Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang?

    Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang?

    By Umi FatehahOctober 25, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang?

    SETIAP daripada kita pasti berasa teruja apabila terlihat perkataan diskaun, lebih-lebih lagi apabila terdapat potongan harga pada barang yang sudah lama kita ingin beli.

    Apabila dapat membeli barang keperluan dengan harga yang jauh lebih murah, pasti kita rasa senang hati kerana di samping dapat membeli barangan keperluan, kita juga dapat menjimatkan kos.

    Tetapi, perhatikan betul-betul. Sekiranya berbelanja barangan keperluan dengan harga promosi, anda telah melakukan keputusan yang bijak. Namun, jika membeli barang kehendak, anda sebenarnya membelanjakan wang yang sepatutnya boleh dibelanjakan sama ada untuk barang keperluan atau untuk simpanan. 

    Oleh itu, walaupun barang kehendak dibeli dengan harga promosi, ia masih bukan keputusan pembelian yang bijak.

    Angkat tangan anda jika anda pernah membeli sesuatu hanya kerana ia dijual dengan harga promosi dan bukan kerana memerlukannya. Tidak semua barang yang dibeli dengan harga diskaun berbaloi, bukan? Malah pasti ada beberapa item yang dibeli akhirnya tidak digunakan dan disimpan di dalam stor sahaja.

    Menurut perkongsian di Real Simple, terdapat beberapa langkah untuk mengenal pasti sama ada promosi yang ditawarkan betul-betul menjimatkan wang atau sekadar pancingan sahaja supaya dapat menarik pembeli.

    Mampu atau tidak?

    Pertama sekali, fikirkan sama ada anda mampu membayar item ini dengan harga sebenar tanpa diskaun. Kemudian, fikirkan pula, adakah anda mampu bayar harga promosi setelah ditolak diskaun? 

    Jika masih mampu, fikir pula, adakah pembelian tersebut akan buatkan anda berhutang? Jika mempunyai hasrat untuk menggunakan kad kredit bagi membeli barang tersebut, lebih baik lupakan hasrat untuk meneruskan pembelian. 

    Sekiranya mahu membeli sesuatu yang diingini dan bukan keperluan tetapi perlu menggunakan khidmat beli sekarang bayar kemudian (buy now pay later – BNPL) untuk membelinya, pada dasarnya anda mengambil pinjaman untuk membeli sesuatu. Keadaan ini juga menandakan bahawa anda kurang berkemampuan.

    Promosi atau tidak, jika item tersebut akan membuat anda membayar sejumlah wang yang banyak dalam yuran faedah kad kredit pada masa hadapan, maka ia tidak berbaloi. 

    Adakah item tersebut akan digunakan dengan kerap?

    Jika item yang anda sering gunakan dan barangan kehendak mempunyai promosi, ia mungkin akan menjimatkan wang. Contohnya, membeli dan menyimpan stok produk penjagaan kulit yang dijual dengan harga promosi. Kaedah ini hanya sesuai digunakan untuk membeli barangan yang tahan lama dan tidak mudah rosak.

    Tawaran seperti beli satu percuma satu adalah bagus apabila anda tahu kegunaan produk itu dan akan menggunakannya. Tetapi jika ia adalah item yang tidak pernah digunakan sebelum ini atau tidak merancang untuk menggunakannya dengan kerap, lebih baik jika tidak meneruskan pembelian kerana ia tidak berkepentingan.

    Sudahkah anda membuat perbandingan dengan kedai yang lain?

    Bagi mendapatkan tawaran yang betul-betul terbaik dan berbaloi, pastikan anda membuat perbandingan harga di kedai atau penjual berlainan. Perbandingan boleh dilakukan secara dalam talian sekiranya pasar raya atau penjual mempunyai perniagaan dalam talian.

    Dengan melakukan perbandingan sebelum membeli-belah, ia boleh membantu mencari tawaran yang lebih baik supaya anda boleh buat keputusan sama ada berbaloi untuk meneruskan pembelian atau lebih baik jika menunggu.

    Adakah ia menghalang matlamat kewangan anda?

    Tentukan sama ada item yang dijual sejajar dengan keutamaan dan matlamat kewangan anda. Jika ia berada dalam lingkungan belanjawan anda untuk bulan itu, tidak kira sama ada keperluan atau kehendak, maka ia merupakan tawaran yang menguntungkan. 

    Tetapi jika hidup anda boleh diteruskan tanpa produk tersebut atau harga selepas promosinya melebihi bajet, lebih baik sekiranya tidak meneruskan pembelian.

    Tanyakan kepada diri sendiri sama ada pembelian itu akan membantu mencapai matlamat kewangan atau menghalangnya. Jika anda menabung untuk pembelian barang yang memerlukan kos besar seperti kereta, rumah atau percutian, fikir sejenak untuk memutuskan sama ada wang itu lebih baik disimpan atau digunakan.

    Harga promosi dan tawaran diskaun pasti dapat menjimatkan wang anda. Tetapi jika anda sedang mencari tawaran yang bagus, pastikan ia adalah sesuatu yang anda akan selalu digunakan, berkemampuan dan termasuk dalam rancangan perbelanjaan anda. 

    Urus wang dengan bijak, jangan lakukan pembelian yang akan menimbulkan penyesalan kelak. – RELEVAN

    Previous Article1,737 kes baharu Covid-19, 3 kematian dilaporkan semalam
    Next Article Perubahan politik, lompat-melompat dan pertukaran kerusi sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.