ANGKA jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,737 kes semalam berbanding 2,054 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,883,796 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,118 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,820,335 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,447 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,754 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,994 kes dengan 25,900 kes atau 95.9 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,042 kes atau 3.9% pesakit dirawat di hospital, 33 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 19 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN