SEBANYAK 2,882 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 3,245 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,949,464 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,730 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,878,828 kes.
Sebanyak sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam manakala tiga daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,546 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,776 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,209 kes dengan 39,345 kes atau 94 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,780 kes atau 5.7% pesakit dirawat di hospital, 22 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 62 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN