Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 lagu alternatif yang menyentuh kasih ibu dan bapa

    7 lagu alternatif yang menyentuh kasih ibu dan bapa

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 30, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK juga lagu alternatif yang menceritakan kasih ibu bapa terhadap anak-anak. - GAMBAR HIASAN/JOSH WILLINK (Pexels)

    SEJAK dahulu sehingga kini, kita banyak dihidangkan dengan lagu-lagu yang menyentuh hubungan anak-anak dengan ibu bapa.

    Lagu-lagu seperti Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu (Aisyah), Untukmu Ibu (Exist), 1,2,3,4 (Aris Ariwatan) dan Umi (Dato Shake) mewarnai hubungan kita dengan ibu bapa. Ada kalanya meruntun, ada kala menggembirakan.

    Namun, tahukah anda, lagu tentang kasih ibu bapa juga boleh ditemui dalam lagu-lagu alternatif tempatan. Baik genre metal, hip hop atau folk, lagu-lagu ini juga tidak kurang menyentuh perasaan.

    Untuk itu, Relevan senaraikan untuk anda tujuh lagu alternatif tempatan yang menyentuh kisah kasih ibu dan bapa.

    • Aku Tahu – Altimet, Tomok

    Dimuatkan dalam album kedua Altimet, Kotarayaku (2014), lirik Aku Tahu menyampaikan kata-kata seorang anak lelaki kepada bapa dan seorang bapa kepada anak lelaki.

    Altimet tahu beza perasaan seorang bapa berbanding ibu dan anak lelaki berbanding anak perempuan. Maskulinitinya tidak toksik malah meruntun. Gaya nyanyian rap Altimet juga membantu menyampaikan ‘kelelakian’ dalam lagu ini.

    Tomok pula berkesan menyentuh perasaan pendengar dengan nyanyian beremosinya pada bahagian korus. 

    “Lakukannya tanpa air mata di pipi, lihat aku hidup di dalam anak-anakmu pasti”

    • Bintang – TUJULOCA

    Kalau kebanyakan lagu lebih banyak menyuarakan rasa hati anak kepada ibu bapa, lagu ini pula dicipta khas oleh Tuju dan Loca B untuk anak mereka, Bintang Aiko. 

    Berbeza dengan kebanyakan lagu TUJULOCA, Bintang membawa nada melankolik yang indah. Kedua-dua mereka mendendangkan perasaan kasih dan sayang pada anaknya serta menghurai makna memiliki cahaya mata buat ibu dan bapa.

    “Refleksi rupa kami, kau bangunkan sesuatu dalam diri ini”

    • Bulanku – Sekumpulan Orang Gila

    Bulanku adalah antara lagu Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang paling popular, selain Pelukan Angkasa yang menobatkan mereka sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Apabila kugiran post-hardcore seperti SOG mendendangkan lagu balada seperti Bulanku, ia memang menarik. Apatah lagi, lagu ini pekat melodi tradisional Melayu.

    Bulanku mengangkat ibu seperti bulan yang selalu menerangi kegelapan malam. Liriknya mendalami perasaan kehilangan ibu; rasa gelap dan sayu seorang anak yang terpaksa menjalani baki kehidupan tanpa kasih ibu tersayang.

    “Alam pun turut menangis tika engkau pergi”

    • Hanyut – Nastia

    Metafora bulan digunakan secara berbeza dalam lagu Hanyut oleh Nastia. Bagi Nastia, sinaran bulan tidak akan secerah sinar kasih ibu yang telah tiada.

    Lagu ini menampilkan kekuatan Nastia, iaitu membuai penonton dengan muzik dan vokal. Malah, lagu ini lebih istimewa kerana kekuatan liriknya.

    Sekali lagi, ia mendalami perasaan kehilangan kasih seorang ibu. Seluruh isi lirik ini adalah konfesi perasaan seorang anak yang pilu tanpa sosok ibunya di sisi.

    “Yang tinggal hanya bulan, namun tak secerah cahaya sinaranmu ibu”

    • Langit Jingga – A. Limin

    Lirik Langit Jingga diinspirasikan daripada mimpi, begitu cerita penulis liriknya, Amerul Adri. Kata Amerul, dalam mimpi itu dia didatangi ibunya yang berpesan supaya meneruskan impiannya, jangan takut pada orang lain dan jangan pernah tewas.

    Isi mimpi itu diterjemahkan menjadi lirik lagu dengan pemilihan susunan perkataan yang indah dan bermakna. 

    Langit Jingga menghurai kuasa seorang ibu. Setiap patah kata semangatnya tidak akan setanding orang lain. Ia boleh meledak semangat yang segar berpanjangan dalam diri si anak.

    “Dalam tidur dikau pun hadir, memeluk egoku sepi, membisikku jangan tewas”

    • salam – motherwit

    salam mungkin lagu paling rancak yang pernah dihasilkan motherwit tetapi liriknya antara yang paling mendalam pernah ditulis Sahaq Ibrahim. 

    Rentak lagu ini yang laju menggambarkan keterdesakan seorang anak untuk berbakti sebanyaknya kepada ibu bapa sebelum mereka pergi. Kali ini, kasih ibu dan bapa ditamsilkan sebagai suria.

    Keseluruhan lirik lagu ini mengisahkan pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira. Si anak hanya merayu supaya diberikan peluang untuk membalas secebis pengorbanan itu.

    “(Dilontar semua) deria tertumpu hanya bagimu, (punya mereka) dicampak tanam sedalam alam”

    • FIRSTCUT//ETERNALPAIN – Glistening Redchair

    FIRSTCUT//ETERNALPAIN ialah lagu paling keras dalam senarai ini dengan nyanyian jeritan hampir memenuhi seluruh lagu. Walaupun muziknya keras, liriknya memilukan.

    Lagu ini merungkai trauma seorang anak dan perjalanannya menuju kedewasaan. Dalam satu lirik, ada marah yang terpendam, kesedaran dan kemaafan.

    Kemuncak lagu ini buatkan kita faham yang ibu bapa juga manusia yang berpotensi berbuat salah. Mereka tidak sempurna.

    Kalau anda tonton video lirik lagu ini, ada nota dari seorang anak kepada ibu bapanya yang dipaparkan hanya dalam beberapa milisaat.

    “No, tell her it’s not, tell her it’s not entirely her fault” – RELEVAN

    Previous Article5 kerja bersesuaian dengan para introvert
    Next Article 5 perasaan yang biasa dihadapi pekerja baharu

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.