Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026
    • Kewangan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026
    • Pendidikan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jendela Johari: Maksud dan penggunaannya dalam organisasi kerja

    Jendela Johari: Maksud dan penggunaannya dalam organisasi kerja

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 6, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MODEL Jendela Johari dapat digunakan untuk menambah baik persekitaran dan kerjasama dalam organisasi kerja. - GAMBAR HIASAN/AUSTIN DISTEL (UNSPLASH)

    MENGENAL pasti kelebihan, kekurangan dan personaliti pekerja adalah penting untuk sebuah organisasi. Ia dapat membantu pengurus dan ketua memanfaatkan sepenuhnya kelebihan seseorang pekerja, seterusnya memajukan prestasi syarikat.

    Terdapat banyak teori psikologi yang boleh diguna pakai untuk mencapai tujuan ini dan salah satu daripadanya ialah Jendela Johari atau Johari Window.

    Kedengaran seperti idea yang berasal dari Malaysia, bukan? Sebenarnya tidak. Walaupun ramai rakyat Malaysia bernama Johari, perkataan tersebut sebenarnya merujuk kepada dua nama pengasas teori itu yang digabungkan.

    Teori atau model Jendela Johari itu dibangunkan oleh dua pakar psikologi dari Universiti California, Amerika Syarikat, iaitu Joseph Luft dan Harrington Ingham pada 1955. 

    Model tersebut digunakan untuk memahami personaliti, kelebihan dan kekurangan seseorang dan hubungan individu tersebut dengan orang lain. Model itu juga berguna untuk membentuk kepemimpinan yang baik dalam sebuah organisasi.

    Empat kawasan

    Model Jendela Johari berfungsi melalui rajah yang mengandungi empat panel yang masing-masing mewakili kawasan tertentu. 

    GRAFIK OLEH RELEVAN

    Paksi menegak merujuk kepada ciri-ciri yang diketahui oleh orang lain. Paksi melintang pula ciri-ciri yang diketahui diri sendiri.

    Keempat-empat panel tersebut membawa maksud berikut:

    • Kawasan terbuka

    Kawasan ini merujuk kepada ciri-ciri yang diketahui oleh individu tersebut dan rakan sepasukannya yang lain. Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan bebas. 

    Dalam kawasan ini, komunikasi antara rakan sekerja lebih terbuka dan bebas dengan konflik yang paling sedikit. Pasukan yang baik mempunyai kawasan terbuka yang lebih besar.

    Ciri-ciri yang terkandung dalam kawasan ini tidak semestinya positif. Sebagai contoh, seorang pekerja mempunyai sikap banyak cakap. Dirinya sendiri sedar tentang perkara tersebut dan rakan-rakan lain juga tahu.

    Walaupun sikap tersebut negatif, pengurusan sikap tersebut mudah dan terbuka kerana semua orang sedar tentang hal tersebut.

    • Kawasan titik buta

    Kawasan ini merujuk kepada ciri-ciri yang diketahui orang lain tetapi tidak disedari oleh individu itu sendiri. Seperti kawasan terbuka, ia juga boleh jadi ciri yang positif atau negatif.

    Komunikasi yang baik dan keterbukaan dalam kalangan rakan sepasukan dapat memindahkan ciri-ciri dari kawasan titik buta ke kawasan terbuka. Jika cirinya negatif, anda memerlukan teguran rakan sepasukan untuk menyedarinya. Begitu juga jika cirinya positif. 

    • Kawasan tersembunyi

    Ciri-ciri dalam kawasan tersembunyi diketahui individu tersebut tetapi tidak diketahui oleh rakan sepasukannya. Boleh jadi ia disorokkan dengan sengaja atau ciri tersebut tidak relevan dengan pasukan tersebut.

    Satu kelebihan atau kemahiran disorokkan seseorang yang tidak selesa dengan pasukannya. Ada yang risau, apabila kemahiran itu didedahkan, rakan sepasukan lain akan mengambil kesempatan.

    Boleh jadi juga, kemahiran yang dimiliki individu tersebut tidak relevan dengan pasukan. Contohnya, pasukan pereka grafik di sebuah syarikat tidak perlu tahu jika ada ahli pasukannya hebat bermain bola sepak. Ia tidak relevan.

    Walau bagaimanapun, persekitaran dengan kurang rahsia adalah lebih baik. Tidak kiralah hal tersebut relevan dengan pasukan atau tidak, ia dapat membantu mengeratkan hubungan sesama ahli pasukan.

    Untuk mewujudkan persekitaran yang kurang rahsia, semua ahli pasukan perlu bersikap terbuka dan tidak prejudis. Persekitaran yang selamat akan menggalakkan lebih banyak perkongsian.

    • Kawasan tidak diketahui

    Ciri-ciri kawasan ini wujud tetapi tidak disedari oleh individu itu sendiri atau rakan sepasukan mereka. Ia mungkin ciri atau sikap kecil yang terbina daripada pengalaman waktu kecil atau pengaruh-pengaruh lain.

    Pengurus boleh berusaha mengenal pasti ciri-ciri tersebut melalui latihan dan temu bual. Kadang kala, ada kelebihan atau keburukan yang kita tidak sedar kewujudannya. Jika pengurus boleh bertindak secara berkesan, ia mungkin disedari akhirnya.

    Manfaat Jendela Johari

    Dalam sebuah pasukan, model Jendela Johari boleh dimanfaatkan untuk menambah baik komunikasi, kerjasama dan keserasian pasukan.

    Galakan utama yang diperlukan untuk memastikan manfaat model ini dapat diperoleh dengan maksimum ialah persekitaran kerja yang terbuka dan sihat.

    Sebagai contoh, apabila seorang pekerja baharu masuk, melalui model Jendela Johari, kita akan dapati panel bawah dalam rajah Jendela Johari mempunyai ruang yang lebih besar. Contohnya seperti di bawah:

    KETIKA seorang pekerja baharu masuk, kawasan tidak diketahuinya lebih luas. – GRAFIK OLEH RELEVAN

    Ini kerana, dia masih belum dikenali rakan sepasukannya. Kawasan tidak diketahuinya juga mungkin lebih besar berbanding kawasan tersembunyi kerana dia sendiri belum meneroka bakat dan kemahirannya.

    Objektif pengurus dan seluruh pasukannya adalah untuk memindahkan ciri-ciri dalam kawasan tidak diketahui kepada kawasan tersembunyi atau kawasan titik buta. Seterusnya, latihan dan komunikasi sesama rakan sepasukan diteruskan untuk mengembangkan lagi kawasan terbuka.

    PERSEKITARAN tempat kerja yang sihat mempunyai kawasan terbuka yang lebih luas berbanding kawasan lain. – GRAFIK OLEH RELEVAN

    Organisasi dengan kawasan terbuka terbesar mempunyai komunikasi, interaksi, keserasian dan amalan berpasukan yang terbaik.

    Jika anda mahukan persekitaran tempat kerja yang sihat, cuba gunakan model Jendela Johari untuk baiki hubungan serta kerjasama antara rakan sepasukan. – RELEVAN

    Previous ArticleApa itu ‘panic attack’ dan perbezaannya dengan anxiety
    Next Article 16 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.