Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Duit raya itu sedekah, beri ikut kemampuan

    Duit raya itu sedekah, beri ikut kemampuan

    By Umi FatehahApril 11, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MEMBERI atau bersedekah bukan perbuatan yang menyusahkan, lakukannya dengan penuh keikhlasan. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    TIDAK lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Hari Raya sinonim dengan juadah makanan yang jarang-jarang kita dapat makan seperti lemang, ketupat, rendang dan juga pelbagai jenis kuih raya. Selain itu, apa yang lebih menerujakan ialah duit raya.

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah dalam Islam. 

    Bahkan, perbuatan sedekah kepada ibu bapa termasuk antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia merupakan amalan yang diberi ganjaran dalam tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibu bapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah.

    Begitu juga jika ia diberikan kepada kaum kerabat, sanak saudara dan umpamanya. Ia turut mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan juga pahala menghubungkan silaturahim.

    Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d bin Abi Waqqas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

    ‎إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

    Maksud: Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan redha Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu.

    Riwayat Al-Bukhari (56) 

    Namun begitu, pasti ada di antara kita yang runsing untuk menguruskan hal duit raya kerana ia berkaitan dengan bajet kewangan. 

    Tambahan pula, pasti sudah banyak wang yang dibelanjakan untuk persiapan raya seperti baju raya dan sebagainya. Kos sara hidup yang semakin tinggi juga merunsingkan. 

    Meskipun sudah banyak wang yang dibelanjakan, pasti ada yang masih mahu memberi duit raya atas dasar rasa tanggungjawab atau tidak sampai hati untuk mengecewakan anak-anak buah yang tertunggu-tunggu untuk dapat duit raya. 

    Justeru itu, Relevan kongsikan tiga tips untuk memberi duit raya tanpa rasa beban seperti yang dikongsikan oleh seorang perancang kewangan berlesen, Adam Zubir.

    1. Tetapkan bajet

    Menurut Adam Zubir, nilai yang anda tetapkan mesti bergantung pada kemampuan. Ini peraturan yang paling asas dalam menguruskan duit dengan bijak. 

    Misalnya, anda menetapkan bajet sebanyak RM600 untuk pemberian duit raya pada tahun ini mengikut kira-kira dan kemampuan. Daripada RM600, anda mesti tahu berapa banyak duit raya yang mahu diberikan dan kepada siapa. 

    Contohnya, RM100 seorang untuk mak dan ayah. RM20 pula diberikan untuk empat orang adik beradik, RM10 untuk setiap anak saudara. Manakala RM5 untuk ahli keluarga terdekat dan RM2 pula untuk anak-anak jiran tetangga yang datang menziarahi rumah. 

    Jangan rasa terbeban, sekiranya anda mahu memberikan lebih atau kurang daripada jumlah tersebut juga tiada masalah. Apa yang penting ialah berbalik semula kepada peraturan penting iaitu bajet mesti ikut kemampuan.

    1. Tukar duit baharu di bank

    Selepas anda sudah membuat pengiraan bajet jumlah duit raya yang ingin diberikan, dah bajet jangan lupa tukar duit kepada duit baharu awal-awal. 

    Tidak salah untuk guna duit yang sedia ada tetapi mungkin ada yang dalam keadaan tidak sempurna untuk dijadikan pemberian seperti  terkoyak dan macam-macam lagi. 

    Memberi duit baharu ibarat anda berkongsi dua kegembiraan kepada orang yang menerima duit raya. Satu, gembira dapat duit raya; dua, gembira dapat duit baharu. Menggembirakan orang lebih-lebih lagi ahli keluarga juga mendapat pahala, bukan?

    1. Masukkan duit dalam sampul mengikut kategori

    Caranya mudah sahaja, anda perlu sediakan beberapa sampul pelbagai warna atau corak untuk membezakan jumlah duit raya bagi setiap sampul tersebut.

    Contohnya sampul berwarna oren untuk RM20, sampul merah untuk RM10, sampul hijau untuk RM5 dan sampul biru untuk RM1. 

    Cara begini lebih praktikal supaya anda tidak terkial-kial semasa bagi duit raya. Jadi isu terlebih bagi duit raya tidak mudah berlaku kerana anda tahu jumlah yang ada dalam setiap sampul. 

    Tambah Adam Zubir lagi, berapa nilai yang anda mampu beri itu tidak penting kerana memberi duit raya bukan bertujuan untuk berlumba-lumba. Jangan pula gembira dalam sedih sebab teringatkan duit belanja yang tidak cukup akhir bulan nanti. 

    Memberi atau bersedekah bukan perbuatan yang menyusahkan. Oleh itu, memberilah dengan seikhlas hati dan bersesuaian dengan kemampuan. – RELEVAN

    duit raya featured hari raya kewangan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.