SEMALAM mencatatkan sebanyak 405 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 517 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,030,313 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 441 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,982,044 kes.
Satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,875 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,857 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,394 kes dengan 10,763 kes atau 94.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 599 kes atau 5.3% pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 12 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN