SEBANYAK 1,633 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,633 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,967,299 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,989 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,903,906 kes.
Sebanyak dua kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,595 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,783 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,798 kes dengan 24,847 kes atau 92.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,857 kes atau 6.9% pesakit dirawat di hospital, 39 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 55 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN