JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,129 kes semalam berbanding 3,189 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,900,051 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,464 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,832,220 kes.
Sebanyak dua kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,466 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,761 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,365 kes dengan 29,855 kes atau 95.2 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,444 kes atau 4.6% pesakit dirawat di hospital, 27 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 39 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN