Angka jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 259 kes semalam berbanding 255 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,039,326 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 390 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,992,776 kes.
Sebanyak satu kes kematian dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,951 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,599 kes dengan 9,268 kes atau 96.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 320 kes atau 3.3% pesakit dirawat di hospital, tujuh kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan lima kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN