Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 langkah kukuhkan kewangan bagi menghadapi kemelesetan ekonomi 2023

    8 langkah kukuhkan kewangan bagi menghadapi kemelesetan ekonomi 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 20, 2022Updated:January 13, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEMELESETAN ekonomi dapat dihadapi dengan baik sekiranya kita bersedia mengukuhkan kewangan peribadi. - GAMBAR HIASAN/TIMA MIROSHNICHENKO (Pexels)

    HAMPIR pasti kita akan menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahap global tahun hadapan. 

    Oktober lalu, model kebarangkalian kemelesetan yang dibangunkan pakar ekonomi Bloomberg menjangkakan kemungkinan 100 peratus dunia akan berhadapan kemelesetan menjelang Oktober 2023.

    Sebagai rakyat biasa, tidak banyak yang dapat kita lakukan untuk menghalang kemelesetan yang akan berlaku. Namun, di peringkat kewangan peribadi, kita boleh membuat persediaan untuk menghadapinya.

    Business Insider dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyenaraikan lapan persediaan yang boleh dilakukan bagi menghadapi kemelesetan ekonomi pada 2023.

    Relevan membawa anda menelusuri setiap satu daripadanya supaya tahun hadapan, kita boleh bersama-sama tampil lebih bersedia dan mempunyai kewangan yang kalis krisis.

    • Bina dana kecemasan

    Minta dijauhkan tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita perlu bersedia berhadapan kemungkinan kehilangan pekerjaan. Jika ini berlaku, kita perlu ada dana kecemasan yang mencukupi untuk menampung hidup.

    Sebaiknya, dana tersebut mampu menampung perbelanjaan anda selama tiga hingga enam bulan. Ini bermakna, kalau perbelanjaan bulanan anda RM3,000, dana kecemasan yang ideal adalah sebanyak RM9,000 hingga RM18,000.

    Pengasas Personal Finance Club, Jeremy Schneider berkata, jika dana kecemasan anda belum sampai ke tahap tiga hingga enam bulan perbelanjaan, maka berjimatlah. Simpan jumlah yang lebih besar setiap bulan supaya dana tersebut mencukupi.

    • Potong perbelanjaan lazim

    Apa itu perbelanjaan lazim? Komitmen bulanan yang kecil seperti insurans kenderaan dan rumah, pelan internet, langganan platform penstriman dan duit makan hari-hari. Itu antara perbelanjaan lazim kita.

    Cuba semak semula perbelanjaan lazim anda. Langganan platform penstriman yang banyak-banyak itu betul-betul perlukah? Pelan internet anda betul-betul berbaloi? Berapa kali dalam seminggu anda mahu beli kopi mahal?

    Penjimatan dalam perbelanjaan lazim ini nampak saja seperti sedikit, tapi impaknya besar. Perlahan-perlahan, anda akan terbiasa dengan gaya hidup sederhana yang akan membawa kepada penjimatan-penjimatan lain pula.

     

    • Kecilkan perbelanjaan utama

    Untuk impak yang lebih besar, cuba semak semula perbelanjaan utama anda. Ini melibatkan jumlah yang besar, seperti ansuran kereta dan rumah.

    Pastinya sukar kerana perbelanjaan utama kebiasaannya melibatkan keperluan anda. Namun, dalam keadaan terdesak, penjimatan dalam perbelanjaan ini yang akan memberi kesan besar kepada kesihatan kewangan anda.

    Jika ansuran kereta terlalu besar, usahakan untuk dapatkan kereta yang lebih murah. Untuk keluarga yang mempunyai lebih daripada satu kereta yang masih perlu dibayar, pertimbangkan untuk menyusun semula urusan harian agar hanya satu kereta yang diperlukan.

    Jika anda masih bujang dan tinggal berseorangan dalam sebuah rumah, pertimbangkan untuk sewakan bilik kosong yang ada. Ia dapat meringankan beban membayar sewa, memberikan lebih wang di tangan atau untuk simpanan.

    • Cari kerja sampingan

    Walaupun kemelesetan ekonomi dijangka berlaku, pasaran pekerjaan diramal akan terus kukuh pada tahun hadapan. 

    Ambil kesempatan ini dengan melakukan kerja sampingan yang boleh memberi pendapatan tambahan. Gunakan kemahiran dan kelebihan anda untuk mendapatkan wang lebihan untuk dibelanja atau disimpan.

    Baik bekerja sebagai penghantar makanan, pemandu e-hailing atau berkebun untuk menjual hasilnya secara kecil-kecilan, pendapatan yang diperoleh juga boleh digunakan ketika waktu-waktu sesak.

    Jika seminggu anda ada pendapatan lebihan sebanyak RM250, dalam sebulan sudah ada RM1,000.

    • Cuba pendapatan pasif

    Pendapatan pasif membolehkan anda menstabilkan kewangan  tanpa mengorbankan masa dengan pekerjaan sampingan. Namun, ia bukan mudah.

    Anda perlu berusaha keras pada awalnya bagi membina asas yang kukuh. Ada ruyung yang perlu dipecah sebelum anda mendapat sagunya.

    Dengan bantuan media sosial, banyak sumber pendapatan pasif yang boleh diteroka. Ini termasuk menjadi ejen pesan hantar (drop-ship), menjalankan pemasaran gabungan (affiliate marketing) atau membangunkan laman web.

    • Tambah kemahiran

    Impak kemelesetan mungkin lambat untuk dirasai. Selagi ekonomi masih lancar, gunakan kesempatan itu untuk belajar kemahiran-kemahiran baharu yang boleh membantu kita meraih pendapatan dalam waktu sukar nanti.

    Kemahiran seperti pengoptimuman enjin carian (SEO), penulisan kandungan dan rekaan pengalaman pengguna (UX) antara yang mendapat permintaan tinggi ketika ini. Bukan sahaja untuk kerja tetap, kemahiran itu juga laku pasaran pekerjaan bebas.

    Kelas-kelas dalam talian percuma juga banyak untuk mendalami kemahiran-kemahiran itu.

    • Simpan pendapatan tambahan

    Apabila kewangan anda sudah stabil, pastikan wang lebihan yang dijana disimpan dalam akaun simpanan yang sukar diakses. Ini bagi mengekang godaan untuk menggunakan wang tersebut.

    Selain pendapatan daripada pekerjaan tambahan, penjimatan hasil perubahan gaya hidup juga perlu disimpan. 

    • Jangan panik

    Tidak salah untuk berasa bimbang tetapi jangan sesekali panik dan buat keputusan terburu-buru. Apa yang penting, pastikan asas kewangan anda kukuh.

    Lebih-lebih lagi buat mereka yang melabur dalam pasaran saham atau komoditi, jangan terburu-buru membuat keputusan tanpa menilai situasi sebenar. Terus tumpu pada matlamat jangka panjang pelaburan anda.

    Untuk orang awam, pastikan perbelanjaan anda kurang daripada pendapatan dan berusaha meningkatkan simpanan. Jika berkemampuan, fikirkan kesihatan kewangan jangka masa panjang anda, bukan sekadar apa yang akan jadi dalam tempoh seminggu. – RELEVAN

    Previous ArticleSaintis Rusia hidupkan virus haiwan purba, ancam kesihatan awam
    Next Article 816 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.