Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kos sara hidup meningkat 78% selepas berkahwin, perlu RM4,630 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang

    Kos sara hidup meningkat 78% selepas berkahwin, perlu RM4,630 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 28, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KOMPONEN makanan merupakan antara komponen terbesar dalam bakul perbelanjaan kajian Belanjawanku. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BERAPA pendapatan yang mencukupi untuk seseorang individu atau satu isi rumah hidup dengan selesa di Lembah Kelang?

    Pastilah keadaannya berbeza untuk setiap individu dan isi rumah namun anggaran yang selamat tetap boleh dibuat.

    Itu yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM). Melalui kajian Belanjawanku yang didanai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SWRC membuat anggaran pendapatan yang selesa untuk beberapa kategori individu bujang dan isi rumah.Penyelidikan tersebut bukan sahaja tertakluk di Lembah Kelang, malah 11 bandar lain di seluruh negara.

    Berikut Relevan senaraikan untuk anda 7 statistik penting yang diperoleh daripada kajian tersebut. Ini termasuk asas metodologi dan latar belakang kajian itu bagi memastikan anda faham konteks sebenarnya.

    • Andaian asas

    Untuk mengira kos sara hidup seseorang, SWRC meletakkan andaian-andaian tertentu sebagai asas pengiraan. Sebagai contoh, pengiraan kos tempat tinggal untuk individu bujang adalah berdasarkan nilai sewaan satu bilik. Untuk pasangan pula, kos tempat tinggal dikira berdasarkan pembayaran gadai janji atau nilai sewa sebuah rumah (mana yang lebih rendah).

    Untuk pengangkutan, satu pasangan diandaikan memiliki sebuah kereta dan sebuah motosikal manakala purata jarak perjalanan ke tempat kerja adalah dalam radius 30 kilometer dari pejabat ke rumah.

    Kajian ini juga mengandaikan semua orang mempunyai akses terhadap penjagaan kesihatan dan pendidikan awam serta mempunyai tahap kesihatan yang baik. Semua orang juga diandaikan mempunyai pemikiran rasional dan boleh membuat keputusan yang baik.

    • Kategori isi rumah

    Terdapat sembilan kategori isi rumah dalam kajian ini, iaitu individu bujang (pengguna pengangkutan awam); individu bujang (pemilik kereta); pasangan berkahwin (tanpa anak); pasangan berkahwin (satu anak); pasangan berkahwin (dua anak); ibu/bapa tunggal (satu anak); ibu/bapa tunggal (dua anak); pasangan warga emas dan individu warga emas.

    • Bakul-bakul item

    Terdapat 11 kategori perbelanjaan yang diambil kira untuk setiap isi rumah. Kategori tersebut disebut sebagai bakul dan berikut merupakan item untuk setiap bakul perbelanjaan:

    BAKUL ITEM
    Makanan Makanan dan minuman bukan alkohol termasuk barangan runcit untuk memasak di rumah, makanan di luar dan makanan bungkus
    Perumahan Individu bujang – sewa bulanan untuk bilik berperabot

    Kategori lain – sewaan atau bayaran gadai janji sebuah rumah, mana-mana yang lebih rendah

    Utiliti Bil bulanan untuk air, elektrik, telefon, internet, pelan data peribadi dan TV
    Pengangkutan Pengangkutan awam – pas/tiket bulanan untuk semua pengangkutan awam

    Kenderaan peribadi – kos bulanan untuk bayaran ansuran kenderaan, petrol, tol dan caj parkir

    Penjagaan peribadi Kos bulanan purata untuk penjagaan tubuh, rambut dan kebersihan feminin, kebersihan mulut dan tatarias peribadi asas
    Penjagaan kesihatan Kos bulanan purata untuk lawatan tahunan ke hospital ( empat kali) dan doktor gigi (sekali) untuk rawatan penyakit bukan akut (jumlah tahunan bahagi 12 bulan)
    Penjagaan anak Anak kecil (bawah 6 tahun) – kos bulanan untuk upah jaga anak, lampin, susu dan makanan bayi

    Anak besar (7-13 tahun) – kos bulanan untuk upah jaga anak, duit poket, tuisyen, kelas agama dan aktiviti kokurikulum

    Belanja ad-hoc/one-off Kos bulanan purata untuk perbelanjaan sekali keluar atau kecemasan seperti penyelenggaraan kenderaan, cukai jalan dan insurans, yuran sekolah, pakaian dan kasut serta ansuran perabot dan kelengkapan rumah. (jumlah tahunan bahagi 12 bulan)
    Penglibatan sosial Kos purata untuk sambutan perayaan, hari lahir, ulang tahun, jemputan perkahwinan dan sebagainya (jumlah tahunan bahagi 12 bulan)
    Belanja budi bicara Termasuk sumbangan kepada ibu bapa, insurans kesihatan, sukan dan rekreasi serta pelancongan, bergantung kepada keutamaan individu (jumlah tahunan bahagi 12 bulan)
    Simpanan Jumlah simpanan yang diperuntukkan berdasarkan konsensus peserta kumpulan fokus

    • Lembah Kelang paling mahal

    Kajian Belanjawanku meliputi 12 bandar di seluruh Malaysia. Dapatan kajian itu mendapati kos sara hidup tertinggi adalah di Lembah Kelang.

    Kategori isi rumah dengan kos terendah, iaitu individu bujang (pengguna pengangkutan awam) di Lembah Kelang memerlukan RM1,930 sebulan untuk hidup manakala kategori tertinggi, pasangan berkahwin (dua anak) memerlukan RM6,890 sebulan.

    Bandar dengan kos terendah pula merupakan Alor Setar, Kedah. Individu bujang (pengguna pengangkutan awam) memerlukan RM1,530 sebulan manakala pasangan berkahwin (dua anak) memerlukan RM5,430.

    • Kos untuk hidup sebulan di Lembah Kelang

    Individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam memerlukan kira-kira RM1,930 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang. Individu bujang yang memiliki kereta pula memerlukan RM2,600.

    Bagi pasangan berkahwin tanpa anak, pendapatan isi rumah yang wajar di Lembah Kelang ialah RM4,630 sebulan. Pasangan berkahwin dengan seorang anak pula perlu RM5,980 manakala pasangan berkahwin dengan dua anak memerlukan RM6,890.

    Untuk ibu/bapa tunggal dengan seorang anak, mereka memerlukan RM4,740 sebulan untuk menampung kehidupan di Lembah Kelang. Ibu/bapa tunggal dengan dua anak pula memerlukan RM5,650.

    Individu warga emas memerlukan RM2,520 sebulan manakala pasangan warga emas memerlukan RM3,210.

    • Peningkatan kos

    Berdasarkan data kos sara hidup di Lembah Kelang itu, Belanjawanku turut menjelaskan peningkatan kos sara hidup yang perlu ditanggung apabila seseorang individu atau isi rumah bertukar kategori.

    Contohnya, individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam (RM1,930) akan mengalami peningkatan 35 peratus kos sara hidup jika memilih untuk memiliki kereta (RM2,600). Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh kos pengangkutan dan ad-hoc.

    Malah, jika anda bertukar status daripada individu bujang kepada pasangan berkahwin, peningkatan kos sara hidup adalah sebanyak 78 peratus. Penyumbang utama peningkatan tersebut ialah kos makanan, perumahan dan pengangkutan.

    Peningkatan jumlah anak untuk pasangan berkahwin juga meningkatkan kos sara hidup, walaupun tidak begitu besar. Pasangan berkahwin tanpa anak akan mengalami peningkatan kos sara hidup sebanyak 29 peratus apabila memiliki seorang anak. Pertambahan kepada dua anak pula melibatkan peningkatan 15 peratus.

    Peningkatan tersebut disebabkan kos penjagaan anak dan makanan terutamanya.

    • Kesimpulan

    Menurut SWRC, terdapat empat penyumbang utama kepada bakul perbelanjaan dalam Belanjawanku, iaitu makanan, perumahan, pengangkutan dan utiliti.

    Kajian Belanjawanku juga menunjukkan kesan kepada perbelanjaan apabila seseorang bergerak dari satu kategori isi rumah ke kategori isi rumah yang lain. Maklumat ini penting untuk orang ramai membandingkan situasi mereka sebelum membuat apa-apa keputusan kewangan yang besar. – RELEVAN

    Previous ArticleSembelit ketika berpuasa? ini tip atasinya dan cara minum air lapan gelas sehari di bulan Ramadan
    Next Article AIMY™, jurulatih kerjaya AI perbualan yang pertama

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.