JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 816 kes semalam berbanding 721 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,019,400 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 940 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,967,175 kes.
Enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,841 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,845 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 15,411 kes dengan 14,455 kes atau 93.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 915 kes atau 5.9% pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 24 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN