SEBANYAK 1,597 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,616 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,008,452 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,596 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,951,236 kes.
Sebanyak enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,716 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,818 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 20,468 kes dengan 19,145 kes atau 93.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,237 kes atau 6.% pesakit dirawat di hospital, 32 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 54 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN