Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

    Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

    By Umi FatehahMay 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    APA itu talasemia dan jenis-jenisnya. - GAMBAR HIASAN AMAR CHATURVEDI/UNSPLASH

    BELAKANGAN ini, seorang pengguna Twitter meluahkan dia terpaksa membatalkan perkahwinannya disebabkan talasemia. Kejadian ini rupa-rupanya terjadi kepada ramai orang. Ada yang terpaksa memutuskan hubungan percintaan dan membatalkan perkahwinan.

    Terpaksa berpisah atas sebab masalah kesihatan tetapi masih saling mencintai, ia pasti tidak mudah untuk dihadapi. Orang yang disangkakan akan sehidup semati, tetapi terpaksa berhenti mencintai demi masa depan bakal zuriat, keluarga dan diri sendiri.

    Apa itu talasemia dan mengapa ia menjadi sebab sesetengah individu untuk memutuskan hubungan bersama pasangan mereka?

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), talasemia ialah penyakit darah yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak melalui genetik. Keadaan ini menyebabkan badan kekurangan protein yang dipanggil hemoglobin iaitu bahagian penting dalam sel darah merah.

    Apabila hemoglobin tidak mencukupi, sel darah merah badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan hanya dapat bertahan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Jadi, hanya sedikit kandungan sel darah merah sihat dalam aliran darah.

    Sel darah merah pula bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke semua sel badan. Oksigen adalah sejenis makanan yang digunakan oleh sel untuk berfungsi.

    Apabila sel darah merah yang sihat tidak mencukupi, oksigen juga tidak cukup dihantar ke semua sel badan yang lain dan boleh menyebabkan seseorang menghidap anemia iaitu perasaan letih, lemah atau sesak nafas.

    Jenis talasemia

    Apabila bercakap tentang jenis-jenis talasemia yang berbeza, ia berkaitan bahagian khusus hemoglobin yang terjejas, iaitu kebiasaannya sama ada alfa atau beta dan tahap talasemia yang dikelaskan dengan perkataan seperti trait, carrier, intermedia, atau major.

    Hemoglobin, yang membawa oksigen ke semua sel dalam badan, diperbuat daripada dua bahagian yang berbeza, dipanggil alfa dan beta. Apabila talasemia dipanggil alfa atau beta, ini merujuk kepada bahagian hemoglobin yang tidak dihasilkan.

    Jika sama ada bahagian alfa atau beta tidak dibuat, blok binaan tidak mencukupi untuk menghasilkan jumlah hemoglobin yang normal. Kandungan alpha yang rendah dipanggil talasemia alfa, manakala kandungan beta rendah dipanggil talasemia beta.

    Apabila perkataan trait, carrier, intermedia, atau major digunakan, perkataan ini menggambarkan tahap keterukan talasemia.

    Seseorang yang menghidap talasemia mungkin tidak mempunyai sebarang gejala sama sekali atau mungkin hanya mengalami anemia yang tidak serius. Manakala seseorang yang mempunyai talasemia major mungkin mengalami gejala yang teruk dan mungkin memerlukan pemindahan darah secara berkala.

    Jenis talasemia yang dihidapi seseorang bergantung kepada bilangan dan jenis sifat talasemia yang diwarisi, atau diterima daripada ibu bapanya. Sebagai contoh, jika seseorang menerima sifat talasemia beta daripada kedua-dua ibu bapanya, dia akan menghidap talasemia beta major.

    Dalam situasi lain, sekiranya seseorang menerima sifat talasemia alfa daripada ibunya dan bahagian alfa normal daripada bapanya, dia akan mempunyai sifat talasemia alfa atau nama lainnya, talasemia alfa minor.

    Timbul pula lagi satu persoalan, mengapa kedua-dua pasangan menghidap talasemia tidak digalakkan untuk berkahwin? Penjelasan yang lebih lanjut akan disertakan dalam artikel seterusnya. – RELEVAN

     

    Previous ArticleWaspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Next Article Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.