Facebook Twitter
    Trending
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Segala yang anda perlu tahu tentang undi protes

    Segala yang anda perlu tahu tentang undi protes

    By Umi FatehahNovember 18, 2022Updated:November 18, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MALAYSIA tidak ada undang-undang yang mewajibkan semua rakyatnya yang layak untuk mengundi. Ini membolehkan mana-mana rakyat di negara ini membuat undi protes. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PADA 19 November ini,  rakyat Malaysia bakal turun mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

    Jalan raya semakin sesak kerana ramai yang pulang mengundi, debaran juga semakin terasa kerana masing-masing menanti apakah keputusan PRU15. Adakah nasib negara dapat diubah, dibela dan dipulihara?

    Sekiranya anda mahu hidup dalam negara yang berdaulat, harmoni dan sejahtera jalankanlah tanggungjawab dan turunlah mengundi. Setiap satu undi daripada anda bernilai. Setiap satu undi itu menjamin nasib dan hidup kita sebagai rakyat.

    Namun, tahukah anda, rakyat juga mempunyai hak yang sah dan tidak menyalahi undang-undang untuk tidak turun mengundi atau merosakkan undi?

    Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan semua rakyatnya yang layak untuk mengundi. Ini membolehkan mana-mana rakyat di negara ini membuat undi protes.

    Wajar atau tidak melakukan undi protes? Itu perbahasan lain. Yang penting, kita fahami dahulu apa maksud dan ciri-ciri undi protes. Selepas faham, anda buat keputusan sendiri untuk membuat undi protes atau tidak.

    Maksud dan ciri-ciri undi protes

    Seperti dinyatakan sebelum ini, di Malaysia, tidak ada sebarang undang-undang atau akta yang menghalang dan melarang mengundi protes. Undi protes juga termasuk dalam hak demokrasi. 

    Undi protes adalah keadaan yang mana pengundi dalam pilihan raya mahu menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap calon yang bertanding. Ia juga boleh berlaku apabila pengundi menolak sistem politik semasa atau untuk menunjukkan kemarahan terhadap dasar parti politik tertentu.

    Tindakan undi protes boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara, sama ada mengundi parti yang lemah, menconteng kertas undi, menyerahkan kertas undi kosong atau tidak turun mengundi langsung.

    Berikut merupakan beberapa bentuk undi protes yang boleh dilakukan:

    • Undian parti pemberontak (Insurgent party votes)

    Undian parti pemberontak berlaku apabila pengundi tidak dapat membuat keputusan untuk mengundi salah satu daripada parti majoriti dan memilih untuk mengundi parti yang mempunyai peluang yang lebih rendah.

    Dalam beberapa keadaan, pengundi berada dalam situasi yang berbelah bahagi terhadap parti-parti yang bertanding. Boleh jadi, mereka menolak kedua-dua parti gergasi yang bertanding atau dua parti besar membentuk gabungan yang tidak dipersetujui pengundi.

    Keadaan kedua tersebut pernah berlaku di Terengganu dalam PRU4 (1974) apabila penggabungan PAS dengan Barisan Nasional (BN) ditolak sebahagian penyokongnya, membolehkan undian untuk parti kerdil seperti Partai Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) melonjak.

    Walaupun pengundi yang membuat undi protes tidak menjangkakan calon dipilih akan menang, tetapi mereka berharap undi protes mereka akan menjadi peringatan dan mesej kepada semua ahli politik.

    • Undi protes taktikal

    Kadangkala pengundi lebih fokus terhadap menghalang calon tertentu daripada memegang jawatan berbanding memilih calon yang berkelayakan untuk memegang jawatan. 

    Atas sebab itu, sesetengah pengundi menggunakan undi mereka secara taktikal dalam usaha menghalang calon yang tidak diingini daripada mendapat jawatan. 

    Dalam aplikasi praktikal, pengundian protes jenis ini biasanya membuatkan pengundi membuang undi untuk calon yang berkemungkinan besar mengalahkan calon yang tidak diingini, walaupun calon yang mereka undi bukanlah calon yang mereka betul-betul mahu memimpin negara.

    • Undi protes terancang

    Undi protes terancang menunjukkan sebilangan besar orang telah menganjurkan kempen, sama ada untuk mengemukakan undi protes atau tidak mengundi sepenuhnya sebagai tanda protes. 

    Walaupun undi jenis ini dibenarkan secara rasmi untuk berbuat sedemikian, tetapi kebiasaannya ia jarang berlaku. Jika ia benar-benar berlaku sekalipun, mungkin hanya dalam skala yang kecil.

    Di Malaysia juga pernah berlaku undi protes terancang. Pada 2018, wujud gerakan atau kempen #UndiRosak sebagai protes terhadap pilihan yang ada dalam PRU14.

    • Undi kosong, batal dan rosak

    Jika pengundi membuang undi tanpa menandakan ‘X’ pada mana-mana calon, ini bermakna mereka membuang undi kosong. Jika sesuatu undi tersilap isi, seperti meletakkan simbol selain pangkah, ia tidak akan dikira dan dianggap undi batal. 

    Walaupun undi batal boleh digunakan sebagai undi protes, sukar untuk membezakan undi kosong dan undi batal biasa daripada undi kosong dan batal yang dilakukan sebagai protes, kerana ia cenderung kelihatan sama.

    Undi rosak pula bermaksud apabila pengundi dengan sengaja menconteng, merosakkan, menanda lebih daripada satu calon dalam kertas undi yang sama atau membiarkan kertas undi kosong. 

    Satu ilmu tambahan buat pembaca, di Colombia, pengundi dibenarkan menyerahkan undi kosong (Voto en Blanco). Jika undi kosong mendapat majoriti dalam pusingan pertama pilihan raya Colombia, pilihan raya mesti dimulakan semula dengan pemilihan calon baharu dengan syarat, calon daripada pusingan pertama dilarang bertanding semula.

    • Keengganan untuk mengundi 

    Ini boleh dikatakan sebagai bentuk pengundian protes yang paling biasa berlaku. Situasi ini berlaku dalam kalangan pengundi yang mempunyai peluang untuk membuang undi tetapi memilih untuk tidak menjalankan tanggungjawab dengan sengaja.

    Berbeza dengan mereka yang mempunyai kekangan untuk turun mengundi, golongan ini tidak mempunyai sebarang masalah tetapi memilih untuk tidak menjalankan tanggungjawab demokrasinya.

    Keengganan untuk mengundi boleh disebabkan banyak perkara. Ini termasuk kurang motivasi untuk terlibat dalam proses demokrasi negara, melihat pilihan raya sebagai proses yang sia-sia dan bersikap ignoran terhadap politik. – RELEVAN

     

    featured pendidikan politik

    Artikel berkaitan

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025
    Artikel Terkini

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.