Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pandora Papers: Apa kandungan, siapa terlibat dan apa kepentingannya?

    Pandora Papers: Apa kandungan, siapa terlibat dan apa kepentingannya?

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 15, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENDEDAHAN Pandora Papers kira-kira dua tahun lalu menggemparkan dunia. - GAMBAR HIASAN/AFP

    PENDEDAHAN kira-kira 12 juta dokumen kewangan melibatkan syarikat luar pesisir pelbagai negara yang dikenali sebagai Pandora Papers pernah menggemparkan dunia dua tahun lalu.

    Pendedahan tersebut merupakan yang terbesar dalam sejarah, melebihi dokumen yang didedahkan dalam Panama Papers atau Paradise Papers sebelum ini.

    Di Malaysia, isu ini juga tak kurang hangatnya. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang pernah mendesak supaya isu tersebut dibahaskan di Parlimen pada Oktober 2021. Walau bagaimanapun, usul tersebut ditolak.

    Selepas lebih setahun, isu Pandora Papers semakin reda sehinggalah dibangkitkan media baru-baru ini.

    Menurut Utusan Malaysia pada 14 Februari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan penyiasatan berhubung isu berkenaan, termasuk dengan memanggil seorang bekas Menteri Kewangan berusia 84 tahun bagi mendapatkan keterangan.

    Keterangan bekas pemimpin negara itu disyaki diambil bagi menjelaskan aliran dan jejak kewangan membabitkan 12 syarikat luar pesisir miliknya.

    Sebelum menelusuri lebih dalam isu ini, ada baiknya kita fahamkan dahulu perkara-perkara pokok tentang Pandora Papers. Apa kandungannya? Siapa yang terlibat? Apa pula kaitannya dengan negara kita?

    Relevan bawakan jawapan untuk anda.

    • Apa itu Pandora Papers?

    Pandora Papers merupakan pendedahan kira-kira 12 juta dokumen rahsia melibatkan urusan simpanan wang dan harta oleh golongan elit dan kaya dunia. Sebahagian urusan tersebut terkait dengan amalan salah guna kuasa dan melanggar etika.

    Nama Pandora Papers diambil dari mitos Kotak Pandora. Dalam mitos itu, apabila kotak tersebut dibuka, ia melepaskan pelbagai hal buruk termasuk penyakit, kematian dan kejahatan lain.

    Golongan yang terlibat termasuk pemimpin-pemimpin negara dunia, ahli politik, ahli korporat, selebriti dan hartawan.

    Menurut organisasi yang mendedahkan dokumen-dokumen tersebut, Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), Pandora Papers mendedahkan pemilikan syarikat luar pesisir, akaun bank samaran, pesawat peribadi, kapal layar, rumah agam dan karya seni terunggul oleh golongan terkaya dunia.

    Sebahagian daripada mereka yang terlibat menggunakan helah kewangan bagi menyembunyikan kekayaan dan mengelak cukai. Mereka mencipta sistem yang dikenali sebagai ekonomi bayangan dalam skala yang sangat besar.

    • Bagaimana Pandora Papers didedahkan?

    ICIJ bekerjasama dengan lebih 600 wartawan dari 91 organisasi media dalam 117 negara untuk menjalankan penyiasatan Pandora Papers. Penyiasatan tersebut mengambil masa selama dua tahun. 

    • Siapa yang terlibat?

    Menurut ICIJ, fail-fail tersebut mendedahkan rahsia kewangan 35 bekas pemimpin dunia dan semasa. Jumlah keseluruhan ahli politik yang terlibat ialah 330, termasuk pegawai tinggi dari 91 negara dan wilayah.

    Selain itu, Pandora Papers turut mendedahkan rahsia kewangan pelarian jenayah dan pembunuh.

    Antara nama besar yang terlibat ialah Raja Jordan, Presiden Ukraine, Kenya dan Ecuador serta bekas Perdana Menteri Britain.

    Antara selebriti yang terlibat pula ialah jaguh kriket, Sachin Tendulkar; penyanyi, Shakira dan model, Claudia Schiffer.

    • Apa kepentingannya kepada dunia?

    Januari lalu, Oxfam International mendedahkan dapatan bahawa 63 peratus kekayaan baharu yang dicipta pada Disember 2019 hingga Disember 2021 dibolot oleh golongan satu peratus paling kaya dalam dunia.

    ARTIKEL BERKAITAN: 63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

    Menurut Oxfam, sejak 2020, kekayaan para bilionair meningkat AS$2.7 bilion (RM11.66 bilion) setiap hari.

    Jurang kekayaan antara golongan superkaya dengan miskin di dunia semakin melebar dan ini hanya mengambil kira kekayaan ‘rasmi’ mereka.

    Sebahagian golongan kaya menggunakan sistem kewangan yang rumit untuk menyembunyikan kekayaan mereka. Sistem ini juga digunakan untuk mengelak cukai yang sepatutnya dimanfaatkan untuk golongan berpendapatan rendah.

    Antara dapatan dari Pandora Papers adalah dakwaan pengelakan cukai oleh keluarga diraja Qatar berjumlah 18.5 juta pound (RM98.29 juta) untuk pembelian hartanah di United Kingdom (UK).

    Jumlah yang besar itu sepatutnya boleh digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan dan perlindungan sosial di UK yang kini dalam krisis. Malangnya, ia disembunyikan dari pengetahuan umum.

    • Apa kaitannya dengan Malaysia?

    Individu dari Malaysia juga tidak ketinggalan terlibat dalam kontroversi Pandora Papers. Ketika awal pendedahan tersebut dibuat, terdapat 10 individu dari Malaysia dikatakan menyimpan kekayaan di luar negara.

    Ini termasuk bekas pemimpin kerajaan, ahli politik dan ahli korporat. Walau bagaimanapun, belum ada apa-apa pengesahan yang dibuat berkenaan penglibatan mereka.

    Siasatan sedang dilakukan oleh SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM). Harapnya, tidak ada kerugian besar yang ditanggung negara akibat penglibatan individu-individu tersebut dalam ekonomi bayangan.

    Awal bulan lalu, Bank Dunia menggesa Malaysia untuk mencari sumber pendapatan baharu memandangkan pendapatan kerajaan telah berkurang sejak 2012.

    Malaysia sendiri berhadapan dengan krisis perkhidmatan awam yang serius, baik dalam sektor kesihatan, pengangkutan mahupun pendidikan. Sumber pendapatan seperti cukai sangat penting untuk negara.

    Jika kekayaan yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat dan perkhidmatan awam hilang disebabkan ekonomi bayangan, setiap individu yang terlibat mempunyai hutang besar dengan rakyat Malaysia. – RELEVAN

    Previous Article333 pesakit Covid-19 dirawat di hospital setakat semalam
    Next Article 237 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.