Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    • Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros
    • 5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025
    • Kewangan

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      December 31, 2025

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bolehkah bakal majikan meminta penyata gaji semasa anda?

    Bolehkah bakal majikan meminta penyata gaji semasa anda?

    By Umi FatehahMay 18, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KETIKA sesi temu duga, akan ada sesi soal jawab bersama majikan atau pengurus syarikat dengan pemburu kerja. Berkaitan soalan, Relevan pernah kongsikan ‘soalan bocor’ yang akan ditanya oleh majikan.

    Di sesetangah syarikat, majikan akan meminta anda lampirkan bersama penyata gaji semasa atau penyata gaji pekerjaan yang lepas. 

    Mungkin anda tidak mahu mendedahkannya kerana khuatir tidak akan ada kenaikan gaji atau majikan akan menawarkan gaji di bawah jangkaan. Namun, anda juga takut mahu mengatakan tidak kepada permintaan tersebut. 

    Maka, pasti ramai yang tertanya-tanya, sebenarnya bolehkah bakal majikan mahu melihat penyata gaji semasa?

    Menurut Jurulatih Kerjaya Bertauliah, Jimmy Mak Chii Ping atau lebih dikenali sebagai Jimmy C.P Mak, majikan mempunyai hak untuk bertanya atau meminta melihat penyata gaji semasa. Hal ini kerana tidak ada undang-undang dalam Malaysia yang melarang majikan daripada berbuat sedemikian.

    Pasti anda berasa tidak adil dan risaukan bagaimana mahu berunding gaji? Setiap daripada kita pasti mempunyai sasaran untuk mendapatkan beberapa peratus kenaikan gaji di syarikat baharu. 

    Jika ditunjukkan pula penyata gaji yang lama, kadar kenaikan gaji pasti hanya akan meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus sahaja. Perkara ini mungkin akan berlaku. 

    Apa yang perlu dibuat jika tidak mahu mendedahkan penyata gaji?

    Anda mempunyai hak untuk tidak menyerahkan penyata gaji. Ia adalah hak anda! Tetapi, ia perlu dilakukan dengan sopan dan profesional agar tidak memberi tanggapan yang buruk kepada majikan.

    Berikut ialah cadangan jawapan sopan untuk anda menolak permintaan majikan yang meminta penyata gaji.

    Pertama sekali, nyatakan bahawa anda tidak boleh mendedahkan penyata gaji kerana ia melanggar Dokumen Perjanjian Kerahsiaan (NDA).

    • “Saya tidak dapat melampirkan penyata gaji kerana ini akan melanggar kontrak pekerjaan dengan majikan saya sekarang. Ia sudah dinyatakan dalam kontrak bahawa semua maklumat, termasuk gaji dan faedah, adalah persendirian dan sulit.

      “Saya juga tidak berhak untuk menyerahkan maklumat seperti permintaan Tuan/Puan atas sebab saya masih bekerja dengan majikan ini dan perlu mematuhi polisi syarikat. Saya juga tidak mahu mengambil risiko menghadapi tindakan tatatertib atau tindakan undang-undang.”

    Ini adalah cara yang sangat sopan dan profesional dalam mengendalikan permintaan sedemikian. Biasanya pihak majikan akan faham dan kebanyakannya tidak akan mendesak. Walau bagaimanapun, wujud kemungkinan bahawa mereka masih berkeras untuk melihat penyata gaji anda.

    Jika mereka masih berkeras dan tidak mahu meluluskan permohonan kerja, cadangkan mereka perlu berunding secara langsung dengan jabatan sumber manusia di syarikat yang anda masih bekerja. 

    • “Oleh kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan maklumat ini, boleh saya cadangkan untuk menghubungi jabatan sumber manusia syarikat kami? Ini adalah nombor kepada salah seorang staf jabatan sumber manusia kami.”

    Tetapi, jika situasi ini berlaku, majikan di syarikat lama akan tahu bahawa anda sedang mencari pekerjaan baharu. Pasti anda risaukan masalah akan menjadi lebih besar.

    Ya, mereka akan mengetahui anda merancang untuk berhenti kerja tetapi ia tidak semestinya akan memburukkan keadaan. Sekurang-kurangnya, majikan hanya akan menghubungi anda untuk berbincang. 

    Jadi, jujur sahaja dan ceritakan mengapa anda mahu berhenti kerja dan mencari pekerjaan baharu. Sama ada untuk pengalaman yang lebih baik atau penawaran gaji lebih tinggi, ceritakan sahaja.

    Jika majikan sedar akan kepentingan dan kelebihan anda kepada syarikat, besar kemungkinan syarikat akan mempertimbangkan untuk menaikkan gaji anda sekarang. 

    Namun, sekiranya syarikat bertindak secara negatif, anda tahu sudah tiba masanya untuk meningkatkan usaha mencari pekerjaan baharu. 

    Jikalau anda tidak berada dalam keadaan yang terlalu terdesak dan betul-betul mahu bekerja dengan majikan yang meminta untuk melihat penyata gaji, cari sahaja syarikat yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak fleksibel dalam aspek kemanusiaan. 

    Ia juga sebenarnya mencerminkan polisi syarikat. Mungkin seluruh organisasi tertumpu untuk mematuhi undang-undang dan mengabaikan mempertimbangkan permintaan pekerja atau sesiapa yang memohon bekerja.

    Nasihat Jimmy, seeloknya, pilihlah syarikat yang mempunyai persekitaran bekerja yang cekap dan berasaskan kepercayaan. Setiap orang mempunyai pilihan masing-masing dan bebas untuk memilih apa yang terbaik buat diri mereka. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    December 29, 2025
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.