Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rama-rama jadi inspirasi penyelesaian masalah matematik

    Rama-rama jadi inspirasi penyelesaian masalah matematik

    By Zubaidah IbrahimJuly 11, 2023Updated:July 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KAEDAH penyelesaian masalah Matematik menggunakan kombinatorik memberi perhatian kepada reka bentuk terinspirasi daripada rama-rama.- FOTO OLEH SANKETH RAO/PEXELS

    SEORANG pakar matematik di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haslinda Ibrahim berjaya menemui kaedah penyelesaian masalah matematik menggunakan kombinatorik dengan menumpukan perhatian kepada reka bentuk terinspirasi daripada rama-rama dan pembelajaran yang inovatif.

    Sayap rama-rama yang mempunyai corak yang rumit dan simetri ini menyimpan corak unik yang boleh digunakan untuk mewujudkan reka bentuk yang memukau secara estetik.

    Menurut Dr. Haslinda, melalui penggunaan proses kombinatorik, reka bentuk terinspirasi rama-rama yang meniru simetri dan corak rumit pada sayap rama-rama dapat diformulasikan.

    DR. HASLINDA (kiri) berpengalaman 25 tahun dalam kombinatorik.

    “Penemuan itu memberi petunjuk baharu bagi pembelajaran dan pengajaran dengan memberikan inspirasi daripada reka bentuk semula jadi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bekas plastik mesra alam daripada ubi kayu dan daun pisang  

    “Kombinatorik menyelesaikan masalah gabungan melibatkan rangka kerja matematik dan algoritma yang berakar umbi dalam situasi kehidupan sebenar.

    “Oleh itu, kaedah ini dapat digunakan untuk merancang bahan pembelajaran yang menarik dan kreatif bagi membantu pelajar dalam memahami serta menyelesaikan masalah dengan lebih efektif,” katanya yang bertugas di Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS).

    Tambah beliau, perjalanan untuk mencari penyelesaian dalam kombinatorik menuntut pemikiran imaginatif, keaslian, keupayaan untuk meneroka pendekatan yang tidak konvensional dan kecekapan dalam logik abstrak.

    Perkara tersebut dikongsi oleh beliau menerusi program Syarahan Pengukuhan Profesor 2023 Profesor Dr. Haslinda Ibrahim yang bertajuk Nature-Inspired Designs: Unraveling The Science Of Problem Solving With Combinatorics’ bertempat di Auditorium, Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), UUM, Sintok.

    Program syarahan ini ialah program khusus yang dianjurkan bagi menonjolkan ketokohan ahli akademik yang dilantik sebagai profesor di UUM di samping menjadi platform untuk menyebar luas ilmu pengetahuan, kepakaran dan penemuan inovatif oleh profesor UUM kepada masyarakat umum sebagai bukti ketokohan akademik.

    Dalam pada itu, Dr. Haslinda juga memberitahu, proses menyelesaikan masalah gabungan melibatkan satu siri peringkat penting yang sistematik bagi memupuk pemikiran kritis, inovatif dan kreatif.

    Setelah 25 tahun berpengalaman dalam kombinatorik, beliau memperkenalkan kaedah Explore, Discover and Develop (ExDiD).

    Jelas beliau, ExDiD merupakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang berpusatkan pelajar dengan ledakan globalisasi masa kini merangkumi aspek pengetahuan, kerja berpasukan, komunikasi dan penyelesaian masalah. Tiga kaedah utama dalam ExDiD iaitu penjelajahan, penemuan dan pembentukan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Program Masjid Hijau: Penyelidik UM dedah teknik kompos baja daripada makanan

    “Misalnya, sebelum ini PnP Matematik di kelas menggunakan sepenuhnya kaedah kuliah dan tutorial. Walau bagaimanapun, pendekatan ExDiD telah memberi impak yang besar kepada pelajar. 

    “Mereka mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dalam penyelesaian masalah sehingga sentiasa ternanti-nanti kelas Matematik.

    “Matematik sangat indah, seronok dan penuh keterujaan. Saya kagum melihat pelajar berkomunikasi dengan baik, mempunyai keyakinan, semangat membara, selain tampil dengan idea baharu,” ujarnya.- RELEVAN

    Previous ArticlePagar atau pegar, mana satu yang betul?
    Next Article TikTok punca generasi muda cuba vape

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.