Facebook Twitter
    Trending
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perubahan politik, lompat-melompat dan pertukaran kerusi sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton

    Perubahan politik, lompat-melompat dan pertukaran kerusi sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 25, 2022Updated:November 1, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PIMPINAN Pakatan Harapan meraikan kejayaan selepas memenangi PRU14. - GAMBAR UTUSAN

    PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU14) mencipta sejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah politik negara, gabungan parti yang sebelumnya menjadi pembangkang memenangi pilihan raya.

    Kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua.

    Sejak kemenangan PH pada 9 Mei 2018, pelbagai peristiwa berlaku dalam arena politik negara. Relevan cuba menghimpunkan semua peristiwa-peristiwa tersebut dalam beberapa siri artikel. Kita mulakan dengan peristiwa sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton.

    PRU14 menyaksikan sejarah tercipta apabila buat pertama kali parti yang bergelar kerajaan tewas dalam pilihan raya. – GAMBAR UTUSAN
    • PRU14 (9 Mei 2018)

    Dalam  PRU14, PH muncul pemenang apabila berjaya menguasai 113 kerusi Parlimen. PKR dan DAP muncul penyumbang kerusi utama, masing-masing dengan 47 dan 42 kerusi. Bersatu pula memenangi 13 kerusi dan Amanah 11 kerusi.

    Barisan Nasional (BN) hanya berjaya mengumpul 79 kerusi dengan UMNO memenangi 54 kerusi, MCA (1), MIC (2), Parti Bersatu Sabah (PBS) (1), Pertubuhan  Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (1) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) (1).

    Parti-parti dari Sarawak turut menyumbang kerusi kepada BN apabila Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memenangi 13 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) (3), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (1).

    Baki kerusi lain dimenangi PAS dengan 18 kerusi, Parti Warisan (Warisan) (8), Bebas (3) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) (1).

    • Anwar Ibrahim dibebaskan (8 Jun 2022)

    Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh pada 8 Jun 2018 selepas menerima pengampunan penuh diraja.

    Menurut kenyataan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz pada 16 Mei 2018, Anwar diberikan pembebasan serta-merta selepas rayuan pengampunan penuhnya dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

    DATUK Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara selepas menerima pengampunan penuh diraja. – GAMBAR BERNAMA
    • GPS ditubuhkan, keluar BN (11 Jun 2018)

    Empat parti tempatan Sarawak, iaitu PBB, PRS, PDP dan SUPP mengumumkan keluar daripada gabungan BN dan membentuk pakatan sendiri yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

    Ini menjadikan BN kehilangan 19 daripada 79 kerusi Parlimen yang dimenangi dalam PRU14.

    ARTIKEL BERKAITAN: 15 maklumat penting tentang PRU15

    • Pilihan Raya Kecil (PRK) sepanjang 2018

    Sebanyak empat PRK diadakan sepanjang 2018. Tiga daripadanya untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala satu lagi untuk kerusi Parlimen.

    PRK DUN Sungai Kandis diadakan pada 4 Ogos 2018 disebabkan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Safiei. Ia dimenangi calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni dengan majoriti 5,842 undi.

    PRK DUN Seri Setia dan Balakong pula diadakan serentak pada 8 September 2018. Kedua-dua kerusi itu dimenangi calon PH, iaitu Halimey Abu Bakar di Seri Setia dan Wong Siew Ki di Balakong.

    Satu-satunya PRK Parlimen yang diadakan pada 2018 ialah PRK Parlimen Port Dickson. Ia berlangsung pada 13 Oktober 2018. Calon PH,  Datuk Seri Anwar Ibrahim memenanginya dengan majoriti 23,560 undi.

    KEMENANGAN Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson membolehkan beliau kembali ke Parlimen. – GAMBAR AP
    • PRK sepanjang 2019

    Pada 2019, sebanyak lima PRK diadakan. Tiga daripadanya merupakan untuk kerusi Parlimen manakala dua lagi untuk kerusi DUN.

    PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan pada 26 Januari 2019. Ia dimenangi calon BN, Ramli Mohd. Noor dengan majoriti 3,238 undi.

    PRK DUN Semenyih pula diadakan pada 2 Mac 2019 dan dimenangi calon BN, Zakaria Hanafi dengan majoriti 1,914 undi sementara PRK DUN Rantau diadakan pada 13 April 2019 dan dimenangi calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan majoriti 4,510 undi.

    Pada 11 Mei 2019, PRK Parlimen Sandakan dimenangi calon DAP, Vivian Wong Shir Yee dengan majoriti 11,512 undi. Ia diikuti kemenangan calon BN, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dengan majoriti 15,086 undi dalam PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November 2019.

    • PRK sebelum Langkah Sheraton

    Hanya terdapat satu PRK yang diadakan pada 2020 sebelum peristiwa Langkah Sheraton, iaitu PRK Parlimen Kimanis.

    Dalam PRK tersebut, calon BN, Datuk Mohamad Alamin muncul pemenang dengan majoriti 2,029 undi. 

    SELEPAS Langkah Sheraton, jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad. – GAMBAR BERNAMA
    • Langkah Sheraton

    Langkah Sheraton bermula apabila 11 ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar parti dan membentuk blok bebas pada 24 Februari 2020.

    Selepas Langkah Sheraton, komposisi kerusi Parlimen berubah dengan mendadak sehingga kerajaan PH tumbang dan Perdana Menteri bertukar daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Sebelum Langkah Sheraton, beberapa perubahan telah berlaku dari segi komposisi kerusi Parlimen mengikut parti, termasuk beberapa perubahan akibat PRK.

    Bersatu mempunyai pertambahan kerusi terbanyak sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton apabila 15 ahli Parlimen dari UMNO dan 10 dari PKR menyertai parti itu dalam tempoh tersebut. 

    Walau bagaimanapun, mereka turut kehilangan satu kerusi akibat PRK Cameron Highlands dan enam ahli Parlimennya keluar parti. Ini menjadikan kerusi Parlimen Bersatu bertambah daripada 13 pada PRU14 kepada 31 ketika Langkah Sheraton.

    Kerusi Parlimen UMNO pula berkurang sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton dengan 16 ahli Parlimennya melompat ke parti lain; 15 menyertai Bersatu dan satu menyertai Warisan. 

    Kerusi Parlimen PKR juga merosot daripada 47 kepada 39 apabila 11 ahli Parlimennya keluar parti dan tiga ahli Parlimen lain menyertai mereka.

    Sebelum Langkah Sheraton, dari segi parti, DAP mempunyai paling banyak kerusi Parlimen, iaitu 42 kerusi. 

    Artikel ini menjelaskan kronologi krisis politik yang berlaku sejak PRU14 sehingga sebelum Langkah Sheraton. Ikuti sambungannya untuk perincian mendalam berkenaan Langkah Sheraton dan peristiwa-peristiwa lain yang berlaku selepas itu. – RELEVAN

    Previous ArticleAdakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang?
    Next Article 1,935 kes sembuh Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026
    Artikel Terkini

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.