Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu irama sirkandian dan kaitannya dengan jet lag?

    Apa itu irama sirkandian dan kaitannya dengan jet lag?

    By December 14, 2022Updated:December 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JET lag ialah gangguan tidur jangka pendek yang biasa terjadi sekiranya anda melakukan perjalanan merentasi lebih dua zon waktu.- GAMBAR HIASAN/ORNA WACHMAN/PIXABAY

    SERING kali kita mendengar keluhan orang yang mengalami jet lag atau gangguan ritma harian ekoran perjalanan jauh ketika mengembara atau melancong.

    Jet lag ialah gangguan tidur jangka pendek yang biasa terjadi sekiranya anda melakukan perjalanan merentasi lebih dua zon waktu.

    Gangguan itu boleh membuatkan anda berasa tidak selesa kerana perubahan mendadak ‘jam badan’ atau irama tidur sirkadian.

    Menurut Cleveland Clinic, apabila anda mengembara merentasi lebih daripada dua zon waktu dengan menaiki kapal terbang ‘jam badan’ memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kitaran tidur dan bangun di destinasi baharu anda.

    ARTIKEL BERKAITAN: 1 daripada 4 rakyat Malaysia menderita strok menjelang 2040 – Relevan

    Apakah irama sirkadian?

    Irama sirkadian ialah corak yang diikuti oleh badan anda berdasarkan hari 24 jam. Ia  memberitahu badan bila hendak tidur dan bila hendak bangun. Irama ini juga memberi kesan kepada beberapa proses badan lain seperti hormon, pencernaan dan suhu badan.

    Badan anda menetapkan irama ini secara semula jadi dengan dipandu oleh otak, tetapi faktor luar seperti cahaya boleh juga mempengaruhi irama sirkadian.

    Sebagai contoh, apabila cahaya memasuki mata anda, sel menghantar mesej ke otak bahawa ia boleh berhenti menghasilkan melatonin (hormon yang membantu anda tidur).

    Walaupun jet lag merupakan gejala biasa bagi mereka yang melancong di lokasi yang jauh, tetapi setiap orang mengalaminya pada tahap berbeza-beza

    Punca jet lag

    Gejala jet lag berpunca daripada irama semula jadi badan anda yang tidak selari dengan waktu siang dan malam di destinasi baharu.

    Perjalanan kapal terbang menjadikan jet lag lebih teruk kerana badan anda bergerak lebih pantas daripada otak dan irama sirkadian memproses perubahan masa.

    Aspek lain ketika mengembara juga menjadi penyumbang kepada jet lag dan memburuklan lagi gejalanya seperti berikut:

    • Duduk terlalu lama di dalam kapal terbang.
    • Kekurangan oksigen dan penurunan tekanan udara dalam kabin kapal terbang.
    • Suhu kabin yang hangat dan kelembapan rendah sehingga menyebabkan dehidrasi.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip kembalikan semangat bekerja selepas bercuti – Relevan

    Gejala jet lag

    Anda mungkin mengalami satu atau lebih gejala jet lag, antaranya seperti berikut:

    •   Sukar tidur (insomnia)
    •   Mengantuk pada siang hari
    •   Sakit kepala
    •   Kurang fokus
    •   Keletihan yang melampau
    •   Sakit perut
    •   Perubahan mood seperti mudah marah

    Bagaimanakah jet lag didiagnosis

    Kebanyakan orang yang mengalami jet lag mempunyai simptom kecil. Mereka biasanya tidak mendapatkan rawatan perubatan kerana gelaja kebiasannya akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa hari.

    Namun, sekiranya anda mengalami gejala yang teruk, sila dapatkan rawatan daripada pakar perubatan.

    Rawatan jet lag 

    Penyelidik masih belum menemui penawar jet lag. Namun, sebenarnya anda sendiri boleh merawat kebanyakan gejala jet lag itu. Antaranya seperti berikut:

    1. Dapatkan cahaya matahari

    Bersiar-siar di luar pada waktu siang boleh membantu badan anda mengenali masa untuk berjaga. Sumber cahaya buatan seperti lampu juga boleh menawarkan faedah yang serupa jika anda tidak dapat keluar rumah.

    2. Selaraskan jadual tidur-bangun anda

    Suaikan diri anda dengan jadual tidur dan bangun di destinasi baharu dengan cepat bagi membantu mengurangkan gejala jet lag.

    3. Fokus untuk mendapatkan tidur yang berkualiti

    Cuba tidur di dalam kapal terbang, ia boleh membantu badan anda menyesuaikan diri dengan lebih cepat di zon waktu baharu.

    Dapatkan pandangan pakar perubatan sekiranya ingin mengambil bil tidur

    4. Elakkan makanan baharu

    Pilih makanan yang badan anda tahu bagaimana untuk dihadam (selama satu atau dua hari) untuk membantu meringankan sebarang gejala pencernaan jet lag.

    5. Minum banyak air

    Minum banyak air boleh mengurangkan kesan dehidrasi selepas penerbangan yang panjang.

    Elakkan juga pengambilan kafein dan alkohol yang boleh membuat anda lebih dehidrasi.- RELEVAN

    featured irama jet lag kapal terbang sirkadian
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.