Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beraya sambil beringat, jangan abaikan kesihatan

    Beraya sambil beringat, jangan abaikan kesihatan

    By Umi FatehahApril 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Beraya sambil beringat, jangan abaikan kesihatan. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan Aidilfitri. 

    Menurut beliau, sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan itu.

    Walau bagaimanapun, kata beliau, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 22 April, maka hari kelepasan am tambahan adalah pada Jumaat, 21 April.

    Pasti ramai yang di antara kita sudah mula merangka apa yang perlu dibawa pulang ke kampung dan jam berapa mahu bertolak bagi mengelak kesesakan trafik. Di samping bergembira dan beraya sakan bersama ahli keluarga, anda masih perlu mengutamakan penjagaan kesihatan. 

    Berikut, Relevan sertakan beberapa pesanan penjagaan kesihatan daripada Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar ketika beraya nanti.

    1. Jaga pemakanan

    Dr. Zainal Ariffin menasihatkan agar anda makan juadah raya dengan berpada-pada. Tidak salah untuk menikmati juadah raya yang pelbagai, tetapi ambil dalam kuantiti yang sederhana. 

    Kurangkan pengambilan makanan seperti yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, berlemak dan masin. Selain itu, beliau juga berpesan agar banyakkan minum air kosong, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang tidak menentu sekarang. 

    Bagi anda yang mempunyai masalah komplikasi kesihatan, pantau pemakanan dan lakukan pemeriksaan kendiri seperti ujian glukosa dan sebagainya bagi mencegah masalah kesihatan lain yang lebih kronik.

    1. Banyakkan rehat

    Seperti yang disebutkan di atas, kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga menyatakan keadaan cuaca panas dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang.

    Di samping cuaca yang panas, ada kalanya hujan juga turun bagi menyejukkan bumi yang sudah berpanasan sepanjang hari. 

    Cuaca yang tidak menentu jelas mempengaruhi keadaan kesihatan tubuh badan kita. Tambahan pula, sudah ramai yang menunjukkan gejala seperti demam, sakit tekak dan sebagainya. 

    Justeru itu, dengan mendapatkan rehat yang cukup sedikit sebanyak dapat mengawal sistem imun, tekanan darah dan kesihatan kardiovaskular. Beraya sakan itu tidak salah, yang penting dapatkan rehat secukupnya.

    1. Kurangkan terdedah kepada cuaca panas terik

    Ada baiknya juga jika anda tidak menziarahi semua rumah jiran atau sanak saudara yang lain. Jika terlalu terdedah dengan cuaca panas terik yang berpanjangan, ia akan menjejaskan keadaan kesihatan.

    Menurut World Health Organization (WHO), jika terlalu terdedah kepada cuaca yang panas terik, ia akan menyebabkan dehidrasi dan memburukkan penyakit kronik, termasuk kardiovaskular, masalah pernafasan dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan diabetes.

    Komplikasi kesihatan yang lain adalah seperti hiperthermia, edema haba, ruam panas, kekejangan haba, pengsan akibat panas, keletihan haba dan strok haba.

    Sekiranya masih mahu keluar beraya, elakkan terdedah kepada matahari terik antara jam 11 pagi hingga 3 petang. Jangan lupa untuk memakai krim pelindung matahari, topi dan cuba untuk sejukkan badan setelah terdedah kepada matahari terik.

    1. Masih perlu waspada dengan Covid-19

    Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia menunjukkan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19 menjelang Hari Raya. Justeru itu, amalan pencegahan dan perlindungan diri seperti pemakaian pelitup muka.

    Bagi mengurangkan risiko jangkitan, kita perlu mengurangkan kontak dengan orang sekeliling, lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga yang berumur.  

    Sekiranya bersalaman, cuci tangan dengan pembasmi kuman secepat yang mungkin.  Selain itu, elakkan berpelukan kerana semakin dekat mulut dan hidung kita dengan orang lain, semakin tinggi risiko jangkitan. – RELEVAN

    Previous ArticleIbu bapa jangan panik, 7 tip ini bantu perjalanan balik kampung lebih seronok
    Next Article 15 lagu raya baharu yang ada potensi jadi klasik

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.