JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 583 kes semalam berbanding 679 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,026,164 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 930 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,976,990 kes.
Satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,852 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,852 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 12,322 kes dengan 11,653 kes atau 94.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 637 kes atau 5.2% pesakit dirawat di hospital, 16 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 16 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN