel. Dalam pada itu, anggaran lebih daripada 14,200 masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Secara keseluruhannya,…

Read More

KEHIDUPAN selepas pandemik Covid-19 meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia terutama membabitkan hal kewangan. Ramai mula cakna mengenai kepentingan membina tabung kecemasan dan mendapatkan perlindungan insurans. Ini merupakan satu perkembangan positif yang menunjukkan kesedaran masyarakat mengambil berat tentang kewangan mereka untuk jangka masa panjang. Bagaimanapun, dalam kesibukan menyimpan duit poket wujud kebimbangan mengenai kecenderungan ‘terlebih berjimat-cermat’. Perkara tersebut timbul kerana ada segelintir individu sanggup memperuntukkan jumlah yang besar bagi insurans.  Menurut pensyarah kanan Universiti Taylors, Dr. Lee Chee Loong, banyak kebaikan insurans sebagai pelindung kewangan, namun perbelanjaan berlebihan dalam aspek ini boleh menjejaskan simpanan dan menampung keperluan harian.  Beliau memperkenalkan…

Read More