SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,315 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,597 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,009,767 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,601 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,945,067 kes.
Sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,753 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,829 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 19,177 kes dengan 17,860 kes atau 93.1 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,244 kes atau 6.5% pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 50 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN