SEBANYAK 367 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 380 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,031,434 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 398 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,983,170 kes.
Sebanyak sembilan kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,901 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,859 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,372 kes dengan 10,846 kes atau 95.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 502 kes atau 4.4% pesakit dirawat di hospital, 12 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 12 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN