Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Terlajak berbelanja untuk hari raya? Pakar kongsikan tip bina semula simpanan

    Terlajak berbelanja untuk hari raya? Pakar kongsikan tip bina semula simpanan

    By Umi FatehahApril 21, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBELUM melakukan apa-apa tindakan untuk menjana simpanan semula, ada satu perkara paling penting yang perlu dilakukan. - GAMBAR HIASAN AFIQ RAZALI

    SETIAP tahun, bulan Syawal pasti menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan nafsu, lapar dan dahaga. 

    Namun begitu, setiap kali bulan Syawal jugalah ramai di antara kita yang terlajak berbelanja sehinggakan terpaksa menggunakan wang simpanan. Ada juga yang terpaksa berhutang kerana mahu kelihatan bergaya. 

    Sebenarnya tidak salah pun untuk beraya dengan perasaan yang gembira, tetapi ia menjadi salah sekiranya berbelanja boros sehingga menggunakan wang simpanan atau wang kecemasan.

    Tetapi, apakan daya, baju sudah dibeli, duit juga sudah digunakan. Jadi sekarang apa yang perlu dibuat ialah untuk membina semula wang simpanan.

    Sebelum melakukan apa-apa tindakan untuk menjana simpanan semula, ada satu perkara paling penting yang perlu dilakukan.

    Menurut Konsultan Kewangan dari INFAQ Consultancy Sdn. Bhd, Afyan Mat Rawi, perkara utama yang perlu dilakukan ialah perlu ada kesedaran untuk berubah. Apabila sudah ada kesedaran untuk berubah, barulah boleh mula bertindak untuk memulihkan simpanan.

    “Penting untuk ada kesedaran untuk berubah. Kita perlu sedar bahawa selama ni cara kita menguruskan kewangan adalah salah supaya pada masa akan datang, sudah tahu cara yang betul untuk berbelanja dengan bijak.

    “Mulakan dengan tanam cara pemikiran (mindset) yang betul baru boleh ambil tindakan. Macam mana nak ada mindset yg betul? Kena ada ilmu kewangan. Dah ada ilmu baharu, boleh berjimat, tambah pendapatan dan sebagainya,” kongsi Afyan.

    Tambahnya, jika tidak ada usaha untuk menambah ilmu kewangan, tabiat yang lama akan terus berkekalan sehingga Aidilfitri yang akan datang. 

    Beliau juga menasihatkan agar jangan mengulangi kesilapan yang sama. Jika tidak, nasihat dan saranan yang dikongsikan dengan apa cara sekalipun, tidak akan ada perubahan juga akhirnya. 

    Berikut merupakan cara untuk menambah pendapatan dan memulihlan semula simpanan selepas berbelanja untuk raya.

    1. Henti korek wang simpanan untuk berbelanja

    Pertama sekali, berhenti mengeluarkan wang simpanan untuk perbelanjaan yang tidak penting. Tiada lagi kopi mahal, makan malam di kafe estetik atau check out barang-barang di dalam troli Shopee, Lazada dan sebagainya. Letakkan noktah pada semua perbelanjaan tidak penting supaya anda tidak mengeruhkan lagi wang simpanan.

    Janganlah kerana sudah terlebih berbelanja untuk raya anda mahu terus berputus asa untuk menguruskan wang dengan baik. Ambil masa dan buat keputusan terbaik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan wang simpanan terus bocor.

    1. Bina atau naik taraf belanjawan

    Jika anda belum mempunyai belanjawan, sekarang adalah masa untuk membuatnya. Cara paling mudah untuk berbuat demikian ialah anda perlu tahu dari mana wang datang dan ke mana wang itu pergi. 

    Selepas itu, tetapkan jumlah wang untuk disimpan dan asingkan serta merta sejurus sahaja anda dapat gaji. Ramai yang berbelanja dahulu dan wang selebihnya barulah disimpan. 

    Seeloknya, asingkan sejumlah wang untuk disimpan terlebih dahulu. Kemudian barulah berbelanja mengikut keperluan.

    Dalam perbelanjaan, dahulukan perkara dan komitmen penting seperti sewa rumah, bil-bil dan bayaran bulanan kereta. Hadkan jumlah yang boleh dibelanjakan untuk perbelanjaan boleh ubah seperti makanan dan beli-belah. Apa yang paling penting, jangan sesekali berbelanja lebih daripada kemampuan.

    1. Jual barang yang tidak digunakan

    Ini merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan wang. Buka almari baju dan cari mana-mana baju yang masih elok dipakai. Kemudian, ambil gambar dan jual pada harga mampu milik di media sosial seperti Twitter, Instagram dan juga Carousell.

    Jika perbelanjaan raya terbesar ialah baju raya, pertimbangkan untuk menjualnya semula dengan potongan harga yang berpatutan. 

    Anda tidak semestinya perlu menjual baju. Jika ada perabot, buku atau peralatan elektrik yang tidak digunakan, iklankannya di media sosial atau jual pada individu atau organisasi yang membeli barangan terpakai.

    1. Bekerja sambilan

    Dengar sahaja bekerja sambilan pasti ada yang mengeluh letih, tidak ada masa dan sebagainya. Sebenarnya, banyak pilihan pekerjaan sambilan yang menyeronokkan.

    Jika anda mempunyai kemahiran dan minat dalam reka bentuk grafik (graphic designing), sudah tiba masanya anda gunakan kemahiran yang ada untuk jana pendapatan tambahan. 

    Di TikTok, ramai yang kongsikan cara mendapatkan wang dengan menjual hasil rekaan di platform Canva. Apa kata anda juga cuba menjual rekaan sendiri?

    Anda mempunyai pengikut yang ramai di media sosial? Gunakan peluang dan platform yang ada untuk menjalankan pemasaran gabungan (affiliate marketing). 

    Ingat, jangan ulang kesilapan yang sama. Bertindak secepat mungkin untuk ubah cara pengurusan wang agar perkara yang sama tidak berulang pada masa akan datang. – RELEVAN

    featured kewangan raya simpanan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.