Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

    5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

    By February 3, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENCIPTAAN lagu yang berasaskan kisah benar bukanlah baharu. Bagi sesetengah penulis lirik, ia ilham mudah walaupun mungkin beban perasaan yang diperlukan untuk menulis lirik tersebut sangat berat. 

    Lagu seperti Candle in The Wind oleh Elton John dan Vincent oleh Don McLean antara lirik berdasarkan kisah benar yang popular. Begitu juga Wind of Change oleh Scorpion dan Henry Lee oleh Nick Cave & The Bad Seeds.

    Penulis tempatan juga tidak ketinggalan menghasilkan lirik berdasarkan kisah sebenar. Malah, ada antara mereka yang menggunakan kisah benar yang misteri dan menyedihkan sebagai ilham.

    Berikut Relevan senaraikan lima lagu tempatan dengan lirik yang diinspirasikan daripada kisah benar yang misteri dan sedih untuk rujukan anda. 

    • Somerton Man – Terrer

    Jelas pada tajuknya, lagu ini diinspirasikan daripada kisah penjumpaan mayat lelaki misteri yang dijumpai di pinggir pantai Somerton, Adelaide, Australia pada 1 Disember 1948. 

    Kematian lelaki tersebut menjadi misteri kerana pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti punca kematiannya dan tidak ada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayatnya. 

    Pelbagai teori menyelubungi misteri Somerton Man, termasuk dakwaan bahawa dia sebenarnya seorang pengintip Rusia, seorang penari balet dan seorang penyeludup.

    Identiti Somerton Man kekal misteri selama lebih tujuh dekad sehinggalah Derek Abbott, profesor di Universiti Adelaide menjumpai bukti DNA bahawa mayat tersebut ialah Carl “Charles” Webb, seorang jurutera elektrik yang lahir di Melbourne pada 1905.

    Kugiran rock, Terrer membuka dan menutup lagu Somerton Man dengan rakaman bunyi ombak, membawa pendengar kembali ke pantai Somerton pada awal pagi 1 Disember 1948 bagi mengikuti misteri kematian lelaki itu.

    Nyanyi Terrer, “and you shift your gaze / to the everlasting haze / never thought you’d grow this old still all alone”.

    • En. Ronald Moore – Pretty Ugly

    Lagu En. Ronald Moore dihasilkan dengan lirik yang sangat kreatif. Pretty Ugly mengambil laporan berita tentang kematian seorang lelaki dari Dallas, Amerika Syarikat dan menjadikannya sebuah lagu.

    Laporan tersebut adalah berkenaan kematian tragik Ronald Moore yang memaksa anaknya yang berusia enam tahun untuk menembak kepalanya sendiri. Moore dimasukkan ke hospital selama tiga hari sebelum disahkan meninggal dunia.

    Menurut isterinya, Moore mabuk seharian dan bertindak agresif sebelum berkata dia mahu membunuh diri. Disebabkan tidak sanggup memetik picu pistolnya sendiri, Moore meletakkan pistol pada tangan anaknya dan memaksa kanak-kanak itu menembak kepalanya.

    Lagu ini antara lagu paling unik yang pernah dihasilkan oleh Pretty Ugly dan dimuatkan dalam album sulung mereka, Abstrak Versi Fantasi.

    Nyanyi Pretty Ugly, “apabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol / .22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis”.

    • Afraid of Our Children – Glistening Redchair

    Lagu Afraid of Our Children diambil dari album Therapist oleh Glistening Redchair. Konsep dan penerbitan album itu diinspirasikan daripada dokumentari Child of Rage, kisah kanak-kanak bernama Beth Thomas.

    Beth didera secara fizikal dan seksual oleh bapa kandungnya pada usia tidak sampai dua tahun. Ia membuatkan Beth menjadi ganas dan tiada perasaan sayang, simpati atau empati kepada manusia lain. 

    Pada usia enam tahun, Beth sering mencederakan adik lelakinya dan mahu membunuh ibu bapa angkatnya.

    Afraid of Our Children pula lagu yang diinspirasikan daripada tragedi pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Kanak-kanak berusia 8 tahun itu hilang setelah keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

    Mayat arwah ditemui di Petaling Jaya hampir sebulan selepas hilang. Keadaan mayat tersebut sangat tragis, ditinggalkan dalam keadaan bogel dan kesan penderaan seksual.

    Nyanyi Glistening Redchair, “the haze settled down the plain / the faded generation stays / resuscitate our old ways / there’s a nexus between our pain”.

    • Ibu Tunggal (The Ballad of Hairun Jalmani) – Khid Buck

    Lagu berirama folk ini dicipta untuk Hairun Jalmani, seorang ibu tunggal anak sembilan yang dihukum mati pada 2021 atas kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine.

    Hairun yang berusia 57 tahun bekerja sebagai penjual ikan di Tawau, Sabah. Dia ditahan selepas didakwa memiliki dan mengedarkan 113.9 gram methamphetamine pada Januari 2018.

    Hukuman ke atas Hairun mencetuskan perdebatan tentang kerelevanan hukuman mandatori dan keadilan untuk golongan kurang bernasib baik, termasuk wanita dan golongan berpendapatan rendah.

    Lagu Ibu Tunggal adalah sebuah karya sarkastik yang dimuatkan dalam EP Lagu Kampung.

    Nyanyi Khid Buck, “ibu tunggal tiada Datuk Seri / esok hari kau pasti mati / merayulah tanpa arah / kami semua dahaga darah”.

    • Terlalu Istimewa – Adibah Noor

    Pada 17 Januari 2004, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditemui dalam keadaan berbogel dan lemah selepas dirogol dan diliwat tiga lelaki di Gelang Patah, Johor. Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik kesihatan.

    Kisah tragis pembunuhan Nurul Huda Abdul Ghani itu diabadikan dalam lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor. 

    Tragedi pemergian Nurul Huda adalah antara yang paling kejam pernah berlaku di Malaysia. Kanak-kanak itu bukan sahaja dirogol dan diliwat, malah dicekik sehingga lemah. 

    Nurul Huda tak buat apa-apa yang salah, dia hanya mahu ke kedai untuk membeli ikan dan telur.

    Inspirasi kisah tragik itu menjadikan Terlalu Istimewa sebagai naskhah muzik yang istimewa dan meruntun.

    Nyanyi Adibah Noor, “kupasti kau berbahagia / duduk di samping-Nya / mendengar cerita / segala rahsia”. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.