ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 184 kes semalam berbanding 175 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,038,354 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 253 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,991,426 kes.
Sebanyak dua kematian dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,946 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,982 kes dengan 9,621 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 357 kes atau 3.6% pesakit dirawat di hospital, 0 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 4 kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN