Facebook Twitter
    Trending
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kebaikan dan keburukan bekerja freelance

    5 kebaikan dan keburukan bekerja freelance

    By Umi FatehahNovember 23, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 kebaikan dan keburukan bekerja freelance. - Gambar Hiasan Faizur Rehman/Unsplash

    PERNAHKAH anda terfikir untuk mencapai keseimbangan kerjaya dan kehidupan dengan masa bekerja yang lebih fleksibel?

    Jika ya, mungkin menukar laluan kerjaya kepada pekerjaan freelance adalah sesuatu yang perlu anda pertimbangkan.

    Pekerjaan freelance atau bekerja bebas ialah seseorang yang bekerja sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Kebiasaannya, pekerja bebas menawarkan perkhidmatan yang spesifik seperti fotografi, penulisan atau pereka grafik.

    Menerusi perkongsian di LinkedIn, berikut merupakan lima kebaikan dan keburukan bekerja freelance yang boleh dijadikan panduan untuk anda merancang laluan kerjaya dengan lebih baik.

    Lima kebaikan bekerja bebas

    • Waktu kerja yang fleksibel

    Kelebihan pertama bekerja bebas ialah anda boleh bekerja pada bila-bila masa. Ini juga termasuk kebebasan untuk mengatur waktu rehat dan hari cuti.

    Pada hari atau waktu yang merasakan kurang produktif atau tidak mempunyai kudrat untuk bekerja, mahu tidur sehingga tengah hari juga dibenarkan. 

    Jika ingin mengambil cuti hujung minggu supaya anda boleh bersiar-siar di bandar atau bercuti dengan keluarga, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang.

    Sebagai pekerja bebas, anda sebenarnya boleh bekerja pada waktu yang dirasakan paling produktif dan ia tidak semestinya perlu pada waktu bekerja umum. Sinonim dengan perkataan free  dalam freelance, anda bebas memilih untuk bekerja pada bila-bila masa sahaja.

    • Kawalan ke atas kerja dan klien 

    Apabila bekerja di bawah majikan, anda tidak dapat memilih dengan siapa atau kerja apa yang mahu dilakukan. Ini juga bermakna, anda berkemungkinan boleh terjebak dengan pelanggan yang tidak profesional atau biadap. Tetapi, apabila bekerja dengan bebas, anda berhak memilih siapa klien dan pelanggan yang mahu berurusan bersama.

    • Bebas bekerja di mana sahaja

    Sama ada di rumah, kedai kopi mahupun di dobi kerana capaian internet yang lebih laju, kebebasan untuk bekerja di mana sahaja yang selesa dan mudah terletak di tangan anda sendiri. 

    Apabila bekerja bebas, anda tidak perlu hadir ke pejabat setiap hari dan perlu lapor diri pada awal pagi. Kehidupan ketika bekerja juga tidak terlalu melemaskan kerana tidak terperap dalam pejabat untuk masa yang lama.

    Tidak perlu ke pejabat juga bermakna anda tidak perlu memakai pakaian formal setiap hari. Jika bekerja di rumah, tidak ada yang akan memberi teguran terhadap penampilan atau pakaian yang dipakai pada hari tersebut.

    • Anda adalah bos 

    Bekerja bebas juga membawa maksud bahawa anda tidak terikat untuk menjawab panggilan sesiapa selain pelanggan. Bekerja sendiri juga dapat mengelakkan anda daripada menjadi mangsa pengurusan mikro. Kebebasan untuk menyelesaikan tugasan atau cara bekerja semestinya nikmat terbesar apabila bekerja sendiri.

    Bagi yang kurang gemar diarah untuk melakukan tugasan tertentu, mungkin bekerja bebas sesuai untuk anda. 

    • Keuntungan milik persendirian sepenuhnya

    Anda tidak perlu lagi bekerja dengan kadar rata, tidak kira betapa besar projek yang anda siapkan. Kini, pekerja bebas boleh memperuntukkan atau menyimpan semua keuntungan daripada projek dan pelanggan. 

    Ini memberi anda kebebasan sama ada menggunakan wang itu untuk membeli kehendak diri atau bagi mengembangkan perniagaan dan penjenamaan. Terpulang kepada diri anda sendiri bagaimana mahu menguruskan dan mengagihkan keuntungan yang diperoleh.

    Jika bekerja di bawah majikan atau syarikat, tidak kira betapa besar projek yang diuruskan, pekerja hanya akan dibayar mengikut flat rate iaitu gaji yang biasa dibayar pada bulan-bulan lain. Kemungkinan untuk dibayar gaji bonus itu ada, tetapi ia tidak dijamin.

    Lima keburukan bekerja bebas

    • Gaji yang tidak konsisten

    Antara risiko yang perlu dihadapi sekiranya bekerja bebas ialah tidak ada gaji setiap bulan yang tetap. Hal ini kerana pulangan wang bergantung kepada beban kerja yang dilakukan. Bagi tugasan yang lebih berat kemungkinan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi itu ada.

    Namun, sekiranya terpaksa menerima tugasan kecil dan ringan daripada klien, ini bermakna pulangan wang juga kecil dan kurang menguntungkan. 

    Oleh kerana gaji bergantung kepada tugasan yang diambil, pendapatan bulanan tidak tetap kerana bukan setiap bulan anda dapat kontrak yang menguntungkan. Berbeza dengan bekerja di bawah majikan, sekiranya tidak ada klien sekalipun gaji tetap akan dibayar.

    • Berisiko untuk tidak mempunyai pendapatan 

    Menjadi seorang pekerja bebas juga bermakna anda menghadapi risiko tidak mendapat bayaran. Ini adalah perkara biasa dalam dunia pekerja bebas. 

    Punca wujud kemungkinan untuk tidak mendapat bayaran ialah sama ada klien memandang remeh terhadap pekerja bebas lalu mereka ambil mudah dengan melambatkan pembayaran atau anda sendiri yang terlupa untuk menghantar susulan bagi pembayaran. 

    • Sukar mengasingkan masa peribadi dan masa bekerja

    Kelebihan bekerja sendiri ialah anda merupakan majikan sendiri. Tetapi kelebihan ini juga menyebabkan sukar untuk menguruskan dan mengasingkan waktu bekerja dan waktu kehidupan peribadi.

    Ini bermakna, ada kemungkinannya anda perlu bekerja siang dan malam tanpa rehat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh klien. Disebabkan kebanyakan masa anda bekerja di rumah, maka waktu berehat juga mungkin anda bertugas.

    • Perlu bekerja keras lebih daripada pekerjaan di pejabat

    Anda kini bertanggungjawab mencari semua pelanggan dan projek sendiri. Berbeza dengan bekerja di bawah majikan, setiap projek diserahkan kepada pekerja dan kebanyakan masa pekerja tidak perlu keluar untuk mencari klien sendiri.

    Tetapi disebabkan bekerja sendiri, anda adalah satu-satunya orang yang bertanggungjawab ke atas semua perkara bermula dengan mencari klien, menyiapkan tugasan dan menguruskan kewangan. Jadi, ini bermakna pekerja sendiri perlu bekerja lebih keras berbanding pekerja di pejabat. 

    • Tiada faedah daripada majikan 

    Faedah kesihatan adalah salah satu keistimewaan yang diperoleh apabila bekerja di bawah syarikat tertentu. Tetapi, dengan bekerja bebas anda tidak dapat menikmati keistimewaan tersebut. Segala pembiayaan bil berkaitan kesihatan perlu ditanggung daripada poket sendiri. 

    Selain itu, bekerja bebas juga bermakna anda bekerja sendiri. Maka, tidak ada cuti sakit atau cuti tahunan yang boleh digunakan pada masa-masa terdesak. – RELEVAN

     

    featured freelance kerjaya

    Artikel berkaitan

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025
    Artikel Terkini

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.